Syarikat giat mempercepat pengembangan globalnya dengan matlamat untuk menjadi jenama automobil bertaraf dunia.
CHONGQING, China, 28 April 2025 /PRNewswire/ -- ("ChangAn" atau "Syarikat"), sebuah syarikat teknologi mobiliti rendah karbon pintar, baru-baru ini menganjurkan Persidangan Rakan Kongsi Luar Negara 2025 di Chongqing di bawah tema "Pelan Lautan Luas: Bersatu Menuju Puncak" ("Vast Ocean Plan: United Towards The Peak"). Acara ini menghimpunkan lebih daripada 500 rakan kongsi dari lebih 70 negara bagi membincangkan pencapaian global Syarikat ini dan berkongsi hala tuju masa depannya. Semasa berlangsungnya persidangan ini, ChangAn memperkenalkan "Visi 2030", menjanjikan lebih $10 bilion dalam pelaburan global. Syarikat ini menyasarkan untuk mencapai jualan kenderaan global sebanyak 5 juta menjelang tahun 2030. ChangAn turut meletakkan sasarannya untuk menjadi salah satu daripada 10 jenama automobil terkemuka di dunia.
Strategi perniagaan global ChangAn terus maju dengan jangkaan 5 juta kenderaan di seluruh dunia dan 1.2 juta di luar negara menjelang tahun 2030
Dalam ucaptamanya di persidangan 2025 ini, Zhu Huarong, Pengerusi ChangAn Automobile, mengetengahkan kemajuan Syarikat sepanjang lima tahun dalam tenaga baharu, kecerdasan dan perniagaan global. Jualan global meningkat 34.2% kepada 2.684 juta kenderaan pada tahun 2024, dengan 735,000 kenderaan tenaga baharu dan 536,000 dijual di peringkat antarabangsa. "Bermula daripada eksport produk hinggalah globalisasi jenama, kami memperkukuh daya saing global dengan dwipemacu iaitu 'tempoh jangka panjang berserta operasi setempat,'" kata En. Zhu. Dalam tempoh lima tahun akan datang, ChangAn akan menyasarkan lima pasaran luar negara utama dan memperluas pengeluaran tempatan, penjenamaan dan khidmat pelanggan.
Jualan luar negara ChangAn tersenarai antara 3 teratas dalam eksport automobil China pada tahun 2024
Di persidangan ini, Li Mingcai, Naib Presiden Eksekutif ChangAn Automobile, mengetengahkan pencapaian global yang penting. Syarikat ini melancarkan pangkalan pembuatan NEV antarabangsa yang pertama di Thailand dan membangunkan lapan perkongsian pengeluaran luar negara, mencapai kapasiti 580,000 unit. Pada tahun 2024, ChangAn disenaraikan antara tiga pengeksport auto teratas China, dengan lebih 500,000 kenderaan dijual di peringkat antarabangsa dan hasil melebihi $11 bilion. Jenama ini berkembang ke 20 negara baharu, menembusi lebih 100 negara di peringkat global dan kini mengendalikan 1,150 saluran jualan. CHANG-AN, DEEPAL dan AVATR mendapat pengiktirafan antarabangsa, dengan ChangAn menyertai senarai "50 Jenama Global Cina Terkemuka BrandZ" hanya 14 bulan selepas melancarkan Pelan Lautan Luas. "Dalam gelombang antiglobalisasi, ChangAn Automobile mengesahkan kekuatan pembuatan pintar China dengan pertumbuhan eksport selama sembilan tahun berturut-turut," kata En. Li.
Rancangan pembangunan "dwilandasan" 2025 akan menyaksikan 20 kereta baharu dilancarkan di peringkat antarabangsa
Inovasi teknologi kekal sebagai teras dalam strategi global ChangAn, kata Naib Presiden Eksekutif Wang Xiaofei. Syarikat ini melabur sebanyak lebih 114.8 bilion yuan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta menubuhkan pasukan antarabangsa seramai 18,000, termasuk 5,000 pakar perisian dan AI. Rancangan 2025nya termasuk strategi bahan api dan tenaga baharu dwilandasan. Kenderaan bahan api fosil akan menyasarkan pasaran di Amerika Tengah dan Selatan, Timur Tengah dan Afrika, serta Eurasia, manakala kenderaan tenaga baharu akan memfokuskan pada Asia Pasifik dan Eropah. ChangAn membina struktur jenama global disatukan melalui CHANG-AN, DEEPAL dan AVATR, melaksanakan strategi jenama "1+N" — satu IP global dan beberapa kempen setempat setiap tahun. Dari segi produk, 20 model global baharu (10 bahan api, 10 NEV) akan dilancarkan termasuk CS75PLUS, DEEPAL S05, AVATR 07 dan CHANG-AN Q07.
ChangAn kekal yakin dan komited terhadap pertumbuhan masa depan. Melangkah ke hadapan, Syarikat ini akan memfokuskan pada pembinaan strategi "daya saing berserta kualiti tinggi", memanfaatkan kekuatan teras dan inovasi teknologinya untuk meluaskan jejaknya di peringkat global dan meningkatkan lagi pengaruh antarabangsanya.