亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Laporan IDC: Huawei Menduduki Tempat No.1 di Pasaran Pakai Pergelangan Tangan Global pada S1

HUAWEI
2025-06-15 20:57 52

Peranti boleh pakai Huawei Melangkaui 200 Juta Penghantaran Kumulatif

SHENZHEN, China, 15 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Menurut data Penjejak Peranti Boleh Pakai Suku Tahunan Seluruh Dunia IDC (IDC Worldwide Quarterly Wearable Device Tracker) mutakhir, Huawei naik ke kedudukan teratas dalam pasaran peranti pakai pergelangan tangan global pada S1 2025 dan dalam masa yang sama mengekalkan momentum pertumbuhan yang teguh serta mempertahankan kepimpinannya bagi volum penghantaran di dalam China. Di samping itu, setakat 5 Jun 2025, penghantaran peranti boleh pakai global kumulatif Huawei telahpun melebihi 200 juta unit.

Lima Siri Produk Memenuhi Pelbagai Keperluan Senario Pengguna Global

Peranti boleh pakai Huawei mengintegrasikan reka bentuk bergaya, ciri-ciri sukan dan kesihatan yang profesional dan komprehensif serta pengalaman pintar yang cekap dan praktikal. Disesuaikan mengikut keperluan pengguna yang berbeza, Huawei membangunkan lima siri produk bagi memenuhi keperluan senario yang pelbagai untuk semua kumpulan pengguna—mencakupi kehidupan pintar, senaman saintifik dan pengurusan kesihatan.

HUAWEI WATCH Series menggabungkan teknologi pintar termaju yang membawakan keupayaan panggilan kendiri dan fungsi kawalan kenderaan pintar bagi mendayakan gaya hidup yang cekap dan pintar. HUAWEI WATCH 5 yang baru dilancarkan memberikan kecerdasan, kecekapan dan kemudahan yang dipertingkat. Dilengkapi dengan teknologi X-TAP berbilang deria yang inovatif, ia memperkenalkan dimensi baharu bagi pemantauan kesihatan dan interaksi sentuhan. HUAWEI WATCH FIT Series memenuhi keperluan pemakaian ringan melalui reka bentuk nipis dan fungsi sukan ekstensif, lalu membolehkan pengguna menikmati kehidupan harian sepenuhnya. Sementara itu, HUAWEI WATCH GT Series menggabungkan hayat bateri yang luar biasa dengan nilai estetik bergaya serta ciri-ciri kesihatan sukan profesional yang berfungsi sebagai jurulatih kecergasan dipakai di pergelangan tangan yang komprehensif.

HUAWEI WATCH 5
HUAWEI WATCH 5

HUAWEI WATCH FIT 4 Pro
HUAWEI WATCH FIT 4 Pro

Bagi pengguna yang menerobos sempadan dan mencabar aktiviti ekstrem, HUAWEI WATCH Ultimate Series memberikan ciri keandalan terunggul binaan lasak, mod sukan termaju termasuk ciri-ciri selam profesional 100-meter dan ekspedisi luar, serta mod padang golf canggih demi memenuhi keperluan pengguna.

Selain itu, bagi menangani cabaran pengurusan hipertensi, Huawei menembusi teknologi tekanan darah dipakai di pergelangan tangan secara inovatif dengan melancarkan HUAWEI WATCH D Series. Melalui fungsi pemantauan tekanan darah dinamik 24-jam rintis, ia dapat membantu pengguna mengukur dan mengurus tekanan darah pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, seterusnya mengintegrasikan penjagaan kesihatan tekanan darah gred profesional ke dalam kehidupan seharian.

Inovasi Teknologi Memacu Kemajuan dalam Teknologi Kesihatan Sukan

Di sebalik kepuasan memenuhi keperluan pengurusan kesihatan sukan pengguna, adanya pelaburan inovasi yang berterusan daripada peranti boleh pakai Huawei. Huawei menubuhkan tiga Makmal Kesihatan di peringkat global, memanfaatkan keupayaan daripada lebih sepuluh institut penyelidikan Huawei bagi meneroka perbatasan teknologi kesihatan sukan tanpa henti.

Pada tahun 2024, Huawei melancarkan paradigma kesihatan & kecergasan digital baharunya—TruSense System—bagi mencapai ketepatan dan kelajuan yang lebih tinggi dalam pemantauan data tanda vital. Pada tahun 2025, TruSense System dinaik taraf sekali lagi dengan menggabungkan kelebihan pengesanan hujung jari dan pergelangan tangan bagi memberikan pengalaman pemantauan kesihatan yang lebih lengkap, lebih tepat dan lebih pantas, termasuk bacaan oksigen darah hujung jari selama 10-saat dan pertambahan penunjuk ukuran badan-mikro kepada 17 item.

Dalam bidang pengurusan tekanan darah, Huawei mempelopori pelancaran HUAWEI WATCH D, iaitu pemantau tekanan darah berasaskan pergelangan tangan yang memperoleh pensijilan pendaftaran peranti perubatan Kelas II di China. Kini, inovasi ini dimasukkan ke dalam "Garis Panduan China bagi Pencegahan dan Rawatan Hipertensi (semakan 2024)".

Setakat ini, peranti boleh pakai Huawei memperoleh 7 pensijilan perubatan domestik dan sijil peranti perubatan di 13 negara/wilayah luar negara, dengan hampir 1000 permohonan paten dalam bidang peranti boleh pakai pintar.

Huawei berkolaborasi dengan lebih 160 institusi profesional global, menjalankan lebih 300 projek penyelidikan kesihatan dan menarik lebih 17 juta pengguna untuk mengambil bahagian dalam kajian kesihatan.

Active Rings: Apabila Huawei dan Pengguna Bersatu membina Gaya Hidup Kesihatan Sukan

Huawei menemani pengguna global untuk membina gaya hidup kesihatan sukan bersama-sama. Pada September 2023, Huawei memulakan kempen "Light Up Your Rings" yang menyaksikan lebih 6 juta pengguna global mengambil bahagian, menyalakan cincin sebanyak lebih 300 juta kali. Pada tahun 2025, inisiatif "Active Rings" yang dinaik taraf sepenuhnya diperkenalkan, memberi inspirasi kepada pengguna global untuk bergerak dengan gembira pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan peranti boleh pakai Huawei.

Kempen Active Rings sudahpun diadakan di Jerman, Sepanyol, China dan selanjutnya yang mana pengguna bersama-sama menikmati detik-detik yang aktif. Ia akan dilancarkan secara progresif di APAC, Amerika Latin, Timur Tengah dan wilayah-wilayah lain pada masa akan datang.

Source: HUAWEI
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services Sales reports Survey, Polls & Research