亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Born to Win: Siri nubia Neo 3 dinamakan Telefon Pintar Permainan Jenama Bersama Rasmi untuk Garena Free Fire

ZTE Corporation
2025-05-28 12:49 47

SHENZHEN, China, 28 Mei 2025 /PRNewswire/ -- nubia, jenama telefon pintar gaya hidup yang amat diperibadikan, mengumumkan pada hari ini satu perkongsian penjenamaan bersama yang bertaraf global antara siri nubia Neo 3 dan permainan mudah alih yang popular daripada Garena, Free Fire. Siri nubia Neo 3 dinamakan sebagai Telefon Pintar Permainan Jenama Bersama Rasmi untuk Free Fire yang menyatukan semangat "Born to Win" dan "BOOYAH" oleh Free Fire demi memberikan pengalaman permainan gred e-sukan yang boleh dicapai oleh semua orang.

Born to Win: nubia Neo 3 series named Official Co-Branded Gaming Smartphone for Garena Free Fire
Born to Win: nubia Neo 3 series named Official Co-Branded Gaming Smartphone for Garena Free Fire

"Kami berasa amat teruja dapat bekerjasama dengan Garena Free Fire bagi membawakan pengalaman permainan mudah alih yang benar-benar tinggi," kata Ni Fei, Naib Presiden Kanan ZTE, Presiden ZTE Mobile Devices. "nubia sentiasa komited untuk memperkasakan pemain dengan teknologi canggih. Kolaborasi ini menyaksikan satu pencapaian penting yang membolehkan siri nubia Neo 3 kami disesuaikan dengan sangat baik untuk salah satu komuniti permainan yang paling ghairah di dunia."

Menonjolkan Kecemerlangan Permainan Melalui Integrasi Watak Free Fire

Siri nubia Neo 3 mengintegrasikan empat watak Free Fire yang paling ikonik iaitu Kelly, Hayato, Moco dan Wukong yang mana setiap model diilhamkan oleh suatu watak tertentu. Pendekatan reka bentuk yang didorong oleh watak ini melampaui perkakasan, menawarkan penyesuaian UI yang komprehensif termasuk hiasan latar belakang bertema, ikon, nada dering dan kesan audio dalam-permainan. Ruang Permainan khas meningkatkan selanjutnya imersi dengan sentuhan masa nyata, kesan pencahayaan dan maklum balas audio.

nubia Neo 3 GT 5G yang sejajar dengan Kelly dibina demi kelajuan. Dikuasakan oleh pemproses T9100 6nm 5G yang dapat beroperasi sehingga 2.7GHz dan RAM dinamik sehingga 24GB, ia membawakan paparan FHD+ OLED 6.8-inci dengan kadar segar semula 120Hz, sementara sistem pendinginan cecair VC 4083mm² yang luas dapat mengekalkan prestasi puncak. Dwipencetus bahu mengupayakan respons sentuhan tahap-milisaat, lalu membolehkan pemain bertindak segera dan menterjemahkan kepantasan Kelly kepada kelebihan taktikal di medan tempur.

nubia Neo 3 5G menggambarkan daya ketahanan dan disiplin Hayato. Dilengkapi dengan bateri 6,000mAh dan pengecasan pantas 33W, ia menyokong ciri-ciri permainan dalam tempoh yang panjang tanpa gangguan. Reka bentuknya yang berani dan diilhamkan oleh e-sukan memaparkan kekuatan dan keazaman Hayato yang menjiwai semangat persaingan yang mantap dan tiada rasa gentar.

Merangkum kecerdasan dan tenaga futuristik Moco, nubia Neo 3 memaparkan estetika siber-meka yang menarik dan ditingkatkan oleh tekanan pencahayaan RGB. Direka bagi menggambarkan kecerdasan istimewa dan visi futuristik Moco, ia menawarkan suasana permainan berteknologi tinggi yang jelas.

Pengalaman Permainan Imersif dengan Ciri Peningkatan Perkakasan-Perisian

Siri nubia Neo 3 direkayasa demi mencapai kecemerlangan permainan menerusi pengoptimuman perkakasan-perisian. Setiap model dilengkapi dengan paparan 120Hz kadar segar semula tinggi dan motor linear paksi-Z untuk maklum balas sentuhan yang tepat, sistem pendinginan berbilang lapisan yang dipertingkat demi mencapai kestabilan, manakala NeoTurbo AI Engine meningkatkan kuasa dengan pintar dan menstabilkan kadar bingkai tatkala ciri permainan yang kritikal.

Sebagai satu-satunya telefon pintar dalam segmennya yang dilengkapi dengan dwipencetus bahu permainan, siri nubia Neo 3 menyediakan kadar pensampelan yang tinggi dan masa respons pantas, lalu membolehkan pemain mencapai kawalan yang lebih tepat ke atas watak-watak Free Fire. Pemain boleh menyesuaikan sepenuhnya fungsi pencetus agar sepadan dengan gaya permainan pilihan mereka, umpamanya menentukan butang bahu kiri dan kanan bagi aksi membidik dan menembak demi respons yang lebih pantas dan lebih intuitif. Dibandingkan dengan kawalan skrin sentuh lazim, pencetus bahu dapat mengurangkan gangguan jari dengan ketara, lantas menawarkan pandangan yang lebih jelas dan kelebihan kompetitif dalam pertempuran bertahan hidup.

Selain itu, AI Game Space 3.0 menawarkan pengalaman permainan yang imersif. Dalam mod ini, AI Trigger Assistant dapat menentukan butang bahu secara automatik dengan kawalan pada skrin. AI Virtual Companion Demi pula mencipta pengalaman dalam-permainan yang interaktif. Ciri-ciri seperti M-Yell dan M-Radio untuk Free Fire MAX menjadikan perbualan dalam-permainan sesuatu yang lebih dinamik. Sistem Pembelajaran Tingkah Laku AI dapat menyesuaikan selanjutnya dengan tabiat pengguna demi ciri-ciri permainan yang lebih lancar dan dinamik.

Semangat "Born to Win" Mengilhamkan Inovasi Bertumpukan Pengguna bagi Keserbabolehan

Siri nubia Neo 3 menjiwai semangat "Born to Win" ("Lahir untuk Menang"), satu kepercayaan terhadap ekspresi diri yang yakin, persaingan tanpa rasa gentar dan usaha mengejar kemenangan tanpa jemu. Lebih daripada sekadar telefon pintar permainan, ia menjadi teman harian untuk generasi muda. Ia mengintegrasikan keupayaan permainan gred profesional dengan hayat bateri yang panjang, pengalaman audiovisual yang imersif, ciri-ciri AI canggih yang dapat disesuaikan dengan pelbagai keperluan pengguna.

Bermula dalam bulan Mei 2025, siri nubia Neo 3 Edisi Jenama Bersama Free Fire dilancarkan di Asia Tenggara, Amerika Latin, Timur Tengah, Eropah dan pasaran-pasaran global yang lain. Bagi meraikan pelancarannya, pembeli awal akan menerima kad hadiah dalam-permainan Free Fire, selain memperoleh ganjaran tambahan tatkala mereka melangkah ke medan tempur bersama peranti baharu mereka.

PERTANYAAN MEDIA:
ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press..cn

 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063 Shenzhen:000063.SZ
Keywords: Electronics Gaming Computer Networks Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services