亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

CoCo Bubble Tea Umum Pembukaan Baharu di Asia Tenggara

CoCo Bubble Tea
2025-04-30 10:00 18

Jenama boba terkemuka akan membuka kedai di Kuala Lumpur dan Phnom Penh, tatkala ia memfokuskan untuk mempelbagaikan lagi minuman yang disesuaikan dengan citarasa tempatan

KUALA LUMPUR, Malaysia dan PHNOM PENH, Kemboja, 30 April 2025 /PRNewswire/ -- Jenama teh ubi kayu yang terkemuka mengumumkan pembukaan kedai baharu di Malaysia dan Kemboja pada musim bunga ini. Seiring dengan lokasi baharu, CoCo akan berusaha untuk menyesuaikan lagi dan memenuhi citarasa tempatan yang berbagai-bagai bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap minuman yang pelbagai.


Interior of Phnom Penh CoCo Bubble Tea Store

Bagi meneroka pembukaan kedai teh susu mutiara dengan CoCo Bubble Tea, sila kunjungi:

Pada bulan Mei, CoCo akan membuka kedai pertama dalam francais berbilang kedai di Kuala Lumpur, Malaysia, dengan lokasi selebihnya dibuka kemudian pada tahun 2025. Kedai-kedai ini akan membawakan minuman yang dibuat dengan bahan-bahan mentah yang diperakui Halal, lalu menekankan dedikasi jenama ini untuk menghasilkan minuman untuk dinikmati oleh semua orang. Di samping itu, CoCo mengadakan pembukaan lunak untuk kedai pertama seumpamanya di Kemboja yang terletak di Phnom Penh pada 13 April. Ini merupakan langkah yang penting dalam membawa teh boba kegemarannya kepada lebih banyak komuniti di seluruh Asia Tenggara.

"Rangkaian francais kami dari rantau Asia Tenggara yang dinamik melaksanakan tugas yang sangat baik dalam berinovasi dan memanfaatkan pasaran teh boba yang berkembang pesat di sini," ujar Kody Wong, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan di CoCo Bubble Tea. "Kami amat bersyukur kerana mempunyai rakan kongsi francais yang begitu mantap. Menerusi pembukaan terkini ini, kami menggandakan usaha kami untuk melibatkan pengguna yang pelbagai di seluruh rantau yang berkembang pesat ini."

Berusaha untuk mencapai daya tarikan tempatan yang lebih luas

Memandangkan permintaan terhadap minuman "teh baharu" meningkat di Asia Tenggara, CoCo mentakrifkan semula pengalaman teh boba di rantau ini. Setelah dianggap sebagai pilihan minuman yang premium, teh boba kini berkembang agar sesuai dengan citarasa dinamik rangkaian pengguna Asia Tenggara yang lebih luas. Tumpuan jenama ini untuk menggunakan perisa tempatan dan menawarkan pilihan minuman yang boleh disesuaikan membantu minumannya lebih memenuhi citarasa pengguna kelas pertengahan yang mempunyai kuasa beli yang semakin bertambah.

Sejarah kejayaan di Asia Tenggara 

Sejak mula bertapak di sini pada tahun 2012, Asia Tenggara membawakan beberapa kisah kejayaan yang cemerlang kepada CoCo Bubble Tea. Filipina terutamanya mempunyai lebih 120 kedai CoCo di seluruh negara dan jenama ini mendapat pengiktirafan yang konsisten di sini bagi minuman yang memenuhi citarasa pengguna, imej jenama yang kukuh dan khidmat pelanggan yang cemerlang. Purata jualan kedai tertinggi CoCo ialah di Filipina dan ia merupakan yang paling berjaya dalam kalangan penduduk tempatan berbanding pelancong — kerana 99% pelanggannya ialah warga Filipina. Ini menunjukkan keupayaan terbukti syarikat ini untuk berhubung secara mendalam dengan citarasa tempatan.

Mengapa bekerjasama dengan CoCo 

Beroperasi dengan model perniagaan francais, CoCo Bubble Tea membuat pelaburan dan usaha yang bersungguh-sungguh terhadap usahawan yang menjalin kerjasama dengannya untuk membuka kedai. Menerusi lebih 5000 kedai di seluruh dunia, CoCo menggabungkan pengiktirafan jenamanya yang tinggi dengan sokongan yang menyeluruh merentas rantaian bekalan, program latihan dan bidang-bidang lain untuk memastikan kejayaan jangka panjang rakan kongsi francaisnya.

Memandang ke hadapan 

Tatkala CoCo meneruskan pengembangannya, jenama ini tetap komited untuk memperkenalkan ciptaan teh yang disesuaikan dan diilhamkan dari segi budaya ke lebih banyak negara di seluruh Asia Tenggara — dan dunia. Dengan populariti teh boba yang semakin meningkat di rantau ini, jenama ini bersedia untuk mengukuhkan lagi kedudukannya dan menggembirakan pengguna dengan pilihan minuman yang unik dan menyegarkan.

Latar Belakang CoCo Bubble Tea 

CoCo Bubble Tea bertujuan untuk mewujudkan sebuah komuniti yang pelbagai dan mampan buat penggunanya dengan menyediakan produk yang menyegarkan secara visual. Kami terus menjadi salah sebuah syarikat yang paling pesat berkembang dan sedang mencari rakan kongsi yang berdaya usaha untuk menyertai rangkaian francais CoCo Bubble Tea. Semak laman web rasmi CoCo Bubble Tea dan mulakan permohonan anda sekarang.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi .


CoCo Bubble Tea Store in Phnom Penh


CoCo Bubble Tea Store beside Royal Palace

Source: CoCo Bubble Tea
Keywords: Banking/Financial Service Beverages Non-Alcoholic Beverages Retail Corporate Expansion New products/services