亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

JURASSIC WORLD: THE EXPERIENCE, ACARA PENUH IMERSIF BAHARU BERMULA DI CLOUD FOREST, GARDENS BY THE BAY

NEON Global
2025-06-04 16:43 42

SINGAPURA, 4 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Jurassic World: The Experience dimulakan secara rasmi dalam landskap Cloud Forest, Gardens by the Bay yang berkabus dan sungguh menakjubkan buat penjelajah yang sudah tidak sabar-sabar menanti peluang pertama mereka untuk melangkah masuk ke Jurassic World dan berada lebih dekat dengan dinosaur saiz sebenar berbanding sebelum ini.



Terletak di hadapan air terjun melata yang ikonik di Cloud Forest, Gardens by the Bay, majlis pembukaan rasmi dihadiri oleh Tetamu Kehormat En. Heng Swee Keat dan dianjurkan oleh NEON dan Gardens by the Bay, mendapat sokongan daripada Universal Destinations & Experiences.


Left to Right: Mr. Felix Loh (CEO, Gardens by the Bay), Mr. Niam Chiang Meng (Chairman, Gardens by the Bay), Mr. Heng Swee Keat, Mr. Ron Tan (Group CEO, NEON) and Mr. Campbell Swann (Vice President, International Operations, Universal Destinations & Experiences)

Pameran ini menarik perhatian khalayak daripada semua peringkat usia dalam suatu persekitaran yang diilhamkan oleh Universal Pictures dan francais Amblin Entertainment's Jurassic World dan dihasilkan oleh NEON seiring dengan Universal Live Entertainment, Animax Designs – pencipta bagi dinosaur animatronik tampak hidup berserta Gardens by the Bay, persekitaran yang cukup sempurna untuk membawa pengunjung kembali ke suatu tempoh beratus-ratus juta tahun yang lalu ke zaman apabila dinosaur menguasai.

Kami berasa teruja dapat menjayakan Jurassic World: The Experience melalui gabungan yang sempurna antara penceritaan, teknologi dan alam semula jadi betul-betul di sini iaitu di tengah-tengah Gardens by the Bay," kata En. Ron Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, NEON. "Pengalaman yang imersif ini menyaksikan satu lagi pencapaian penting dalam misi NEON untuk mentakrifkan semula bagaimana suatu kisah diceritakan, lantas menggambarkan komitmen kami yang berterusan untuk menerobos sempadan hiburan berasaskan pengalaman dan dalam masa yang sama mencipta tempat tarikan bertaraf dunia bersama-sama rakan kongsi yang mempunyai visi yang sama seperti kami. Beriringan dengan Universal Live Entertainment dan Gardens by the Bay, kami ingin mengundang khalayak untuk melangkah ke suatu alam yang melaluinya imaginasi dan sains bertemu, bagi merasai pengalaman ketakjuban melihat dinosaur yang tidak pernah terjadi sebelum ini."

En. Felix Loh, Ketua Pegawai Eksekutif Gardens by the Bay berkata, "Gardens by the Bay memanfaatkan alam semula jadi sebagai kanvas untuk mencipta pengalaman baharu yang menyegarkan bagi menarik perhatian khalayak ramai. Bagi Jurassic World: The Experience, Cloud Forest ditransformasikan menjadi landskap yang membawa pengunjung kembali ke zaman berjuta-juta tahun yang lalu, apabila dinosaur saiz sebenar berkeliaran di hutan yang tebal dan berkabus. Selain daripada tahap keasyikan yang begitu luar biasa, perjalanan yang mendidik ini turut berjalin dengan pengembaraan yang melaluinya pengunjung daripada semua peringkat usia dapat mempelajari lebih lanjut tentang kehidupan tumbuhan prasejarah yang terus membentuk dunia kita sehingga hari ini."

"Kami berasa teruja dapat memberikan kepada kumpulan peminat global kami satu lagi cara untuk menghayati Jurassic World: The Experience melalui gaya penceritaan kami yang unik," kata Gerald Raines, Naib Presiden Kanan, Pengalaman Berasaskan Lokasi, Universal Destinations & Experiences. "Dengan menjadikan pengembaraan sebagai elemen utama dalam landskap hidup Cloud Forest, Gardens by the Bay, pengalaman ini melampaui sebuah pameran yang lazim."



Para pengunjung boleh melihat dinosaur dari dekat semasa mereka meredah Cloud Forest yang ditransformasikan menjadi alam ajaib prasejarah lagi subur yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan dan ekosistem daripada zaman Jura.

Dalam landskap ini, merentas pelbagai zon pengalaman dan di titik sentuh botani yang utama, pengunjung akan mendapat peluang untuk: 

  • Merebut peluang yang jarang-jarang diperoleh untuk berinteraksi dengan Velociraptor yang bijak dan ganas namun setia - Blue, yang renungan tajamnya begitu menawan dan dalam masa yang sama menggerunkan.
  • Membina ikatan dengan anak dinosaur yang comel di Jurassic World yang melaluinya anda akan dapat mengalami sendiri hubungan unik antara manusia dan makhluk purba ini.
  • Berjalan-jalan di Evolution Walk yang melaluinya anda boleh menjelajah kembali ke zaman sebelum zaman dinosaur untuk belajar tentang spesies tumbuhan purba yang wujud lama sebelum kemunculan tumbuhan yang mengeluarkan bunga. Evolution Walk membawakan binaan semula tumbuhan purba yang telahpun pupus, dalam sebuah pameran yang memberi kesedaran tentang bagaimana tumbuh-tumbuhan berevolusi.
  • Melihat dengan rasa takjub telur yang mudah pecah dan dinosaur yang baru lahir di dalam alat pengeram. Bagi detik yang benar-benar tidak dapat dilupakan, saksikan ciptaan alam semula jadi itu sendiri beraksi di Sarang Pteranodon.
  • Merasai tekstur kulit dinosaur prasejarah, hidu bau tanah daripada hutan purba, ekstrak DNA daripada ambar fosil.
  • Berdepan secara bersemuka dengan T-rex animatronik yang ganas, kemudian teruskan perjalanan anda ke tempat selamat dengan menyelinap keluar melalui pagar yang hancur berkecai, di bawah rahangnya yang sangat besar.
  • Menyaksikan kapsul masa alam semula jadi dan lihat bagaimana sesuatu yang semudah getah pokok menjadi harta karun DNA yang menjadikan Jurassic World dapat dijayakan.

Jurassic World: The Experience akan berlangsung di Cloud Forest, Gardens by the Bay mulai 29 Mei 2025 dalam tempoh masa yang terhad. Waktu operasi ialah Isnin - Ahad: 9:00-21:00 (Masuk terakhir: 20:00). Tiket masuk ke Jurassic World: The Experience bermula pada harga $22 untuk penduduk Singapura, $32 untuk bukan pemastautin dan tersedia untuk dijual kepada orang ramai di

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: 
Ikuti Jurassic World:  The Experience


Gunakan tanda pagar #JWExperience dan #DinosInSingapore bagi menyertai perbualan ini.

Latar Belakang NEON  

NEON ialah peneraju global dalam mencipta dan menghasilkan hiburan berasaskan pengalaman. NEON menikmati perkongsian di seluruh dunia bersama The Walt Disney Company dan Marvel Entertainment for Marvel Avengers S.T.A.T.I.O.N., 20th Century Studios for AVATAR: The Experience, Hasbro for Transformers: The Experience, NBCUniversal for Jurassic World: The Exhibition and Jurassic World: The Experience. NEON turut menjalin perkongsian bersama Warner Bros. Discovery Themed Entertainment for Harry Potter: Visions of Magic yang ketika ini dibuka di Resorts World Sentosa, Singapura. Di samping itu, pengalaman DC serba baharu dijadualkan akan diperkenalkan buat julung kalinya pada tahun 2026. Syarikat ini turut bekerjasama dengan kerajaan Mesir dan Peru bagi tujuan pengalaman IP artifak asalnya, iaitu masing-masing Ramses & the Gold of the Pharaohs dan Machu Picchu and the Golden Empires of Peru, berserta jelajah artifak autentik Pompeii: The Exhibition dan Mummies of the World: The Exhibition.

Pengalaman IP Kumpulan ini dikuasakan oleh ANIMAX, subsidiari milik penuh dan penjana animatronik kreatif bertaraf dunia yang mengkhusus dalam penyelidikan dan pembangunan, kejuruteraan dan robotik hiburan, dengan kemudahan-kemudahan terkini terletak di Nashville, AS, Wuxi, China dan Timur Tengah.

Perkongsian global NEON membolehkan Kumpulan ini membawa pengalaman menarik yang membekaskan kenangan abadi kepada berjuta-juta pengunjung di lebih 80 bandar setakat ini di peringkat global. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi .

Latar Belakang Universal Destinations & Experiences

Universal Destinations & Experiences, satu unit daripada Comcast NBCUniversal, menawarkan pengalaman hiburan yang paling inovatif, mendebarkan dan popular di dunia kepada para tetamu di serata dunia. Portfolio kami terdiri daripada taman tema bertaraf dunia yang membawakan tempat tarikan yang paling mendebarkan dan berteknologi canggih dalam industri ini, hartanah hotel dan pusat peranginan yang luar biasa, serta barangan unik, permainan, masakan, pengalaman hiburan maya dan secara langsung. Kesemuanya dicipta untuk mencetuskan detik yang imersif, tidak dapat dilupakan dan memberi kepuasan emosi buat orang ramai daripada semua peringkat usia yang ingin membawa pengalaman penginapan dan hiburan mereka ke tahap yang lebih tinggi. Untuk maklumat lanjut, kunjungi .

Latar Belakang Francais JURASSIC WORLD

Daripada Universal Pictures dan Amblin Entertainment, Jurassic World mengasyikkan khalayak daripada semua peringkat usia dalam era ketakjuban dan keterujaan baharu yang mana dinosaur dan umat manusia harus belajar untuk hidup bersama. Jurassic World lebih daripada sekadar francais filem. Acapkali siri filem bernilai $6 bilion ini menyampaikan destinasi yang lebih hebat daripada hakikat sebenar bagi tujuan penerokaan, penemuan dan pengembaraan yang epik. Dinosaur hidup kembali dan habitatnya di Jurassic World.

Latar Belakang Gardens by the Bay

Sebagai bahagian yang penting daripada visi "Bandar dalam Alam Semula Jadi" ("City in Nature") Singapura, Gardens by the Bay ialah sebuah taman negara dan tempat tarikan hortikultur ulung yang mempersembahkan kesenian taman dan bunga terbaik untuk dinikmati oleh semua orang. Menjangkau keluasan 101 hektar di tengah-tengah pusat bandar Singapura Marina Bay, ia terdiri daripada tiga taman tepian air – Bay South, Bay East dan Bay Central. Bay South, dengan taman terbesar berkeluasan 54 hektar, dibuka secara rasmi pada 29 Jun 2012.

Berpandukan visi menjadi dunia taman yang boleh dimiliki, dinikmati dan dihargai oleh semua, koleksi tumbuhan yang luas, pameran bunga yang sentiasa berubah-ubah dan pelbagai program menarik daripada Gardens mencetuskan imaginasi orang ramai, manakala inisiatif kemasyarakatan Gift of Gardens, dengan En. Tharman Shanmugaratnam, Presiden Republik Singapura sebagai Penaung, menghulurkan bantuan kepada orang ramai daripada semua lapisan masyarakat.

Sejak dibuka, Gardens by the Bay menyambut lebih 100 juta pengunjung dan meraih pelbagai anugerah antarabangsa termasuk tarikan utama kelapan di dunia dalam Tripadvisor Travelers' Choice Awards Best of the Best 2024, Pencapaian Cemerlang dalam Kelestarian di Singapore Tourism Awards 2024, Tarikan Tema Terbaik di TTG Travel Awards 2022 dan 2023, serta Pengalaman Tarikan Terbaik di Singapore Tourism Awards 2019. Gardens terus memperbaharui dan memperhalusi penawarannya bagi menjadi tempat yang boleh dinikmati oleh semua orang – sebuah taman yang memekar dengan ketakjuban.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi 

Source: NEON Global
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Travel New products/services