TAIPEI, 20 Mei 2025 /PRNewswire/ -- MiTAC Computing Technology Corporation, pereka platform pelayan, pengilang yang terkemuka dan subsidiari MiTAC Holdings Corporation (TSE:3706) melancarkan rangkaian penuh pelayan generasi akan datang untuk pusat data dan perusahaan di COMPUTEX 2025 (Reruai M1110). Dikuasakan oleh pemproses Intel Xeon 6, termasuk yang mempunyai teras-Prestasi (teras-P), platform baharu daripada MiTAC dibina khas untuk aplikasi AI, HPC, awan dan perusahaan.
Empowering unlimited possibilities with full AI and HPC server lineup powered by Intel Xeon 6 Processors
"Selama lebih lima dekad lamanya, MiTAC dan Intel membina hubungan kolaboratif yang erat dan terus mendorong inovasi ke hadapan. Barisan pelayan terkini kami mencerminkan legasi ini—menggabungkan kuasa pemprosesan termaju Intel dengan kepakaran mendalam MiTAC Computing dalam reka bentuk sistem bagi menyampaikan penyelesaian boleh skala dan berkecekapan tinggi untuk pusat data moden."
– Rick Hwang, Presiden MiTAC Computing.
Pelayan AI dan HPC
Pelayan Awan:
Pelayan Perusahaan
Memperkasakan Komput Masa Depan dengan MiTAC Computing dan Intel
MiTAC Computing dan Intel bersama-sama membantu organisasi-organisasi memodenkan infrastruktur mereka bagi memenuhi tuntutan beban kerja intensif data yang dipacu AI. Pemproses Intel Xeon 6 dengan tera-P menyampaikan pecutan AI terbina dalam, sehingga 128 teras dan sokongan untuk ingatan lebar jalur tinggi—mengupayakan platform generasi akan datang MiTAC untuk mengurangkan TCO, meningkatkan kebolehskalaan dan menyokong operasi yang selamat dan cekap.
Kunjungi MiTAC Computing di COMPUTEX 2025 – Reruai M1110
Terokai pelancaran baharu kami:
Intel, logo Intel dan tanda Intel yang lain ialah tanda dagangan Intel Corporation atau subsidiarinya.
Latar Belakang MiTAC Computing Technology Corporation
MiTAC Computing Technology Corp., subsidiari MiTAC Holdings, menyampaikan penyelesaian pelayan yang komprehensif dan cekap tenaga yang disokong oleh kepakaran industri yang bermula sejak tahun 1990-an. Mengkhusus dalam AI, HPC, awan dan pengkomputeran pinggir, MiTAC Computing menggunakan kaedah-kaedah yang ketat untuk memastikan kualiti tanpa kompromi bukan sahaja pada peringkat barebone tetapi, lebih penting lagi, pada peringkat sistem dan rak—di mana prestasi sebenar dan integrasi menjadi aspek yang paling penting. Komitmen terhadap kualiti di setiap peringkat ini membezakan MiTAC Computing daripada pihak-pihak yang lain dalam industri. Syarikat ini menyediakan platform tersuai untuk pusat data hiperskala, HPC dan aplikasi AI, seterusnya menjamin prestasi dan kebolehskalaan optimum.
Menerusi kehadiran global dan keupayaan hujung-ke-hujung, bermula daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan hinggalah sokongan global, MiTAC Computing menawarkan penyelesaian fleksibel dan berkualiti tinggi yang direka untuk memenuhi keperluan perniagaan yang unik. Dengan memanfaatkan kemajuan terkini dalam AI dan pendinginan cecair, berserta integrasi produk pelayan Intel DSG dan TYAN baru-baru ini, MiTAC Computing menonjol atas inovasi, kecekapan dan keandalannya, memperkasakan perniagaan untuk menangani cabaran masa depan.
Kunjungi laman web korporat kami: