![]() |
SHANGHAI, 10 Jun 2025 /PRNewswire/ -- (SEHK:2727, SSE:601727) mempamerkan pelbagai inovasi teknologi hijau dan rendah karbon di Ekspo Teknologi, Produk dan Pencapaian Keneutralan Karbon Antarabangsa Shanghai 2025 ("Ekspo Keneutralan Karbon") mulai 5 hingga 7 Jun 2025. Syarikat ini melancarkan platform perakaunan emisi karbon proprietari yang menyediakan kepada rakan kongsi rantaian bekalan industri dengan alatan pengurusan emisi karbon yang efektif. Bertempat di ekspo ini, Shanghai Electric mendedahkan bahawa ia mengupayakan masyarakat untuk mengurangkan emisi karbon sebanyak 202,647,002 tan karbon dioksida pada tahun 2024 yang diperakui oleh Ti Testing & Certification Group berdasarkan piawaian pensijilan ISO 14064-3:2019.
Platform perakaunan ini yang dibangunkan oleh Shanghai Electric, memperkasakan pembekal untuk menghitung emisi karbon dengan tepat dan menyelesaikan isu-isu biasa berhubung data emisi yang tidak jelas dan kos perakaunan yang tinggi antara perusahaan-perusahaan, seterusnya menyediakan kotak peralatan pengurusan karbon "ambang sifar".
Di bawah tema Hijau & Pintar: Membentuk Masa Depan (Green & Smart: Shaping the Future), Shanghai Electric mempamerkan teknologi dan penyelesaian yang terkini bagi keneutralan karbon merentas ruang pameran berkeluasan 720-meter-persegi di Ekspo Keneutralan Karbon 2025. Pameran ini meliputi seluruh rantaian nilai industri, bermula daripada transformasi tenaga hinggalah sistem pemacu industri yang menonjolkan kepimpinan Syarikat dalam inovasi yang lestari. Di tengah-tengah pameran ini ialah Hab Karbon Sifar daripada Syarikat ini, iaitu elemen utama lagi imersif yang menggambarkan sejauh mana teknologi hijau dan pintar mempercepat transformasi dan pemodenan industri-industri lazim.
Para pengunjung meneroka pemandangan panoramik ekosistem rendah karbon Shanghai Electric melalui pemasangan berbentuk pokok yang interaktif dan simulasi kembar digital yang canggih. Alat-alat ini menawarkan pandangan yang dinamik terhadap kemajuan Syarikat dalam pengurangan karbon yang mendalam dari segi penjanaan kuasa, alternatif cekap tenaga dari segi penggunaan serta pembangunan kilang karbon sifar dan hijau. Pameran ini turut menekankan peranan teknologi pintar dalam menyokong taman industri yang lestari dan meningkatkan ketelusan serta kawalan dalam data karbon merentas seluruh rantaian nilai.
Shanghai Electric mempersembahkan portfolio penyelesaian transformasi tenaga hijau dan rendah karbon komprehensif yang bertujuan untuk mempercepat anjakan global menuju pembangunan industri yang lestari. Syarikat ini mempamerkan teknologi yang dicipta untuk memimpin masa depan peralihan tenaga, termasuk turbin gas berkecekapan tinggi, fleksibel, penjanaan kuasa fotovolta dan fototerma, penyelesaian storan tenaga canggih, aplikasi tenaga hidrogen, sistem kuasa angin luar pesisir dan transmisi kuasa pintar dan juga rangkaian pengedaran. Kesemua penyelesaian ini menggambarkan komitmen Shanghai Electric untuk menyahkarbon baik sektor bekalan tenaga mahupun permintaan.
Syarikat ini turut menonjolkan inovasi yang menyokong revolusi hijau dalam peralatan industri. Teknologi-teknologi yang dipaparkan termasuk sistem pengeluaran metanol hijau, peralatan pemacu industri, sistem perlindungan alam sekitar bersepadu dan barisan pengeluaran pintar. Direka untuk menggalakkan kecekapan tenaga dan pengurangan emisi dalam seluruh rantaian industri, teknologi-teknologi ini menekankan peranan Syarikat ini sebagai daya penggerak dalam mengupayakan pertumbuhan neutral-karbon melalui inovasi, integrasi dan reka bentuk pintar.
Semasa berlangsungnya ekspo ini, Shanghai Electric turut melancarkan inisiatif rantaian bekalan hijau dan rendah karbon seiring dengan 11 pembekal teras dan enam syarikat rantaian bekalan yang terkemuka bagi menyediakan penyelesaian yang sistematik demi mengatasi batasan pengurangan emisi karbon dalam rantaian bekalan industri.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi .