![]() |
Toropova membawa pengalaman selama beberapa dekad dalam bidang kesihatan awam antarabangsa dan pengurangan mudarat tembakau kepada pasukan pakar Global Action yang komited membiayai usaha untuk menamatkan wabak merokok.
NEW YORK , 16 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Global Action to End Smoking dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Nataliia "Natasha" Toropova sebagai Ketua Pegawai Pembangunan baharu, berkuat kuasa serta-merta.
"Saya berasa berbesar hati kerana dapat menyertai Global Action, sebuah organisasi yang berkongsi nilai-nilai belas ihsan terhadap perokok dan visi saya tentang dunia tanpa kematian akibat merokok," kata Toropova.
Natasha akan menerajui usaha Global Action untuk memperluas capaian filantropinya dengan membiayai penyelidikan dan inisiatif penting yang mempercepatkan kemajuan ke arah menamatkan tabiat merokok di seluruh dunia. Beliau hadir dengan pengalaman luas selama beberapa dekad dalam bidang kesihatan awam, pengawalan tembakau, serta pembiayaan program termasuk peranan pentingnya sebagai Pengurus Program di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Penyelaras Advokasi untuk kempen bebas tembakau di Eropah Timur. Dalam peranan-peranan tersebut, beliau bukan sahaja memajukan inisiatif kesihatan awam, malah turut mengetuai kempen pengumpulan dana yang berjaya bagi menyokong misi organisasi yang diwakilinya.
Terbaharu, Natasha menamatkan tempoh enam tahun beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Healthy Initiatives, sebuah organisasi bukan untung yang komited memperkukuh kesihatan awam dengan menangani risiko penyakit tidak berjangkit di negara-negara seperti Ukraine, Eropah Timur dan Asia Tengah. Sebagai penerima geran daripada Global Action, Healthy Initiatives telah mendidik ratusan penyedia penjagaan kesihatan di sembilan negara merentasi Eropah Timur dan Asia Tengah tentang manfaat pengurangan mudarat tembakau bagi individu yang tidak dapat atau tidak mahu berhenti merokok, terutamanya dalam situasi tekanan akibat konflik global. Pasukan tersebut juga telah menyalurkan bantuan penting—termasuk tornikuet CAT, ambulans dan sokongan kesihatan mental kepada kawasan-kawasan yang paling terkesan akibat perang yang berterusan di Ukraine.
"Natasha membawa visi yang berani, kepakaran yang mendalam, dan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap kesihatan awam," kata Pam Parizek, Pengerusi Lembaga Eksekutif Global Action. "Beliau sendiri telah menyaksikan secara langsung kesan positif daripada sokongan Global Action dalam mempercepatkan usaha penghentian merokok, dan merupakan individu yang tepat untuk menerajui usaha kami mendapatkan pembiayaan tambahan bagi kerja-kerja menyelamatkan nyawa ini."
Natasha menyertai Global Action pada saat yang penting, ketika organisasi ini memperkukuh semula komitmennya terhadap para penerima geran. Menerusi penstrukturan semula yang dilaksanakan baru-baru ini, Global Action telah memastikan kelangsungan operasinya sehingga misinya untuk menamatkan tabiat merokok tercapai membolehkan organisasi ini menunaikan komitmen sedia ada serta membiayai geran-geran pada masa hadapan. Kerja pembangunan yang diterajui Natasha akan terus menyokong para penerima geran Global Action, yang kini merangkumi projek bersama organisasi seperti , serta sebuah cabang penyelidikan yang berpangkalan di Universiti Catania. Beliau akan bekerjasama rapat dengan pasukan kepimpinan eksekutif bagi melaksanakan tugas-tugas pengumpulan dana dan jangkauan strategik.
"Global Action kekal teguh dalam komitmennya terhadap misi organisasi," kata Heidi Goldstein, Presiden merangkap Ketua Pegawai Perundangan Global Action. "Kami kini telah memastikan organisasi kami akan terus wujud sehingga berakhirnya wabak merokok di peringkat global."
Maklumat tentang Global Action to End Smoking
Global Action to End Smoking ialah sebuah organisasi bebas bukan untung 501(c)(3) di Amerika Syarikat yang memberi geran, dengan misi amal untuk menamatkan penggunaan tembakau boleh bakar penyebab utama kematian yang boleh dicegah di seluruh dunia. Dari segi sejarah, Global Action menerima pembiayaan daripada PMI Global Services, Inc. (PMI). Bermula September 2023, Global Action dan PMI telah menamatkan perjanjian pembiayaan asal mereka, dan Global Action secara rasmi mengguna pakai dasar untuk tidak lagi mendapatkan atau menerima dana daripada syarikat yang menghasilkan produk tembakau atau produk nikotin bukan perubatan.
Hubungan Media:
Katherine Ellen Foley
202-215-9971
Katherine.
Gambar -
Logo -