亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

ZTE Keluarkan Laporan Kelestarian 2024: Perkasa Masa Depan Lestari melalui Kecerdasan Digital

ZTE Corporation
2025-06-09 22:46 57

SHENZHEN, China, 9 Jun 2025 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi bersepadu, baru-baru ini mengeluarkan Laporan Kelestarian 2024 yang menyaksikan tahun ke-17 berturut-turut syarikat ini mendedahkan secara proaktif komitmen lestari dan kemajuannya kepada orang ramai.


ZTE Releases Sustainability Report 2024: Empowering a Sustainable Future through Digital Intelligence

Laporan Kelestarian ZTE Corporation 2024 mengetengahkan strategi dan pencapaian ESG ZTE yang kukuh, lalu menunjukkan sejauh mana syarikat ini memanfaatkan inovasi digital bagi memacu transformasi mampan di seluruh dunia.

Di tengah-tengah gelombang pendigitalan global yang semakin memecut, ZTE tetap komited terhadap peranannya sebagai "Pemacu Ekonomi Digital" dengan memajukan agenda kelestariannya dalam dua aspek: dengan mengorak langkah yang besar dalam operasi hijau yang dipandu oleh sasaran karbon berasaskan sains dan dengan mengupayakan transformasi digital dan rendah karbon merentas industri-industri melalui teknologi termaju.

Xu Ziyang, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif ZTE, menyatakan dalam laporan ini, "Gelombang baharu revolusi teknologi dipacu AI, terutamanya perkembangan pesat model besar dan AI generatif telahpun mendorong transformasi digital dan pintar global. Pada tahun genting yang dipenuhi cabaran dan juga peluang ini, ZTE, sebagai 'Pemacu Ekonomi Digital', tetap berpegang teguh pada aspirasi asalnya dan menyahut seruan zaman ini."

Laporan ini mendedahkan bahawa ZTE terus mengukuhkan keupayaan yang mendasari dan meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi membina kecekapan teras yang lebih kukuh, dengan perbelanjaan R&D menyumbang sebanyak 19.81% daripada hasil kendalian. Setakat 31 Disember 2024, ZTE memfailkan 93,000 permohonan paten global, dengan lebih 48,000 paten diluluskan. Dalam bidang cip terutamanya, ZTE memfailkan kira-kira 5,500 permohonan paten, dengan lebih 2,000 paten diluluskan. Dalam bidang AI, syarikat ini memfailkan lebih daripada 5,000 permohonan paten, dengan hampir separuh daripadanya telahpun diluluskan, seterusnya menunjukkan keupayaan inovasi dan teknologi yang mantap.

Memajukan Strategi Hijau demi Menangani Cabaran Iklim

ZTE menumpukan pemacu terasnya ke atas inovasi teknologi, selain terus-menerus memperdalam strategi pembangunan hijaunya demi menangani cabaran perubahan iklim dan menggalakkan kemajuan kecerdasan digital dan kemampanan terselaras dalam industri-industri. Pada tahun 2024, ZTE menerima kelulusan rasmi daripada Science-Based Targets initiative (SBTi) untuk sasaran 1.5°C jangka pendeknya dan sasaran sifar-bersih jangka panjang. Dalam tahun yang sama, ZTE menerbitkan ZTE Net-Zero Strategy White Paper (Kertas Putih Strategi Sifar-Bersih ZTE).

Syarikat ini terus memajukan inisiatif "Laluan Digital Hijau" dalam empat dimensi: operasi korporat hijau, rantaian bekalan hijau, infrastruktur digital hijau dan pemerkasaan hijau. ZTE turut dinamakan dalam senarai CDP A yang berprestij kerana menerajui tindakan iklim selama dua tahun berturut-turut, lantas memperkukuh kepimpinan iklim globalnya.

Dari segi operasi korporat hijau, ZTE menggapai pencapaian yang luar biasa kerana meningkatkan hasil dan dalam masa yang sama mengurangkan penggunaan tenaga, hasil daripada usahanya yang berterusan selama bertahun-tahun lamanya. Pada tahun 2024, syarikat ini meningkatkan kecekapan tenaganya sebanyak 20% berbanding pada tahun 2021 dan mencatatkan pengurangan 13.4% dalam emisi Skop 1&2 berbanding tahun sebelumnya. Produk-produk telekomunikasinya menyaksikan pengurangan 8.39% dalam intensiti emisi fizikal semasa fasa penggunaan dan penyelenggaraan, manakala produk terminalnya mencapai pengurangan 5.02% tahun ke tahun bagi emisi mutlak dalam seluruh kitaran hayat produk. ZTE mengurangkan emisi karbon Skop 1&2&3 sebanyak 14.317 juta tan pada tahun 2024 berbanding paras pada tahun 2023.

Bagi rantaian bekalan hijau, pada tahun 2024, ZTE mengintegrasikan keperluan strategi dwikarbon dalam sistem IT pengurusan pembekal, termasuk penandatanganan perjanjian, audit di lapangan dan penilaian prestasi. Pada tahun ini, ZTE menjalankan audit CSR di lapangan untuk 261 pembekal pengeluaran (mewakili 86.9% daripada 90% pembekal teratas mengikut amaun perolehan).

Berkenaan infrastruktur digital hijau pula, ZTE memiliki lebih 800 paten inovasi hijau. Setakat tahun 2024, syarikat ini menjalankan penilaian jejak karbon untuk 154 produk yang meliputi kesemua kategori produknya. Melalui penyelesaian hijau hujung-ke-hujungnya, ZTE terus membantu pengendali global menjimatkan tenaga elektrik sebanyak lebih 10 bilion kWj setiap tahun.

Dalam pemerkasaan hijau industri-industri, ZTE giat mengintegrasikan infrastruktur awan dan rangkaian, IoT, data besar, AI dan teknologi canggih yang lain dengan industri-industri lazim bagi untuk mencapai hasil yang saling bermanfaat dalam pembangunan dan pengurangan emisi. Syarikat ini telahpun bekerjasama dengan lebih 2,000 pengusaha industri yang terkemuka bagi melaksanakan amalan hijau inovatif dikuasakan 5G merentas 18 sektor—termasuk keluli, metalurgi, pembuatan elektronik, pelabuhan, transit rel, perlombongan dan kuasa—mempelopori lebih daripada 100 senario aplikasi yang inovatif.

Mendukung Pendekatan Berpusatkan Rakyat bagi Memupuk Masyarakat Inklusif

ZTE mengejar pembangunan mampan dengan memajukan kepimpinan teknologi dan juga penunaian CSR. Dengan memanfaatkan kelebihan teknologinya, ia menyediakan penyelesaian digital tersuai kepada pelanggan global, membantu merapatkan jurang digital dan mempercepat transformasi digital di seluruh dunia. Sebagai contoh, ZTE dan Orange bersama-sama melancarkan projek "Enhance Rural Area" bagi menyediakan infrastruktur komunikasi ke kawasan luar bandar di Liberia dan mengupayakan capaian digital untuk lebih 580,000 orang di kawasan terpencil. Di Anyang, Henan, syarikat ini menyokong pembangunan sistem penghantaran darah yang berasaskan dron bagi mengatasi cabaran "batu terakhir" dalam logistik perubatan bandar. Di Hainan, ZTE memastikan komunikasi kecemasan tanpa gangguan dengan terminal satelit semasa Taufan Yagi.

ZTE mendukung falsafah berorientasikan rakyat. Pada tahun 2024, ZTE mencapai 100% liputan latihan pekerja dan pensijilan Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan ISO 45001 kini meliputi pejabat-pejabat di 30 negara.

Pada tahun 2024, ZTE menjalankan 310 aktiviti kebajikan awam tetap dalam pelbagai bidang, termasuk penggiatan semula luar bandar, sokongan pendidikan serta bantuan perubatan dan bencana. Dengan usaha bersama melibatkan 15,000 sukarelawan pekerja, syarikat ini memberi bantuan kepada lebih satu juta orang yang memerlukan, terus-menerus memberikan keselesaan dan mencipta nilai sosial.

Memperkukuh Tadbir Urus bagi Meningkatkan Kebingkasan Korporat

Xie Junshi, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi ZTE, menyatakan dalam laporan ini, "Komited terhadap pembangunan dipacu inovasi dan mampan, ZTE menerapkan ESG dalam setiap aspek operasinya. Dengan memanfaatkan teknologi digital dan pintar, kami membangunkan model pembangunan yang wujud bersama secara harmoni dengan alam semula jadi dan masyarakat, sekali gus meneroka laluan untuk kesinambungan perniagaan dalam era baharu."

Mengintegrasikan pembangunan mampan dengan strategi korporatnya, ZTE beraspirasi untuk memperkukuh daya saing terasnya dengan tumpuan pada visi dan tiga asas strategiknya—kawalan dalaman, pematuhan dan bakat. Pada tahun 2024, ZTE menaik taraf sistem tadbir urus korporat dan menubuhkan Jawatankuasa Strategi dan Kelestarian bagi menerapkan falsafah pembangunan yang mampan dengan lebih baik dalam strategi dan aktiviti perniagaannya.

Dari segi pencegahan dan kawalan risiko korporat, ZTE memberi penekanan khusus untuk mengenal pasti dan bertindak balas terhadap risiko baru muncul. Memandangkan teknologi AI mentransformasikan dunia dengan pantas, ia membawa peluang perniagaan yang amat besar dan dalam masa yang sama turut menimbulkan kebimbangan meluas terhadap risiko-risiko etika seperti pelanggaran privasi dan bias algoritma. Bagi mengatasi cabaran ini secara proaktif, ZTE menubuhkan Jawatankuasa Etika Sains dan Teknologi pada tahun 2024, seterusnya menunjukkan komitmen organisasi peringkat tinggi terhadap tadbir urus beretika. Selain itu, syarikat ini menyediakan kerangka tadbir urus etika teknologi untuk menyemak dan menilai projek-projek R&D berkaitan AI secara berasingan demi memastikan pembangunan AI yang selamat, andal dan inklusif.

Sebagai ahli UN Global Compact dan Inisiatif Kelestarian Pengupayaan Global serta peserta utama serta perintis bagi Partner2Connect (P2C) Digital Coalition yang dimulakan oleh International Telecommunication Union, ZTE menerima pengiktirafan yang meluas daripada pelbagai organisasi berwibawa global dan agensi penarafan bagi amalan kelestariannya yang dapat menjadi contoh.

Pada tahun 2024, ZTE diiktiraf dengan Pingat Emas EcoVadis atas kecemerlangan kelestariannya. Di samping itu, syarikat ini dipilih untuk Sustainability Yearbook 2024 S&P Global (Edisi China) dan diberi penghormatan dengan gelaran "Penggerak Industri". Ia turut dimasukkan dalam senarai Forbes China ESG 50 2024 dan menerima Anugerah Sumbangan Terbilang World Internet Conference. Selain itu, ZTE memenangi dua anugerah BDO ESG, serta LinkedIn MostIn Awards – Majikan Magnet Bakat Global, antara lain.

Melangkah ke hadapan, ZTE akan terus mendorong pembangunan yang mampan di peringkat global, memanfaatkan inovasi teknologi dan kolaborasi antarabangsa bagi menyuntik kevitalan digital dalam usaha ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, seterusnya berusaha menuju masa depan yang lebih hijau, lebih inklusif dan bingkas.

Untuk butiran lanjut mengenai Laporan Kelestarian ZTE 2024, sila muat turun:

Untuk menemui lebih banyak perkembangan terkini mengenai komitmen kami terhadap kelestarian, sila kunjungi laman web Kelestarian ZTE:

PERTANYAAN MEDIA: 
ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press..cn

 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063 Shenzhen:000063.SZ
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Wireless Communications Awards Corporate Social Responsibility Environmental Issues Survey, Polls & Research Cision Influencer List - ESG