亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

iQIYI perluas kehadiran MENA dengan pelancaran Cawangan MENA dan perkongsian tempatan, martabatkan penceritaan Cina seluruh dunia

iQIYI
2025-05-17 13:27 57

BEIJING, 17 Mei 2025 /PRNewswire/ -- iQIYI, platform hiburan dalam talian China yang terkemuka, telahpun mengambil dua langkah yang besar baru-baru ini untuk memperkukuh kehadirannya di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), lantas menandakan cita-cita yang berterusan di pasaran luar negara. Tanggal 11 Mei, syarikat ini menandatangani perjanjian perkongsian kandungan dengan platform penstriman bahasa Arab terkemuka di Mesir, WATCH IT. Selepas tiga hari, ia melancarkan secara rasmi iQIYI Cawangan MENA di Dubai yang menyaksikan tempat bertapak operasi yang lebih kukuh di rantau berkenaan.

Berdasarkan penyelidikan pasaran yang meluas, langkah-langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi penyetempatan iQIYI yang lebih luas, bertujuan untuk memartabatkan penceritaan Cina di luar negara sekali gus mengintegrasikan lebih banyak kandungan serantau ke dalam ekosistem globalnya. Syarikat ini telahpun mengenal pasti MENA sebagai sebuah pasaran yang mempunyai sejarah yang panjang dan potensi yang besar, didorong oleh permintaan yang semakin meningkat terhadap hiburan digital.


iQIYI Content Partnership Signing Ceremony in Cairo

Di bawah perkongsian baharu ini, WATCH IT akan menstrimkan rangkaian filem dan rancangan berbahasa Cina premium iQIYI yang dikurasi — termasuk siri yang paling popular seperti "Road Home" dan "Strange Tales of Tang Dynasty" — melalui rangkaian serantaunya yang mantap. Sebagai balasan, platform utama iQIYI akan mempersembahkan siri dokumentari kemanusiaan asal WATCH IT, "Mother of the World" yang menggunakan bukti arkeologi untuk memaparkan perkembangan tamadun Mesir purba. iQIYI International akan turut memperkenalkan kandungan asal bahasa Arab pilihan WATCH IT bagi memperkaya ekosistem kandungan luar negaranya.

"WATCH IT bertapak kukuh di pasaran Mesir dan Timur Tengah, dengan keupayaan penerbitan dan pengedaran yang mantap," kata Zhaonan WANG, naib presiden dan ketua penyunting iQIYI. "Melalui kolaborasi ini, kami berharap dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada penonton MENA dan menggunakan filem serta televisyen sebagai jambatan untuk pertukaran budaya."


iQIYI MENA Branch Opening Ceremony in Dubai

Dengan cawangan baharu yang dilancarkan di Dubai, iQIYI terus memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan tempatan. Menerusi strategi kandungan yang disesuaikan dengan citarasa tempatan, iQIYI mengkurasikan koleksi kandungan MENA khusus yang mempersembahkan drama, filem, animasi dan rancangan aneka ragam berbahasa Cina yang disesuaikan dengan adat resam tempatan. Platform ini berusaha untuk terus mengoptimumkan pengalaman rakaman untuk persekitaran rangkaian MENA dan sedang berbincang dengan pengendali telekomunikasi tempatan untuk meluaskan pilihan tontonan. Di samping perkongsian WATCH IT, iQIYI turut berkolaborasi dengan evision, cabang media dan hiburan e&, sejak Jun 2014 untuk mengedarkan lebih 20 drama, animasi dan filem Cina yang popular kepada penonton MENA melalui perkhidmatan penstriman percuma evision, STARZ ON.

Berucap di Dubai, Xianghua YANG, presiden Kumpulan Perniagaan Filem & Luar Negara iQIYI, mengambil maklum tentang sokongan utama daripada kolaborasi yang berterusan dengan rakan kongsi tempatan dalam memajukan pembangunan berterusan syarikat ini di MENA. Dengan Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi sebagai terasnya, iQIYI menyasarkan untuk meliputi wilayah Teluk secara beransur-ansur.

Pelancaran iQIYI Cawangan MENA di Dubai mengukuhkan lagi jejak global platform ini, susulan penampilan sulung laman web antarabangsanya, iQ.com dan iQIYI International App pada tahun 2019, serta pembukaan ibu pejabat antarabangsanya di Singapura pada tahun 2020. Sejak itu, syarikat ini memantapkan kedudukan di empat wilayah operasi utama — Asia Tenggara, Amerika Utara, Jepun dan Korea Selatan, serta MENA — tatkala ia berusaha menjadi pusat kepada kandungan kegemaran Asia untuk penonton di serata dunia. Hari ini, kandungan iQIYI menjangkau penonton di lebih 190 negara dan wilayah. Pada masa ini, iQIYI International menyokong antara muka pengguna dan sari kata dalam 12 bahasa, termasuk bahasa Inggeris, bahasa Thai, bahasa Indonesia, bahasa Korea, bahasa Sepanyol dan bahasa Arab.

HUBUNGI: iQIYI Press,  

Source: iQIYI
Related Stocks:
NASDAQ:IQ
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Film & Motion Picture Multimedia/Online/Internet