CHIFENG, China, 3 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Envision Energy, peneraju bertaraf global bagi teknologi hijau, mengumumkan perjanjian pengambilan ammonia hijau yang bersejarah bersama Marubeni Corporation, salah satu daripada lima syarikat perdagangan utama Jepun. Perjanjian perintis pada skala global ini mengesahkan daya maju komersial ammonia hijau sebagai penyelesaian tenaga boleh skala, lalu menetapkan penanda aras global untuk perdagangannya dan menonjolkan potensi besar tenaga hidrogen-ammonia hijau di seluruh Asia-Pasifik dan selanjutnya.
Perkongsian ini menyatukan kepimpinan Envision Energy bagi penyelesaian hidrogen-ammonia hijau bersepadu dengan rangkaian global dan kepakaran perdagangan tenaga Marubeni yang luas, seterusnya memudahkan pengeluaran, pembekalan dan pengkomersialan ammonia hijau berskala besar. Ia bertujuan untuk mempercepat peralihan global kepada penyelesaian tenaga rendah karbon, terutamanya dalam industri-industri seperti bahan kimia dan baja, bagi mendorong pertumbuhan mampan dalam pelbagai sektor di seluruh dunia. Kolaborasi ini juga akan mempercepat peralihan Jepun kepada ekonomi hijau, memacu pelaburan dan inovasi yang lebih besar dan menyokong matlamat kelestarian kerajaan.
"Landskap tenaga global sedang mengalami perubahan yang mendalam, dengan hidrogen-ammonia memainkan peranan yang semakin penting," kata En. Frank Yu, Naib Presiden Kanan Envision Energy, "Seiring dengan Marubeni, kami menggiatkan pengkomersialan ammonia, mengubahnya menjadi penyelesaian tenaga utama yang memperkasakan peralihan dunia kepada bahan api neutral karbon. Perkongsian ini meletakkan asas bagi pengangkutan dikuasakan ammonia dan penjanaan tenaga elektrik yang akhirnya dapat memupuk ekosistem tenaga yang lebih bersih dan lebih lestari."
Envision Energy ialah pengeluar hidrogen hijau yang terkemuka di dunia dan satu-satunya syarikat yang memiliki teknologi teras bagi tenaga boleh baharu, pengeluaran hidrogen dan taman industri sifar bersih, menyasarkan penyahkarbonan secara meluas oleh penyelesaian hidrogen-ammonia hijau. Dengan mempelopori teknologi hidrogen hijau tindanan penuh, termasuk teknologi elektrolisis alkali dan PEM, berserta kecekapan kejuruteraan dan keupayaan integrasi sistemnya, syarikat ini bermatlamat agar dapat mengatasi cabaran utama dalam arena hidrogen hijau, terutamanya yang berkaitan dengan kecekapan dan selang-seli sumber tenaga boleh baharu.
Syarikat ini berada di barisan hadapan dalam pembangunan loji hidrogen-ammonia hijau komersial yang terbesar di dunia, memanfaatkan model taman industri sifar bersihnya yang inovatif dan teknologi hidrogen hijau tindanan penuh. Dikuasakan sepenuhnya oleh kuasa elektrik hijau daripada tenaga angin dan solar yang digandingkan secara langsung, kilang ini mengintegrasikan angin, solar dan storan secara cekap dengan pengeluaran hidrogen-ammonia bagi mengoptimumkan kos dan meningkatkan kemampanan. Fasa pengeluaran awal yang dilancarkan pada awal tahun 2024, menyasarkan 300,000 tan ammonia hijau setiap tahun dan merancang untuk meningkatkan skala kepada jumlah kapasiti tahunan sebanyak 1.5 juta tan setelah siap. Sumbangan luar biasa Envision terhadap penyahkarbonan melayakkannya menerima Anugerah Pencetus Perubahan Peralihan Tenaga di COP28 dan juga pengiktirafan sebagai "Penginovasi Tenaga" dalam senarai Fortune's Change the World bagi tahun 2024.