GUANGZHOU, China, 30 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Pada tahun 2025, ETF berfokus teknologi saham-A terus menarik minat ramai pelabur – lima ETF industri/tematik teratas berdasarkan aliran masuk bersih, setakat 21 Mei, kesemuanya berkaitan dengan teknologi, memperoleh sebanyak AS$ 7.87 bilion secara kolektif, termasuk E Fund CSI Artificial Intelligence ETF (159819) yang menyaksikan aliran masuk bersih sebanyak AS$ 1.17 bilion. Sementara itu, pengurus aset yang terkemuka di China ini dilihat menetapkan kedudukan secara aktif dalam ETF berfokus teknologi, seperti ETF AI, ETF robotik dan ETF penerbangan. E Fund Management ("E Fund") khususnya, iaitu pengurus dana amanah yang terbesar di China, mengetengahkan enam sektor termaju yang mencakupi kecerdasan buatan, robotik & peranti pintar, teknologi pengkomputeran, teknologi penjagaan kesihatan, teknologi tenaga dan teknologi angkasa serta mewujudkan rangkaian produk ETF yang lengkap bagi memperoleh peluang pertumbuhan.
Six Cutting-edge Sectors Shaping the Future
- Kecerdasan Buatan
AI berfungsi sebagai infrastruktur asas untuk teknologi baru muncul. E Fund CSI Artificial Intelligence ETF (159819) mengurus aset bernilai AS$ 2.23 bilion, menduduki kedudukan pertama antara rakan-rakan setaranya. Indeks pendasarnya, CSI Artificial Intelligence Index, menjejaki 50 firma AI terkemuka dan menekankan teknologi teras, dengan syarikat semikonduktor, pembangun perisian dan penyedia peralatan komputer menyumbang sebanyak hampir 70% daripada pegangannya.
- Robotik & Peranti Pintar
Kemajuan dalam robotik manusia, seperti prestasinya dalam separuh maraton robot manusia pertama di dunia dan RoboCup pada tahun ini, telah mencetuskan keghairahan pasaran. E Fund CNI Robot Industry ETF (159530) memperuntukkan sebanyak lebih 50% daripada wajarannya untuk robot manusia, perkadaran tertinggi antara kesemua ETF berfokus robotik, selepas perubahan dibuat ke atas metodologi indeks yang berkuat kuasa pada 10 April.
- Teknologi Pengkomputeran
Biarpun kuasa pengkomputeran yang teguh amat penting demi pembangunan AI, pengkomputeran awan muncul sebagai penyelesaian arus perdana. E Fund CSI Cloud Computing & Big Data ETF (516510) yang merupakan ETF terbesar dalam kategorinya yang menjejaki indeks yang sama, memegang aset sebanyak AS$ 489 juta. Ia meliputi peralatan pengkomputeran, pusat data dan perkhidmatan awan, sejajar dengan dorongan China terhadap infrastruktur digital.
- Teknologi Penjagaan Kesihatan
Teknologi penyuntingan gen bersedia untuk merevolusikan rawatan bagi gangguan genetik dan kanser. E Fund CSI Biotechnology ETF (159837) melabur dalam syarikat-syarikat yang mengkhusus dalam diagnostik gen, biofarmaseutikal dan penyelidikan bioperubatan termaju, seterusnya menempatkannya di barisan hadapan dalam inovasi penjagaan kesihatan.
- Teknologi Tenaga
China menerajui inovasi tenaga boleh baharu peringkat global, terutamanya bagi pemasangan fotovolta, kuasa nuklear dan storan bateri keadaan pepejal. E Fund CSI New Energy ETF (516090) memberi pendedahan kepada bateri litium, solar, angin, hidro dan tenaga nuklear bagi menyokong peralihan kepada kuasa bersih.
- Teknologi Angkasa
Kejayaan pelancaran "Three-Body Computing Constellation" pada 15 Mei yang mengupayakan pemprosesan data pada masa nyata di orbit, menyaksikan satu langkah yang besar dalam teknologi angkasa China. E Fund dijangka akan melancarkan ETF baharu yang dikaitkan dengan CNI General Aviation Index, menjejaki syarikat-syarikat yang terlibat dalam bahan aeroangkasa, pembuatan pesawat dan operasi penerbangan.
Antara kesemuanya, E Fund CSI Artificial Intelligence ETF (159819), E Fund CSI Cloud Computing & Big Data ETF (516510), E Fund CSI Biotechnology ETF (159837) dan E Fund CSI New Energy ETF (516090) dimasukkan dalam ETF Connect bagi memperkasakan pelabur-pelabur global untuk mengambil peluang daripada arah aliran teknologi China.
Latar Belakang E Fund
Ditubuhkan pada tahun 2001, E Fund Management Co., Ltd. ("E Fund") ialah pengurus dana amanah komprehensif yang terkemuka di China dengan aset di bawah pengurusan melebihi RMB 3.5 trilion (USD 497 bilion).* Ia menawarkan penyelesaian pelaburan kepada pelanggan dalam pesisir dan luar pesisir, bagi membantu pelanggan mencapai prestasi pelaburan mampan dalam tempoh jangka panjang. Pelanggan E Fund melibatkan individu dan juga institusi, bermula daripada bank pusat, dana kekayaan negara, dana keselamatan sosial, dana pencen, syarikat insuran dan insurans semula, hinggalah syarikat korporat dan bank. Berorientasikan jangka panjang, ia memfokuskan pada perniagaan pengurusan pelaburan sejak ditubuhkan dan percaya akan kuasa penyelidikan yang mendalam dan masa melabur. Ia merupakan perintis dan pengamal yang utama dalam pelaburan yang bertanggungjawab di China dan diiktiraf secara meluas sebagai salah satu pengurus aset Cina yang paling dipercayai dan cemerlang.
*Sumber: E Fund. AuM termasuk subsidiari-subsidiari. Data setakat 31 Mac 2025. Kadar FX bersumberkan PBoC.