KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Sunway University dengan bangganya mengumumkan pelancaran Sekolah Perubatan Sir Jeffrey Cheah Sunway, satu inisiatif baharu dan berani yang melambangkan lonjakan transformatif dalam landskap pendidikan perubatan Malaysia. Dengan tumpuan yang teguh ke atas kecemerlangan pengajaran dan penyelidikan, kepimpinan beretika dan inovasi perintis, sekolah perubatan ini dijangka akan memperlengkap ahli profesional penjagaan kesihatan generasi akan datang dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan belas ihsan yang diperlukan untuk memenuhi permintaan yang semakin berkembang dalam sistem penjagaan kesihatan global.
Gambar 1: [Dari kiri] Dato' Lau Beng Long, Presiden Sunway Healthcare Group, Profesor Dato’ Elizabeth Lee, CEO Sunway Education Group, Tan Sri Sir Dr Jeffrey Cheah, Pengasas dan Pengerusi Sunway Group, YB Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Profesor Sibrandes Poppema, Presiden Universiti Sunway, dan Profesor Raja Affendi Raja Ali, Dekan Sekolah Perubatan Sir Jeffrey Cheah Sunway
Pelancaran Sekolah Perubatan Sir Jeffrey Cheah Sunway merupakan susulan daripada penubuhan Pusat Bioperubatan Jeffrey Cheah (JCBC) di Cambridge, bagi memperkukuh komitmen Tan Sri Sir Jeffrey Cheah untuk memajukan pendidikan dan penyelidikan bioperubatan yang bertaraf dunia. Majlis pelancaran pada 7 Mei 2025 di Sunway University disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dan dihadiri oleh Tan Sri Sir Jeffrey Cheah, Pengasas dan Pengerusi Sunway Group. Acara ini turut mengalu-alukan kehadiran duta antarabangsa, lantas menekankan kepentingan global inisiatif ini.
Kemuncak pelancaran ini ialah Majlis Kot Putih untuk kohort pelajar perubatan sulung yang turut mengangkat Sumpah Hippocrates, sebuah upacara perjalanan simbolik dan bermakna yang menandakan pelantikan rasmi mereka dalam profesion perubatan.
Program Doktor Perubatan (MD) di Sunway University menawarkan kurikulum perubatan yang dinamik dan sedia masa depan yang berteraskan latihan klinikal yang imersif di Sunway Medical Centre, sebuah hospital kuaterner swasta yang terkemuka. Di sini, pelajar memperoleh pengalaman langsung dalam penjagaan pesakit, menterjemah ilmu perubatan kepada kemahiran praktikal dunia sebenar. Program ini juga memupuk kolaborasi antara profesional, mempersiapkan pelajar untuk bekerja dengan efektif dalam pasukan penjagaan kesihatan yang pelbagai demi pemahaman yang holistik tentang penjagaan pesakit.
Dengan penekanan yang kukuh ke atas penyelidikan klinikal dan translasi, kelestarian dan kesihatan planet dalam bidang perubatan, teknologi penjagaan kesihatan digital merangkumi perubatan jitu dan aplikasi kecerdasan buatan dalam bidang perubatan, pelajar diperlengkap untuk memimpin dalam persekitaran penjagaan kesihatan yang didayakan oleh teknologi. Di luar hospital, program ini menggalakkan penglibatan komuniti melalui inisiatif seperti Projek Desa Mentari, bagi memupuk ahli profesional perubatan yang bertanggungjawab secara sosial yang berdedikasi terhadap perkhidmatan dan impak.
Profesor Sibrandes Poppema, Presiden Sunway University, menyatakan keghairahannya terhadap perkembangan penting ini: "Pelancaran Sekolah Perubatan Sir Jeffrey Cheah Sunway mewakili satu langkah penting ke hadapan dalam misi kami untuk membentuk ahli profesional penjagaan kesihatan yang sedia mendepani masa depan. Matlamat kami adalah untuk membangunkan doktor dan penyelidik yang bukan sahaja cemerlang dalam ilmu perubatan dan kemahiran klinikal tetapi juga diperlengkap untuk memimpin dengan integriti, empati dan inovasi. Sekolah ini akan menjadi pemangkin kepada penyelidikan transformatif, kolaborasi global dan penyelesaian penjagaan kesihatan mampan yang memberi manfaat kepada komuniti di Malaysia dan seterusnya."
Menerusi kurikulum perubatan yang sedia mendepani masa depan, latihan klinikal terkini, kefasihan digital dan kolaborasi penyelidikan global, Sekolah Perubatan Sir Jeffrey Cheah Sunway dijangka akan menjadi sebuah institusi yang terkemuka dalam bidang pendidikan perubatan di seluruh Asia. Pelancarannya menandakan era baharu inovasi pendidikan perubatan—inovasi yang menyokong pembangunan penyelesaian penjagaan kesihatan yang mampan, ditingkatkan oleh teknologi dan dipacu komuniti demi masa depan.
Gambar 2: Kohort pertama pelajar perubatan mengangkat Sumpah Hippocratic