亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

"Own the Moment": Hisense perkenal julung kali kempen baharu raikan penajaannya untuk FIFA Club World Cup 2025?

Hisense
2025-05-12 10:21 67

QINGDAO, China, 12 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama yang terkemuka bagi barangan elektronik pengguna dan peralatan rumah global, melancarkan kempen baharu yang bertemakan "Kuasai Detik Ini" ("Own the Moment") yang menggambarkan bagaimana pengalaman yang dikongsi bersama seperti FIFA Club World Cup 2025? yang amat dinanti-nantikan merupakan peluang yang dapat menyatukan kita dan merancakkan kegembiraan dalam hidup kita. Hisense ialah Rakan Kongsi Rasmi FIFA Club World Cup 2025? dan "Own the Moment" sejajar dengan komitmen Hisense terhadap inovasi dan teknologi serta menggenggam semangat juara tatkala ia membina sebuah perusahaan yang bertaraf dunia.

Hisense telah lama meraikan "permainan yang cantik". Selain daripada menjadi Rakan Kongsi Rasmi FIFA Club World Cup 2025?, ia menjadi penaja global untuk dua FIFA World Cups? dan rakan kongsi untuk tiga Kejohanan Eropah UEFA. Kolaborasi bersama FIFA menggariskan komitmen Hisense untuk menyampaikan peralatan rumah dan teknologi perintis yang dapat meningkatkan kehidupan seharian.

Hisense “Own the Moment” Campaign
Hisense “Own the Moment” Campaign

Kempen "Own the Moment" mengetengahkan sejauh mana produk dan teknologi Hisense yang terkini dan inovatif memeriahkan detik istimewa untuk para peminat di seluruh dunia.

Peminat boleh mengalami segala keterujaan di atas padang dan tenaga stadium daripada keselesaan ruang tamu mereka menerusi TV U7 100" Hisense dan Projektor C2 Ultra Hisense. Warna yang sangat lancar dan pekat serta prestasi audio-visual yang benar-benar imersif daripada TV U7 100" Hisense selain warna-warna terang dan butiran yang amat terperinci daripada Projektor C2 Ultra menghidupkan aksi kejohanan. Anda seolah-olah sedang menonton daripada tempat duduk yang terbaik di dalam stadium.

Peminat sukan yang dahaga pasti akan menyukai Peti Sejuk Siri Pintar PureFlat, termasuk dispenser ais dan air yang mudah digunakan. Ia juga boleh memuatkan banyak kudapan untuk disajikan kepada rakan dan keluarga yang berkumpul untuk menonton pasukan kegemaran mereka beraksi. Penyaman Udara Siri Uni Hisense membolehkan pengguna sentiasa berada dalam persekitaran yang dingin dan kekal fokus pada permainan kerana sistem kawalan Smart Eye dan TMS melaraskan suhu, kelembapan, kelajuan aliran udara dan arah secara automatik berdasarkan pergerakan penghuni.

Hisense bermatlamat untuk membantu peminat "Own the Moment" dan menikmati FIFA Club World Cup 2025?, tatkala ia mengembangkan jenamanya dalam kalangan peminat sukan yang paling popular di dunia ini.

Klik di sini untuk ";Own the Moment" bersama-sama:

Latar Belakang Hisense 

Hisense, ditubuhkan pada tahun 1969, ialah peneraju yang diiktiraf di peringkat global bagi peralatan rumah dan barangan elektronik pengguna dengan operasi di lebih 160 negara, mengkhusus dalam menyampaikan produk multimedia berkualiti tinggi, peralatan rumah dan penyelesaian IT pintar. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 di seluruh dunia bagi jumlah penghantaran TV (2022-2024) dan No. 1 di peringkat global dalam segmen TV 100-inci dan lebih (2023-2024). Sebagai rakan kongsi rasmi pertama FIFA Club World Cup 2025?, Hisense komited terhadap perkongsian sukan global sebagai cara untuk berhubung dengan penonton di seluruh dunia.

Source: Hisense
Keywords: Broadcast Technology Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Sporting Events Sports Television New products/services