![]() |
Jenama ini memperkenalkan bahagian kedua kempen berbilang lembaran untuk mengetengahkan koleksi bagasi sisi keras TUMI yang paling ringan setakat ini
NEW YORK, 1 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Hari ini, jenama pelancongan dan gaya hidup antarabangsa TUMI memperkenalkan 19 Degree Lite dengan bahagian kedua kempen "Uncompromisingly Light" yang menampilkan Lando Norris, Duta Jenama Global TUMI yang sekian lama dan Pemandu Pasukan Formula 1 McLaren terkenal di dunia.
Dalam kempen dinamik yang menampilkan koleksi baharu ini, TUMI memperincikan lagi konsep ringan yang diinspirasikan n daripada 19 Degree Lite ini. Dengan perhatian terperinci terhadap setiap aspek rekaan—Perhatian jenama yang teliti terhadap perincian—daripada penggunaan roda yang lebih ringan hingga zip ultra ringan — TUMI membolehkan Lando bergerak dengan mudah.
"Bekerja dan mengembara dengan TUMI sentiasa menjadi satu pengalaman yang luar biasa, dan kempen ini menjadikan perjalanan pertama saya ke Tasik Como satu kenangan yang tidak dapat dilupakan," kata Lando Norris. "Meneroka landskap yang indah menjadi mudah dengan 19 Degree Lite di sisi saya—ini merupakan pengalaman yang paling sukar saya akan lupakan."
Kempen ini diarahkan oleh Keane Pearce Shaw dan foto dirakam oleh jurugambar Emma Panchot di Tasik Como dan diilhamkan melalui pengalaman serta perspektif peribadi Lando. Ketika Lando meneroka Villa Erba yang ikonik dan bergerak mengharungi jalan berbatu buntar, filem ini merakamkan pergerakan mudah 19 Degree Lite, menggemakan kebebasan dan ketangkasan semasa pemanduan.
"19 Degree Lite menonjolkan dedikasi berterusan kami untuk mencipta produk yang mudah menemani pelanggan kami dalam perjalanan mereka," kata Pengarah Kreatif Victor Sanz. "Sebagai pemandu juara Formula 1 dengan semangat yang tiada tandingan terhadap perincian dan reka bentuk, Lando sememangnya paling sesuai untuk bahagian kedua kempen kami. Melihat beliau berinteraksi dengan produk kami amat menawan hati—cara beliau bergerak dengan begitu mudah dan tangkas merupakan bukti aliran semula jadi, kemudahan dan kawalan dinamik yang dipamerkan secara tekal di dalam dan di luar trek."
Koleksi ini termasuk dua bagasi: Bagasi Beroda 4 untuk Perjalanan Lebih Lama dan Bagasi Beroda 4 untuk Perjalanan Singkat, serta dua bagasi tangan: Bagasi Tangan Beroda 4 Antarabangsa dan Bagasi Tangan Beroda 4 Eropah. Boleh didapati dalam warna teras berikut: Merah Pucat, Kelabu Titanium dan Grafit Hitam dengan dua warna bermusim tambahan Amber dan Kobalt, koleksi serba baharu ini berharga antara USD$795-USD$995.
Dipamerkan dalam kempen bersama 19 Degree Lite ini ialah produk kerjasama TUMI yang diidamkan iaitu TUMI | McLaren dalam jalur warna baharu yang segar, Kelabu Super, yang diinspirasikan oleh rona terlaris McLaren, Perak Supernova. Reka bentuk lain yang dimasukkan datang daripada koleksi ikonik TUMI iaitu Harrison, Alpha Bravo dan Turin.
Tambahan paling ringan kepada dunia 19 Degree—19 Degree Lite—boleh didapati di kedai TUMI di seluruh dunia dan di TUMI.com. Nantikan kandungan eksklusif di belakang tabir daripada kempen di saluran sosial @TUMITravel.
Maklumat Tentang TUMI
Sejak tahun 1975, TUMI telah mencipta perniagaan, perjalanan dan keperluan mewah prestasi bertaraf dunia, direka bentuk untuk menaik taraf, tidak merumitkan dan mencantikkan semua aspek kehidupan semasa sedang bergerak. Menggabungkan fungsian yang sempurna dengan semangat kepintaran, kami komited untuk memperkasa perjalanan sebagai rakan kongsi seumur hidup kepada penggerak dan pembuat dalam usaha mengejar minat mereka. Untuk maklumat lanjut tentang TUMI, kunjungi dan ikuti kami di , , dan .
TUMI dan logo TUMI ialah tanda dagangan berdaftar Tumi, Inc. © 2025 Tumi, Inc.
Hubungan Media TUMI
Jerad Hulse – jerad.
Logo -
Foto -