亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Vantage Foundation Perkukuh Agenda Impak Sosial di Sidang Kemuncak UK-GCC Private Capital Alliance

Vantage Foundation
2025-06-12 11:34 53

LONDON, 12 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Sebagai sebahagian daripada misi globalnya yang semakin berkembang, Vantage Foundation dengan bangganya mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak UK-GCC Private Capital Alliance 2025 bagi menyokong penajaan acara ini oleh Vantage Connect dan dalam masa yang sama memajukan matlamatnya sendiri demi memupuk impak sosial yang berterusan. Diadakan pada 28 Mei 2025, sidang kemuncak ini menyediakan platform berprofil tinggi untuk dialog dan kolaborasi antara pelabur institusi, pejabat keluarga dan pemimpin korporat dari UK dan juga wilayah-wilayah Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Vantage Foundation Strengthens Social Impact Agenda at UK-GCC Private Capital Alliance Summit
Vantage Foundation Strengthens Social Impact Agenda at UK-GCC Private Capital Alliance Summit

Vantage Foundation memberikan sokongan yang strategik semasa sidang kemuncak ini – memperkukuh idea bahawa pertumbuhan kewangan dan tanggungjawab sosial berjalan seiring. Kehadiran Yayasan ini bukan sahaja melengkapkan inisiatif institusi Vantage Connect bahkan turut meluaskan perbualan yang berkisar pada pembangunan inklusif dan kolaborasi rentas sempadan demi kebaikan.

"Penyertaan kami di Sidang Kemuncak UK-GCC menggambarkan komitmen kami untuk membina perkongsian dalam tempoh jangka panjang yang memberikan perubahan bermakna," kata Steven Xie, Pengarah Eksekutif Vantage Foundation. "Tatkala kami berkembang ke rantau GCC, kami memfokuskan pada pengenalpastian matlamat bersama dengan organisasi-organisasi sealiran yang bersemangat untuk memperkasakan komuniti dan membentuk masa depan yang lebih saksama"

Semasa berlangsungnya sidang kemuncak ini, Yayasan ini berinteraksi dengan syarikat korporat, NGO dan entiti dermawan dari seluruh GCC bagi meninjau peluang kolaboratif yang sejajar dengan matlamat serantau bagi inovasi sosial, pemerkasaan belia dan pembangunan mampan. Kebolehlihatan Yayasan ini yang semakin meningkat di Timur Tengah menandakan satu langkah penting dalam perjalanan pengembangan globalnya, seterusnya memberi tempat kepadanya sebagai rakan kongsi dipacu tujuan dalam ekosistem kewangan.

Menerusi penyertaannya dalam Sidang Kemuncak UK-GCC Private Capital Alliance, Vantage Foundation mengambil satu lagi langkah yang kukuh ke arah mencapai visinya untuk memanfaatkan rangkaian kewangan demi mencipta perubahan yang positif dan berkekalan.

Latar Belakang Vantage Foundation 

Vantage Foundation ialah sebuah pertubuhan amal bebas yang dilancarkan di McLaren Technology Centre di UK pada tahun 2023. Yayasan ini bekerjasama dengan organisasi-organisasi di seluruh dunia, termasuk Grab Indonesia, iREDE Foundation di Nigeria, Teach For Malaysia dan Instituto Claret di Brazil bagi memacu inisiatif sosial yang memberi impak.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi

Source: Vantage Foundation
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mutual Funds Corporate Social Responsibility Not for profit Trade show news Financial Technology Cision Influencer List - ESG