![]() |
SEOUL, Korea Selatan, 8 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Seegene Inc., peneraju global bagi penyelesaian diagnostik molekul (MDx), menarik minat yang kukuh setelah syarikat ini mempersembahkan video konseptual CURECATM di Persatuan Mikrobiologi Klinikal dan Penyakit Berjangkit Eropah (ESCMID Global 2025) di Vienna, Austria.
YoungSeag Baeg, head of Strategy and Planning at Seegene, briefs customers on CURECA? on April 14 during ESCMID 2025, held in Vienna, Austria.
Ahli profesional industri mengiktiraf CURECATM sebagai kemajuan yang cerah masa depannya dalam mengautomasikan seluruh aliran kerja diagnostik PCR — bermula daripada pengendalian sampel primer kepada analisis keputusan. Sebagai respons kepada minat yang diterima, Seegene menyediakan peluang tambahan untuk mempamerkan penyelesaian di ESCMID Global 2025.
Lebih daripada 2,300 hadirin — termasuk orang kenamaan dari Itali, Sepanyol, Jerman, Perancis dan Kanada — melawat reruai Seegene untuk menonton video konseptual yang memperkenalkan CURECATM. "Jelas dilihat bahawa reruai Seegene menarik perhatian ramai di ESCMID," kata seorang ahli profesional daripada bidang akademik.
Pakar Mengiktiraf CURECATM sebagai Pengubah Keadaan dalam Automasi Ujian Molekul
CURECATM direka untuk mengautomasikan seluruh proses diagnostik PCR. Ia dapat mengendalikan pelbagai jenis spesimen yang diperlukan dalam peringkat prarawatan MDx – seperti najis, air kencing, darah dan kahak—serta melaksanakan aliran kerja ujian PCR yang lengkap susulan pemuatan sampel.
Berikut merupakan ulasan terpilih daripada ahli profesional industri yang menyaksikan pratonton CURECATM Seegene di ESCMID Global 2025:
"Saya menaruh harapan yang tinggi terhadap diagnostik molekul PCR automatik sepenuhnya, memandangkan CURECATM bukan sahaja dapat menghapuskan kesilapan manusia yang wujud dalam proses manual tetapi juga mengupayakan ujian yang cekap tanpa kekangan masa atau tenaga kerja."
"Kami sering bertemu dengan jenis spesimen yang memerlukan prapemprosesan manual yang teliti dan memakan masa. Sistem yang boleh mengautomasikan langkah ini boleh membawakan anjakan paradigma yang sebenar. Tahap automasi ini bersifat transformatif – pengubah keadaan sebenar – dan tidak seperti mana-mana penyelesaian sedia ada. Saya tidak sabar menantikan pelancarannya."
"Sekiranya digandingkan dengan kit alatan diagnostik dalaman kami, CURECATM dapat menawarkan sinergi yang lengkap. Saya berharap CURECATM akan dapat diakses oleh kemudahan bersaiz kecil dan sederhana."
"Saya merancang untuk menghadiri ADLM 2025 di Chicago pada bulan Julai untuk melihat peranti sebenar dan meninjau peluang kolaborasi yang berpotensi."
Sistem Pra-Rawatan Boleh Disesuaikan Menawarkan Keserbagunaan untuk Automasi Makmal Masa Depan
Komponen pertama CURECATM ialah Sistem Prarawatan Boleh Disesuaikan (CPS). CPS direka untuk mengautomasikan pemuatan tiub sampel primer dan mengendalikan pemprosesan prarawatan.
"CPS ialah sistem modular dan automatik yang bertujuan untuk memperkemas pemprosesan prarawatan dalam pelbagai bidang diagnostik termasuk diagnostik molekul seperti PCR, serta cerakin kimia klinikal dan imunologi," kata Young-Seag Baeg, Ketua Strategi dan Perancangan di Seegene.
Ramai ahli profesional penjagaan kesihatan (atau makmal) di ESCMID Global 2025 menyatakan bahawa video konseptual CURECATM memaparkan potensi makmal diagnostik automatik sepenuhnya yang berupaya untuk mengurus aliran kerja kompleks yang dikaitkan dengan prarawatan. Khususnya, terdapat konsensus dalam kalangan peserta bahawa CPS, yang mengautomasikan prapemprosesan spesimen, mendapat tempat untuk membawa kemajuan yang penting dalam diagnostik in vitro kerana ia dapat menangani batasan yang berkaitan dengan prosedur manual sedia ada yang bergantung kepada ahli profesional makmal terlatih.
"Masa pusing ganti (TAT) dijangka akan bertambah baik dengan CURECATM kerana perisian bersepadu ini mampu melaraskan aliran kerja berdasarkan tarikh akhir pelaporan," kata seorang pengarah makmal di Sepanyol. "Khususnya, untuk jangkitan hubungan jenis (STI), CPS akan meningkatkan operasi makmal harian dengan ketara. Pemprosesan spesimen untuk STI melibatkan pengendalian manual beberapa tiub sampel yang menyumbang kepada kelesuan pengendali. Penerimaan CPS berpotensi untuk membawa transformasi dalam memperkemas operasi rutin."
Reka Bentuk Penyelesaian Modular dan Boleh Dikonfigurasikan untuk Diagnostik Tersuai
Susulan prapemprosesan spesimen, diagnostik molekul lazimnya melibatkan pengekstrakan asid nukleik, persediaan dan amplifikasi PCR dan analisis keputusan. Bagi spesimen yang tidak memerlukan prapemprosesan, Seegene menawarkan Sistem Alikuot Sampel Primer (PAS) sebagai alternatif kepada CPS. PAS direka untuk membolehkan pemuatan langsung dan pendispensan sampel primer, seterusnya membantu mempermudah aliran kerja. Seegene meneruskan integrasi PAS dengan proses PCR automatik sepenuhnya melalui konsep penyelesaian modular yang dikenali sebagai CEFA (Automasi Penuh Boleh Disesuaikan & Boleh Diperluas) yang bertujuan untuk menyokong keperluan makmal yang pelbagai dengan kefleksibelan yang lebih besar.
Seegene bermatlamat untuk memanfaatkan seni bina modular CURECATM bagi menyokong pelbagai jenis aplikasi diagnostik. "CURECATM boleh digunakan sebagai sistem yang komprehensif atau sebagai modul individu—CPS, PAS dan CEFA—dikonfigurasikan secara bebas atau melalui kombinasi untuk menampung keperluan operasi yang pelbagai," kata Baeg.
Mengoptimumkan Aliran Kerja Makmal Melalui Reka Bentuk Jimat-Ruang
Satu lagi kelebihan utama seni bina modular CURECATM ialah ia direka agar bersesuaian dengan ruang dan susun atur makmal yang berbeza. Reka bentuknya yang fleksibel bertujuan untuk membolehkan makmal mengkonfigurasikan sistem mengikut keperluan khususnya yang dilihat oleh Seegene sebagai penting bagi meningkatkan kecekapan operasi.
Ahli profesional makmal di ESCMID 2025 berkongsi perspektif yang berikut:
"Keupayaan untuk mengkonfigurasikan sistem bagi memenuhi keperluan ruang dan operasi tertentu dalam makmal individu mewakili suatu pendekatan baharu dan amat menarik."
"Kami menjangkakan kefleksibelan sedemikian akan memungkinkannya untuk melaksanakan aliran kerja yang memberikan keputusan yang berkualiti tinggi dengan pergantungan minimum pada konfigurasi makmal terpiawai dan sumber kakitangan."
"Sambutan global yang bersemangat terhadap video konsep dan visi kami untuk CURECATM menunjukkan permintaan yang kukuh terhadap penyelesaian diagnostik generasi akan datang," kata Jong-Yoon Chun, Ketua Pegawai Eksekutif Seegene. "Kami percaya CURECATM berpotensi untuk memangkinkan perubahan yang bermakna dalam landskap diagnostik PCR global."
Sila Ambil Maklum:
Ulasan yang disertakan dalam siaran akhbar ini adalah berdasarkan wawancara sebenar dan perbincangan di lapangan. Walau bagaimanapun, selaras dengan permintaan untuk melindungi privasi individu yang ditemu bual, semua nama telah dirahsiakan.
Latar Belakang Seegene
Seegene mempunyai pengalaman yang berdedikasi selama lebih daripada 20 tahun dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan perniagaan yang berkaitan dengan teknologi PCR masa nyata sindromik. Kepakaran ini diketengahkan terutamanya semasa pandemik COVID-19 apabila Seegene menyediakan lebih 340 juta ujian COVID-19 kepada lebih 100 negara di seluruh dunia. Ciri teras teknologi PCR masa nyata sindromik Seegene ini ialah keupayaan untuk menguji 14 patogen secara serentak yang mengakibatkan tanda dan gejala yang serupa dalam satu tiub menerusi maklumat kuantitatif.
Kunjungi: dan ikuti
Inisiatif Perkongsian-teknologi
Inisiatif perkongsian-teknologi bertujuan untuk berkongsi teknologi diagnostik dan analisis data termaju Seegene di peringkat global, termasuk PCR masa nyata sindromik dan sistem pembangunan produk automatik (SGDDS), dengan sebuah syarikat terkemuka yang mencapai kerjasama di setiap negara. Syarikat-syarikat yang bekerjasama akan berkolaborasi dengan saintis dan pakar tempatan bagi membangunkan ujian diagnostik yang disesuaikan mengikut keperluan komuniti dan bidang mereka, mencakupi pelbagai jenis penyakit manusia dan bukan manusia. Visi utama inisiatif ini adalah untuk mewujudkan "dunia yang bebas daripada penyakit"— masa depan di mana orang ramai tidak lagi menderita akibat penyakit berjangkit dan kanser dan di mana haiwan dan tumbuh-tumbuhan hidup subur tanpa penyakit.
Seegene presented a concept video of its CURECA? system at ESCMID 2025, held April 11–15 in Vienna, Austria.
Seegene’s CURECA? concept video drew interest from attendees during ESCMID 2025, held April 11–15 in Vienna, Austria.