MUNICH, 10 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Bertempat di Intersolar Europe 2025, Pylontech (SHSE:688063), peneraju global bagi sektor storan tenaga, memperkenalkan sistem sejuk cecair generasi seterusnya yang disesuaikan untuk pasaran storan tenaga komersial dan perindustrian (C&I) yang berkembang pesat di Eropah.
Sebagai perintis dan peneraju bagi storan tenaga kediaman, Pylontech membina kehadiran jenama global yang kukuh, disokong oleh keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan yang bersepadu secara vertikal—bermula daripada teknologi sel teras hinggalah integrasi sistem yang lengkap. Sebagai respons kepada permintaan yang semakin meningkat daripada sektor komersial dan perindustrian (C&I), Pylontech memperluas portfolio produknya dengan ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Di acara pada tahun ini, syarikat ini memperkenalkan L2200 OMNI dan L3300 BAT sejuk cecair—penyelesaian storan tenaga yang selamat, andal dan berprestasi tinggi yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan pasaran yang semakin berkembang.
L2200 OMNI ialah sistem bekas semua-dalam-satu yang mengintegrasikan PCS, pengubah, EMS dan perlindungan kebakaran—menawarkan penyelesaian pasang-dan-pakai dengan penggunaan dipermudah dan tempoh penjayaan minimum. Sistem ini membawakan mekanisme keselamatan yang komprehensif dan menyokong kadar 1C, lantas memberikan prestasi yang mantap. L3300 BAT ialah sistem bateri sahaja, memberikan kefleksibelan untuk pelbagai aplikasi. Kedua-dua penyelesaian direkayasa untuk keselamatan yang tinggi, penggunaan pantas dan prestasi yang kukuh dengan kadar C yang tinggi. Ia diperakui mengikut piawaian antarabangsa yang utama termasuk IEC, VDE, UN38.3 dan banyak lagi, seterusnya menggariskan komitmen Pylontech terhadap pematuhan global dan kesediaan pasaran.
Dalam masa yang sama, Pylontech mengeluarkan kertas putih bersama-sama dengan TÜV Rheinland yang bertajuk "Kebolehsesuaian Persekitaran Tinggi untuk Sistem Storan Tenaga Bateri Sejuk Cecair Komersial dan Perindustrian" ("High Environmental Adaptability for Commercial and Industrial Liquid-Cooling Battery Energy Storage Systems"). Kertas putih ini menumpukan kepada keperluan terhadap prestasi sistem yang stabil dalam persekitaran yang cenderung mengalami turun naik suhu, perubahan kelembapan, getaran, kekangan ruang dan sebagainya serta menawarkan pandangan dan amalan untuk mengatasi cabaran ini.
"Sepanjang dekad yang lalu, kami berbangga dapat memainkan peranan yang aktif dalam industri storan tenaga dan menyaksikan peranan pentingnya dalam membentuk masa depan tenaga," kata Geoffrey Song, Naib Presiden Pylontech. "Di Eropah, permintaan daripada sektor-sektor komersial dan perindustrian meningkat dengan pesat. Kami berdedikasi untuk menyediakan penyelesaian yang diperlukan oleh pelanggan kami, kekal sebagai rakan kongsi yang andal dan berkolaborasi dengan rakan industri demi membina masa depan yang lebih lestari."