SHENZHEN, China, 25 September 2025 /PRNewswire/ -- ANGEL, peneraju bertaraf global bagi teknologi penulenan air, menganjurkan dengan jayanya acara "Jualan Terlaris ANGEL Space Master & Pelancaran Pembahagi Air Bermineral Pertama di Dunia" bertempat di Shenzhen menerusi tema "Peneraju Global bagi Teknologi Penulenan Air". Acara ini yang menyaksikan satu pencapaian penting menerusi penampilan sulung Pembahagi Air Pemineralan Nisbah-Keemasan ANGEL dan Sistem Penulenan Seluruh Rumah Siri Space Master yang dinaik taraf, di samping pelancaran sistem penjenamaan identiti kedai global baharunya. Para tetamu yang dihormati, termasuk Gu Zhongyi daripada Persatuan Pakar Pemakanan Beijing, Tang Limei, saintis laut dalam wanita pertama China di atas kapal Jiaolong, Qian Kun daripada China University of Geosciences dan Bian Qi daripada Nutrition & Flavor Institute COFCO, menyertai para eksekutif ANGEL untuk membincangkan mengenai arah aliran masa depan dalam minuman sihat.
Pertumbuhan Dipacu Inovasi
Pengerusi dan Presiden Cik Kong Na mengetengahkan mengenai perjalanan ANGEL selama 38 tahun menuju kemajuan teknologi yang terus membentuk semula standard industri dan gaya hidup pengguna. Beliau menekankan bahawa inovasi merupakan asas kepada kebingkasan dan kejayaan ANGEL, dengan Pembahagi Air Bermineral Nisbah Keemasan menjadi penanda aras untuk penghidratan yang sihat.
Produk Perintis demi Masa Depan Lebih Sihat
Memandangkan air minuman selamat di China sebahagian besarnya terjamin, permintaan pengguna beralih ke arah penghidratan yang sihat. Sebagai respons, ANGEL, seiring bersama Key Laboratory of Groundwater & Health, mengenal pasti keseimbangan kalsium-magnesium semula jadi yang ditemui di kawasan jangka hayat panjang dan mengaplikasikannya pada Pembahagi Air Bermineral Nisbah Keemasan yang pertama dalam industri ini. Sistem ini menggunakan teknologi penderiaan berpaten dan reka bentuk dwilaluan air bagi memberikan air tulen dan juga air mineral, memastikan pemantauan pada masa nyata, keseimbangan saintifik dan pengalaman minum yang lebih bijak. ANGEL melancarkan penulen air Space Master Series M7 Home 1200 berserta V12 Ultra-Silent Diaphragm Pump 2.0 bagi meningkatkan aliran sebanyak 50% sekali gus mengurangkan hingar sebanyak 30%.
Pengiktirafan Pakar
Laluan "menulenkan kemudian memineralkan" ANGEL mendapat pujian sebagai penaiktarafan saintifik yang bertanggungjawab, dengan Pembahagi Air Bermineral Nisbah Keemasan membawa manfaat semula jadi kepada setiap rumah. Pakar-pakar mengetengahkan mengenai rasa yang halus dan menyegarkan—meningkatkan kejelasan dan aroma teh serta krema dan rasa kopi.
Acara ini diakhiri dengan majlis menandatangani perjanjian strategik yang memantapkan kepimpinan ANGEL dalam menetapkan standard baharu untuk penulenan seluruh rumah di China. Memandang ke hadapan, ANGEL akan terus memacu industri ini daripada "minuman selamat" kepada "minuman sihat", seterusnya menyediakan penyelesaian penulenan dan air minuman yang saintifik, pintar dan mampan untuk seisi keluarga.