![]() |
PORT VILA, Vanuatu, 27 Mei 2025 /PRNewswire/ -- , broker berbilang aset yang memenangi anugerah, telahpun diberi penghormatan dengan anugerah "Tajaan Sukan Permotoran Terbaik" yang berprestij di Forex Sports Awards 2025 atas perkongsian dinamiknya dengan Scuderia Ferrari HP, salah satu nama yang terkenal dalam sukan permotoran.
Forex Sports Awards, anjuran Sports Media Gaming Limited, mengiktiraf kecemerlangan bagi penajaan sukan dalam industri tukaran mata wang asing (forex), meraikan jenama-jenama yang membuat pelaburan besar dalam kolaborasi sukan berprofil tinggi. Para pemenang dipilih melalui proses yang ketat, menggabungkan pengundian terbuka dengan panel hakim bebas yang terdiri daripada ahli-ahli profesional yang dihormati daripada industri sukan dan media.
Vantage Wins "Best Motorsports Sponsorship" for Scuderia Ferrari HP Partnership
Sebagai Rakan Kongsi Rasmi pasukan Formula 1, Vantage memperkukuh kehadiran globalnya melalui kempen berimpak tinggi yang menonjolkan nilai-nilai inovasi dan kecemerlangan yang dikongsi bersama antara kedua-dua jenama. Perkongsian ini menghubungkan peminat sukan permotoran dan pedagang di seluruh dunia, meraikan usaha mengejar kemajuan tanpa henti.
Dalam pujiannya, Forex Sports Awards menyatakan: "Jenama Scuderia Ferrari HP ialah salah satu nama paling ikonik yang telah menjangkau dunia sukan dan menjadi jenama gaya hidup global. Dengan bekerjasama bersama Scuderia Ferrari HP, Vantage mencipta penjajaran jenama yang luar biasa bagi mempromosikan namanya di persada global."
"Kami amat berbangga menerima pengiktirafan ini atas perkongsian kami bersama Scuderia Ferrari HP," kata Marc Despallieres, Ketua Pegawai Eksekutif Vantage Markets. "Sama seperti Scuderia Ferrari HP yang mewakili kemuncak sukan permotoran, Vantage komited untuk memberikan kecemerlangan dalam perdagangan. Kolaborasi ini membolehkan kami berhubung dengan khalayak global yang bersemangat, lalu memperkukuh nilai-nilai kelajuan, ketepatan dan inovasi jenama kami. Kami berharap dapat meneruskan perjalanan yang mengujakan ini bersama Ferrari dan membawakan pengalaman yang lebih menyeronokkan kepada pelanggan dan peminat kami."
Kunjungi laman web untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Vantage yang memenangi anugerah dan inisiatif akan datang.
Latar Belakang Forex Sports Awards
Forex Sports Awards, dicipta oleh Sports Media Gaming Limited, memberi penghormatan kepada jenama-jenama dalam industri tukaran mata wang asing (forex) atas sumbangan cemerlang mereka kepada penajaan sukan. Anugerah ini memastikan kesaksamaan melalui proses pemilihan dua peringkat: undian terbuka menyenarai pendek tiga jenama teratas dalam setiap kategori, diikuti dengan keputusan muktamad daripada panel bebas yang terdiri daripada pakar sukan dan media.
Latar Belakang Vantage
(atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.
Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem perdagangan yang dipercayai, aplikasi perdagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang memperkasakan pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.
berdagang lebih bijak @vantage
AMARAN RISIKO: CFD ialah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian wang dengan cepat lantaran leveraj. Pastikan anda memahami risiko sebelum berdagang.
Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terdapat nasihat kewangan, tawaran atau rayuan bagi apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. Kandungan ini bukan bertujuan untuk penduduk di mana-mana bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan atau kewangan. Apa-apa pergantungan yang anda letakkan pada maklumat yang dibentangkan adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.