亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Penyelidikan Baharu Mendedahkan Peneraju Pemasaran Melihat Potensi Kukuh dalam gTLD Meskipun Ada Jurang dari Segi Pengetahuan

ICANN
2025-05-21 23:31 66

Tinjauan global mendapati 92% pemasar mengiktiraf peluang yang disampaikan oleh domain tahap tertinggi yang generik, tetapi kos dan kesedaran kekal menjadi halangan utama tetingkap permohonan 2026

LOS ANGELES, 21 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Tinjauan global baharu daripada Perbadanan mendedahkan bahawa 52% peneraju pemasaran percaya domain tahap tertinggi yang generik (gTLD – tiga aksara atau lebih yang muncul selepas titik dalam URL) mempunyai potensi yang kukuh untuk meningkatkan kehadiran jenama dalam talian; walau bagaimanapun, jurang dari segi pengetahuan menghalang banyak jenama daripada memanfaatkan peluang yang boleh dibawa oleh gTLD.    

Penyelidikan ini meninjau lebih 2,000 peneraju pemasaran merentasi lapan negara (Brazil, China, India, Mexico, Nigeria, Afrika Selatan, U.K. dan Amerika Syarikat) dengan tujuan mewujudkan gambaran landskap pemasaran digital yang berkembang dan memahami tahap kesedaran di sekitar gTLD. Ini berlaku ketika ICANN bersedia membuka tetingkap permohonan seterusnya untuk gTLD baharu pada bulan April 2026 – – peluang pertama dalam tempoh lebih sedekad bagi organisasi memohon untuk mengendalikan gTLD masing-masing.

Domain tahap tertinggi ialah huruf yang terdapat di hujung alamat Internet (dengan gTLD termasuk .ceo, .charity, .menu, dan .paris). Jenama boleh memohon untuk menjalankan sendiri gTLD sebagai cara untuk menunjukkan tujuan organisasi atau menandakan laman web dengan jelas kerana mempunyai kaitan dengan jenama masing-masing. Penyelidikan menunjukkan bahawa meningkatkan kesedaran dan keterlihatan jenama menjadi keutamaan paling penting untuk peneraju pemasaran (54%) dan lebih separuh mempercayai bahawa gTLD mempunyai potensi yang kukuh untuk meningkatkan kehadiran jenama dalam talian. Walau bagaimanapun, penyelidikan ini juga menunjukkan bahawa hampir satu pertiga (32%) peneraju pemasaran yang ditinjau tidak biasa dengan gTLD, juga menunjukkan bahawa mengendalikan gTLD baharu mungkin merupakan peluang strategik yang pada masa ini banyak organisasi terlepas pandang.

Dapatan utama daripada penyelidikan itu termasuk:

  • Selepas menentukan gTLD, 92% peneraju pemasaran memberikan respons bahawa syarikat masing-masing dapat melihat potensi manfaat kepada gTLD, dengan pembezaan jenama yang dipertingkat (46%), kepercayaan pelanggan yang lebih baik (45%), kawalan yang lebih baik terhadap kehadiran dalam talian (44%) dan SEO yang bertambah baik (44%) mendahului senarai.
  • 19% daripada peneraju pemasaran bekerja untuk organisasi yang sebelum ini telah memohon gTLD.
  • Kebimbangan terhadap kos (31%), jurang dari segi pengetahuan (27%) dan sumber yang tidak mencukupi (24%) dikenal pasti sebagai halangan utama kepada permohonan.
  • Penyelidikan ini mendedahkan kelainan serantau yang ketara, dengan peneraju pemasaran Nigeria (74%) dan India (61%) menunjukkan kepercayaan yang paling kuat terhadap potensi gTLD untuk penjenamaan dan kehadiran dalam talian. Sebaliknya, pemasar di China menyatakan pandangan yang lebih bercampur aduk, dengan 50% melihat potensi yang kukuh tetapi 49% menganggap gTLD sebagai pelaburan yang tidak perlu dengan Pulangan Pelaburan yang tidak jelas.

Dapatan ini muncul pada masa peneraju pemasaran menghadapi cabaran yang besar dalam menonjol masing-masing berbanding pesaing (53%), menarik minat dan melibatkan khalayak yang betul (52%), serta mengikut kemajuan dengan trend digital (47%).

gTLD baharu boleh menjadi alat berinovatif untuk perdagangan dan komunikasi. Alat ini membolehkan perniagaan di negara, sektor, atau pasaran khusus tertentu mencipta label eksklusif, deskriptif dan tidak dapat dilupakan di Internet. Entiti yang mengendalikan gTLD boleh memberikan pengguna dan pelanggan dengan keyakinan tambahan terhadap keselamatan dan kesahihan dalam talian. Ini boleh menjadi amat berguna dalam persekitaran hari ini, apabila pengguna sering tidak mengetahui sekiranya mereka boleh mempercayai sumber di Internet.

Theresa Swinehart, Naib Presiden Kanan (SVP), Domain & Strategi Global berkata: "Program gTLD Baharu: Pusingan Seterusnya memberikan peluang kepada perniagaan, komuniti, kerajaan dan lain-lain untuk memohon bagi mengendalikan ruang selamat dalam talian sendiri, yang diselaraskankan agar sesuai dengan organisasi, komuniti, budaya, bahasa dan minat pelanggan masing-masing. Kini sudah tiba masa bagi jenama mempertimbang untuk memohon gTLD dan penyelidikan ini memberitahu kita bahawa masih ada kekurangan kesedaran. ICANN boleh membantu memberikan maklumat dan meningkatkan kesedaran Pusingan Seterusnya dan peluang yang diberikan untuk komuniti, organisasi dan perniagaan global, termasuk jenama."

Untuk membantu menangani jurang dari segi pengetahuan, ICANN sedang untuk membantu organisasi memahami proses permohonan dan peluang yang berpotensi untuk gTLD menjelang tetingkap permohonan 2026. ICANN juga menawarkan (ASP), yang memberikan bantuan kewangan dan bukan kewangan kepada pemohon yang layak.    

Laporan penuh, "Memahami Peluang gTLD untuk Jenama", boleh didapati di . Untuk maklumat lanjut mengenai Program Baharu gTLD, sila kunjungi .

Maklumat Tentang ICANN
Misi ICANN ialah membantu memastikan Internet global yang stabil, selamat dan disatukan. Untuk menghubungi individu lain melalui Internet, anda perlu menaip alamat – nama atau nombor – ke dalam komputer atau peranti anda yang lain. Alamat tersebut mesti unik supaya komputer tahu tempat untuk bertemu antara satu sama lain. ICANN membantu menyelaraskan dan menyokong pengecam unik ini di seluruh dunia. ICANN telah ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai perbadanan manfaat awam bukan untung dengan komuniti peserta dari seluruh dunia.

Maklumat tentang tinjauan ini
Penyelidikan ini telah dijalankan oleh Focaldata bagi pihak ICANN, dengan kerja lapangan dikendalikan pada bulan Mac 2025. 2,000 pembuat keputusan pemasaran telah ditinjau, termasuk Pengurus Pemasaran/Pengarah, Ketua Pegawai Pemasaran (CMO), Ketua Pemasaran dan peranan lain yang berkaitan dengan pemasaran. Penyelidikan ini mengumpulkan perspektif global, termasuk pembuat keputusan pemasaran di seluruh Brazil (161), China (165), India (350), Mexico (170), Nigeria (351), Afrika Selatan (156), U.K. (364), dan Amerika Syarikat (353).

New gTLD Program: Next Round
New gTLD Program: Next Round

Logo -  
Foto -  

Source: ICANN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Survey, Polls & Research