亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

ChangAn Raih Pencapaian Pengembangan Global dengan Pembukaan Kilang Rayong dan Pemasangan Kenderaan ke-28.59 Juta

ChangAn Automobile
2025-05-16 17:53 67

RAYONG, Thailand, 16 Mei 2025 /PRNewswire/ --  ("ChangAn" atau "Syarikat"), sebuah syarikat teknologi mobiliti rendah karbon pintar, memulakan secara rasmi pengeluaran di pangkalan pembuatan NEV luar negara pertamanya di Rayong, Thailand pada 16 Mei 2025. Bertepatan dengan pelancaran kenderaan ke-28.59 jutanya, DEEPAL S05 pandu sebelah kanan, pelancaran ini menyaksikan peralihan yang bersejarah daripada eksport produk kepada globalisasi perindustrian penuh, lantas menekankan komitmennya terhadap pembuatan hijau, pintar, pembangunan jenama dan ekosistem digital. Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, bertemu dengan Pengerusi ChangAn, Zhu Huarong, sebelum sesi sidang media dan menyatakan sokongannya kepada operasi setempat ChangAn dan pembangunan seluruh rantaian industri di negara ini. Acara ini turut berlangsung berlatarbelakangkan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara China dan Thailand yang merupakan satu peristiwa penting.

Terletak di Wilayah Rayong, Thailand, kilang ini meliputi kawasan seluas kira-kira 960,000 meter persegi dan ketika ini mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 100,000 buah kenderaan yang dijangka akan meningkat dua kali ganda menjelang tahun 2027. Ia akan memajukan penyetempatan, pembangunan rendah karbon dan kerjasama dalam tempoh jangka panjang sekali gus menyokong rantaian bekalan Thailand. ChangAn turut menyasarkan untuk mencipta 30,000 peluang pekerjaan dan meningkatkan hasil cukai tempatan sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap tanggungjawab sosial.

Kilang Rayong ChangAn memperkukuh asas strategik Pelan Lautan Luas (Vast Ocean Plan), lalu menunjukkan keupayaan Syarikat untuk membina sebuah hab pembuatan pintar bertaraf dunia dengan kualiti, kecekapan yang tinggi dan berkos rendah. Kemudahan ini menonjolkan bagaimana pengeluaran kenderaan tenaga baharu dapat mengintegrasikan pendigitalan, kecerdasan dan kelestarian, seterusnya memperkukuh pengembangan global ChangAn. Direka dengan prinsip-prinsip hijau dan pintar, kilang ini menggunakan kuasa fotovolta, kitar semula air hujan, udara edaran semula, simulasi maya dan sistem digital bagi mengurangkan penggunaan tenaga dan meningkatkan kecekapan.

Dengan memberi tempat kepada Thailand sebagai hab untuk Asia Tenggara, Australia dan New Zealand, ChangAn meneruskan strategi "Di Thailand, Untuk Thailand" dan menyasarkan untuk mengatasi jualan global sebanyak 5 juta dan jualan kenderaan tenaga baharu pintar sebanyak 3 juta menjelang tahun 2030. Dalam tempoh tiga tahun akan datang, ChangAn merancang untuk melancarkan 12 produk tenaga baharu dan mempercepat pelancaran AI serta teknologi pemanduan terbantu. Gudang alat ganti baharu di Rayong akan berfungsi sebagai pusat global untuk kenderaan pandu sebelah kanan, menyasarkan kadar kepuasan 98% dan penghantaran pesanan dalam tempoh 24 jam. Tahun ini, ChangAn akan turut menaik taraf platform perkhidmatan digital Thai, menambah ciri-ciri dikuasakan AI termasuk kawalan kenderaan pintar, diagnostik jarak jauh, pemantauan bateri dan penyelenggaraan pintar demi meningkatkan pengalaman pengguna.

Sejak tahun 2017, ChangAn melancarkan inisiatif keusahawanan ketiganya dan meneruskan pertumbuhan global melalui Pelan Hijau, Pelan Pintar dan Pelan Lautan Luasnya. Syarikat ini membina tiga jenama utama — CHANG-AN, DEEPAL dan AVATR — bertujuan untuk menjadi peneraju bagi mobiliti pintar dan rendah karbon. Pada tahun 2024, jualan global mencapai 2.684 juta kenderaan, peningkatan 5.1% berbanding tahun sebelumnya. Jualan kenderaan tenaga baharu mencecah 735,000, meningkat sebanyak 52.8%. ChangAn melancarkan produk di Mexico, Arab Saudi dan Jerman. Sejak November 2023, ia memperkenalkan tujuh model di Thailand, termasuk DEEPAL S07, E07 dan AVATR 11, dengan jualan melebihi 14,000 unit dan tersenarai dalam kedudukan empat teratas negara.

"Kami akan terus memfokuskan pada pertumbuhan jangka panjang dan operasi tempatan. Kami bermatlamat untuk membina kilang ini sebagai 'penanda aras'," kata En. Zhu Huarong, Pengerusi ChangAn Automobile. "Memandang ke hadapan, ChangAn tetap komited untuk menjadi sebuah syarikat teknologi mobiliti rendah karbon yang pintar."

Latar Belakang ChangAn Automobile

ChangAn ialah sebuah syarikat teknologi mobiliti rendah karbon pintar. Barisan produknya termasuk kenderaan penumpang, trak pikap dan kenderaan komersial ringan. Dikuasakan oleh inovasi dan penaiktarafan industri, Syarikat komited kepada inovasi mobiliti mampan di jalan raya bagi menjadi jenama automobil bertaraf dunia. 

Source: ChangAn Automobile
Keywords: Auto Environmental Products & Services Transportation General Manufacturing