亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

SANY Serahkan Projek Pengisian Bahan Api Hidrogen Pertama ke Australia, Menggapai Pencapaian dalam Pengembangan Tenaga Hijau Global

SANY Group
2025-05-30 11:03 45

SHANGHAI, 30 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Dalam bulan April 2024, SANY menjalin perkongsian strategik bersama pelanggan Australia yang menyaksikan kali pertama SANY mempromosikan teknologinya ke pasaran antarabangsa setelah membina stesen pengeluaran dan pengisian bahan api hidrogen bersepadu yang terbesar di China. Bertarikh 20 Mei tahun ini, SANY menyerahkan secara rasmi peralatan pengeluaran dan pengisian bahan api hidrogen cagak-kelincir 200Nm³/j dibangunkan secara tersuai untuk pelanggan yang merupakan satu langkah yang besar ke arah pengantarabangsaan penawaran tenaga hijaunya.

Teknologi Terkemuka Membekalkan Kuasa kepada Pengisian Bahan Api Hidrogen Berkecekapan Tinggi

Projek ini menggunakan teknologi pengeluaran hidrogen elektrolisis fleksibel yang utama dalam industri, dilengkapi dengan sistem kawalan komprehensif bagi memastikan operasi yang stabil dan cekap. Membawakan pengecasan super dwiperingkat dan storan hidrogen pada 50 MPa dan 90 MPa, sistem unit tunggal ini dapat memenuhi keperluan mengisi bahan api hidrogen secara serentak untuk kenderaan komersial 35 MPa dan juga kenderaan penumpang 70 MPa. Ini bererti sama ada pengangkutan kargo atau perjalanan harian, kenderaan dapat diisi dengan bahan api secara cepat dan selamat di stesen bersepadu ini.

Piawaian Global Memastikan Penerimagunaan yang Selamat dan Patuh

Bagi tujuan memastikan penembusan yang lancar ke pasaran Australia, projek ini mematuhi piawaian pengeluaran pasaran dengan ketat dan diperakui sepenuhnya oleh Bureau Veritas (BV) dan TÜV SÜD:

  • Pensijilan Keselamatan Elektrik AS 3000: Mematuhi piawaian tertinggi Australia—Kelas 2.
  • Dwipensijilan ASME/AS1200: Kapal tekanan diperakui untuk piawaian A.S. dan juga Australia dengan cop ASME U3. Umur lesu pula melebihi 20,000 kitaran.
  • Ujian Protokol Pengisian Bahan Api Hidrogen SAE J2601: Protokol pengisian bahan api mematuhi piawaian pengisian bahan api antarabangsa, membolehkan kenderaan penumpang 70 MPa diisi dengan bahan api dalam masa 3 minit.

Pembangunan Dipacu Reka Bentuk dengan Analisis Keselamatan Teliti

SANY mengamalkan proses pembangunan ke hadapan berdasarkan asas-asas reka bentuk. Semasa dibangunkan, pasukan projek menjalankan penilaian dan kawalan risiko yang teliti terhadap Sistem Pengeluaran dan Penulenan Hidrogen PEM dan juga Sistem Pengisian Bahan Api Hidrogen Bertekanan Tinggi, termasuk Pengenalpastian Bahaya, Kajian Bahaya dan Kebolehkendalian, Tahap Integriti Keselamatan dan Analisis Lapisan Perlindungan.

Pendekatan analitikal ini mendayakan pengecaman risiko tahap awal, seterusnya meletakkan asas demi penyelesaian hidrogen yang selamat, pintar dan bingkas.

Melalui teknologi canggih, piawaian keselamatan yang ketat dan kolaborasi peringkat global, kejayaan SANY di Australia menyaksikan satu langkah penting dalam pembangunan mampan. SANY memfokuskan pada tenaga bersih, mencapai kemajuan dalam teknologi angin, solar, hidrogen, storan tenaga dan mikrogrid. "SANY mempercepat peralihannya ke arah penyahkarbonan dan pertumbuhan hijau, seterusnya menyumbang kuasa hijau untuk industri ini," kata Xiang Wenbo, Pengerusi SANY Heavy Industry.

Source: SANY Group
Keywords: Alternative Energies Broadcast Technology Computer/Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Transportation Utilities Corporate Expansion Corporate Social Responsibility Environmental Issues New products/services Cision Influencer List - ESG