亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

CATL Lancar Penyelesaian Sistem Storan Tenaga TENER Stack Kapasiti Ultra-Besar 9MWj Pertama Dunia

Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL)
2025-05-08 23:39 60

Inovasi mercu tanda menggandingkan kapasiti tinggi dengan pengangkutan fleksibel, mentakrifkan semula storan tenaga berskala besar

MUNICH, 8 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Hari ini, CATL memperkenalkan TENER Stack, penyelesaian sistem storan tenaga berkapasiti ultra besar 9MWj pertama di dunia yang dirancang untuk dikeluarkan secara besar-besaran di ees Europe 2025, menonjolkan lonjakan strategik ke hadapan dalam kapasiti, kefleksibelan penggunaan, keselamatan dan kebolehangkutan.


Sebagai respons kepada permintaan tenaga global yang berkembang pantas, bermula daripada pusat data dipacu AI kepada pengelektrikan industri, TENER Stack direkayasa untuk membantu utiliti, pemaju dan pengguna industri memperoleh nilai ekonomi yang lebih besar daripada setiap meter persegi pemasangan.

"CATL sentiasa berada di barisan hadapan peralihan tenaga," kata Amanda Xu, Ketua Pegawai Teknologi ESS & Presiden ESS Europe CATL. "Bagi memenuhi jangkaan sistem BESS yang mempunyai ketumpatan tenaga yang tinggi, jejak kecil, konfigurasi sisi-AC yang lebih ringkas dan penggunaan yang fleksibel, kami membawakan penyelesaian storan tenaga CATL TENER yang terkini. Ia memecahkan batasan kapasiti kuasa dan pengangkutan produk serta mencipta kemajuan dalam penggunaan ruang, kecekapan tenaga dan kos."

Kapasiti Rintis Dan Keserasian Sisi-AC

TENER Stack menggabungkan sel berketumpatan tenaga tinggi CATL dengan teknologi degradasi sifar lima tahun, mencapai peningkatan penggunaan volum sebanyak 45% dan peningkatan ketumpatan tenaga terunjur sebanyak 50% berbanding sistem kontena 20-kaki konvensional. Kapasiti dalaman mencecah sehingga 9MWj yang memadai untuk mengecas 150 buah kereta elektrik atau membekalkan kuasa kepada purata isi rumah Jerman selama enam tahun.

Bagi meningkatkan keserasian dan kecekapan sistem, TENER Stack menyokong seni bina PCS (Sistem Penukaran Kuasa) terpusat dan rentetan. Laluan dwiteknologi ini memastikan integrasi yang lancar dengan peralatan sisi-AC arus perdana dan rangkaian aplikasi grid yang lebih luas.

Kecekapan ruang unggul TENER Stack memberikan nilai ekonomi yang besar. Sebagai contoh, pemanfaatan 800 MWj storan menggunakan TENER Stack memerlukan kurang daripada hampir satu pertiga kontena berbanding sistem 6 MWj tradisional. Ini dapat mengurangkan bilangan unit PCS dan kos tersembunyi yang dikaitkan dengan lebihan saiz sistem dan meningkatkan kecekapan guna tanah sebanyak 40%. Secara keseluruhan, pemaju boleh menjangkakan pengoptimuman sehingga 20% dalam jumlah kos pembinaan stesen.

Pengangkutan Tanpa Kompromi

Sebagai respons kepada cabaran logistik yang dikaitkan dengan mengangkut kontena melebihi 36 tan, iaitu ambang sah di banyak negara, CATL membangunkan reka bentuk "dua dalam satu". Setiap unit setengah tinggi dikawal ketat di bawah 36 tan bagi memastikan pematuhan dengan peraturan pengangkutan merentas 99% pasaran global.

Reka bentuk belahan inovatif ini membolehkan kaedah penghantaran standard, termasuk perata dan pelapik kontena standard yang mengurangkan dengan ketara masa menunggu dan kos pengangkutan khusus sehingga 35%. Dengan pusat graviti yang lebih rendah dan kefleksibelan untuk laluan terhad ketinggian, TENER Stack boleh mencapai penyesuaian yang mudah dengan senario pengangkutan yang unik seperti jambatan dan kawasan luar bandar, seterusnya menonjolkan kelebihan reka bentuk strukturnya yang inovatif.

Piawaian Keselamatan dan Pengurusan Terma Lanjutan

Dengan keselamatan kebakaran yang dikawal rapi di peringkat global, TENER Stack memanfaatkan kimia bateri LFP yang mantap daripada CATL, terkenal dengan kestabilan terma terwujud. Sensor gas yang dinaik taraf menawarkan 40% kepekaan lebih tinggi, mencetuskan sistem penindasan 35% lebih pantas. Reka bentuk penebat tiga lapis baharu meningkatkan ketahanan api kepada dua jam dan sistem ini memenuhi piawaian seismik IEEE693 yang mampu bertahan daripada gempa bumi magnitud 9 dan taufan Kategori 5.

Di samping itu, reka bentuk TMS (Sistem Pengurusan Terma) overhed mengurangkan sinaran terma, mengurangkan kos tanah dan penyelenggaraan serta mengekalkan hingar kepada 65dB(A) pada jarak satu meter yang ideal untuk kegunaan bandar.

Bukan Sekadar Bateri, Tetapi Visi Tenaga

Menjelang akhir November 2024, produk ESS CATL telahpun digunakan dalam lebih 1,700 projek di seluruh dunia, merangkumi semua zon iklim dan persekitaran operasi. Pada tahun 2023, menyedari terdapatnya keperluan pelanggan yang semakin berkembang dan berubah-ubah, CATL memperkenalkan TENER, sistem storan tenaga bekas unit setara dua puluh kaki (TEU) dengan teknologi degradasi sifar 5 tahun dan TENER FLEX, sistem storan tenaga rak untuk penggunaan yang fleksibel.

TENER Stack membangun berdasarkan prestasi terbukti siri TENER dan TENER FLEX CATL, menggabungkan faedah-faedah daripada model-model terdahulu dengan tahap kapasiti dan kebolehangkutan baharu. Dengan TENER Stack, CATL memperkukuh komitmennya untuk membantu rakan kongsi global mempercepat peralihan tenaga, memberikan lebih banyak kuasa dalam ruang yang kecil, dengan selamat dan mampan.

"TENER Stack, amat penting, fleksibel, andal dan senyap. Kami bukan sahaja menyediakan produk storan tenaga, bahkan penyelesaian untuk ketercapaian tenaga yang boleh diaplikasikan di peringkat global," kata Hank Zhao, Ketua Pegawai Teknologi ESS Europe CATL. "9 MWj bukanlah had kapasiti tenaga atau ruang. Setiap kemajuan dalam ketumpatan tenaga pada masa depan akan memberikan nilai tenaga yang lebih besar daripada jejak yang lebih kecil."



Source: Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL)
Related Stocks:
Shenzhen:300750 Shenzhen:300750.SZ
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities New products/services