亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Wanhua Chemical dan ElevenEs tandatangani perjanjian strategik untuk bahan bateri: Berkolaborasi cipta rantaian bekalan setempat bahan katod bateri di Eropah

Wanhua Chemical
2025-06-06 21:34 9

MEISHAN, China, 6 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Wanhua Chemical Battery Technology Co., Ltd. (selepas ini dirujuk sebagai "Wanhua Chemical") dan ElevenEs, pengilang bateri litium besi fosfat (LFP) Eropah yang terkemuka, menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan jayanya di Meishan, Sichuan. En. Wang Xiaoxing, Pengurus Besar Wanhua Chemical Battery Technology Co., Ltd. dan En. Nemanja Mika?, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ElevenEs, menghadiri majlis menandatangani perjanjian ini. Kolaborasi ini bertujuan untuk mewujudkan perkongsian pembekalan dan teknikal yang komprehensif meliputi produk-produk seperti bahan katod LFP, pengikat PVDF (polivinilidena fluorida), pelarut NMP (N-metil-2-pirolidon) dan sebagainya bagi menggalakkan pembangunan mampan kedua-dua pihak dalam industri tenaga baharu.


Wanhua Chemical yang mempunyai kelebihan rantaian industri dan pengalaman selama berdekad-dekad dalam pembangunan proses serta penyelidikan kejuruteraan, telahpun menghasilkan bahan bateri yang mengintegrasikan pembangunan teknologi bahan bateri, pembangunan teknologi proses peralatan dan penyelidikan teknologi aplikasi sel bateri. Syarikat ini turut menubuhkan platform teknikal yang lengkap untuk bahan katod dan anod, pengikat serta pelarut.

Menurut perjanjian ini, kedua-dua pihak ini menyatakan hasrat mereka untuk bekerjasama berhubung LFP dan bahan mentah berkualiti tinggi yang lain. Pada masa yang sama, kedua-dua pihak akan bersama-sama menubuhkan sebuah pasukan teknikal, bertukar-tukar maklumat teknikal dan pasaran serta mempercepat pembangunan produk dan pasaran mereka. Wanhua Chemical akan memanfaatkan pangkalan pengeluaran dan rantaian bekalan globalnya bagi menyokong pengeluaran bateri ElevenES di Serbia.

En. Wang Xiaoxing, Pengurus Besar Wanhua Battery Company, menyatakan:
"Kolaborasi strategik bersama ElevenEs ini menandakan satu langkah yang penting dalam penyetempatan rantaian bekalan bahan bateri Wanhua Chemical di Eropah. Kami akan memanfaatkan kekuatan kami dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bahan, proses pengeluaran dan jejak global bagi menyediakan bahan katod LFP berprestasi tinggi dan penyelesaian bersepadu kepada ElevenEs, serta bersama-sama memajukan pembangunan industri tenaga baharu Eropah yang mampan."

En. Nemanja Mika?, Pengasas ElevenEs, menyatakan:
"Kepakaran mendalam Wanhua Chemical dalam bahan bateri dan kapasiti pengeluaran global akan menyokong ElevenEs dengan ketara dalam mencapai matlamat rantaian bekalan setempat kami. Perkongsian ini bukan sahaja memantapkan keselamatan bahan mentah kami tetapi turut mempercepat inovasi melalui sinergi teknikal, lalu menyampaikan produk bateri LFP yang lebih kompetitif ke pasaran Eropah."


Pada masa akan datang, kedua-dua pihak merancang untuk mempererat kerjasama dalam bidang-bidang seperti kenderaan elektrik (EV) dan sistem storan tenaga (ESS), selain terus-menerus meluaskan kerjasama bagi bahan bateri, produk sel, pembangunan produk dan teknologi, pengembangan pasaran dan bidang-bidang lain serta bersama-sama mewujudkan situasi yang saling menguntungkan untuk kedua-dua pihak bagi memperkukuh kedudukan utama mereka dalam industri tenaga baharu global.

Latar Belakang ElevenEs

ElevenEs ialah satu usaha pembangunan dan pelaburan industri daripada Al Pack Group, peneraju bertaraf antarabangsa bagi pemprosesan aluminium yang mempunyai kepakaran pembuatan ketepatan tinggi selama lebih 30 tahun – termasuk proses yang benar-benar sejajar dengan pengeluaran elektrod, komponen aktif bateri LFP. ElevenEs diiktiraf dan disokong oleh EIT InnoEnergy, pelabur global yang terkemuka bagi tenaga mampan. Penubuhan makmal dan pusat Penyelidikan dan Pembangunan yang canggih beroperasi sejak Jun 2021. Susulan kejayaan penyiapan dan penjayaan barisan pengeluaran perintis pada pertengahan tahun 2023, ElevenEs berada di landasan yang betul untuk membina Megafactory awal dengan kapasiti kira-kira 1000 MWj (1 GWj) pada tahun 2025 dan 2026. Ini akan diikuti dengan fasa pertama Gigafactory yang menyasarkan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 8GWj dan fasa kedua Gigafactory di Eropah dan Amerika Syarikat yang menyasarkan jumlah kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 40GWj (20 + 20) menjelang tahun 2031.

 

Source: Wanhua Chemical
Related Stocks:
Shanghai:600309 Shanghai:600309.SS
Keywords: Chemical Electrical Utilities Oil/Energy Utilities Contracts