亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Vantage bakal Mengadakan Pameran di Money Expo Colombia 2025

Vantage
2025-06-18 14:39 37

PORT VILA, Vanuatu, 18 Jun 2025 /PRNewswire/ -- dengan bangganya mengumumkan penyertaannya sebagai peserta pameran utama di Money Expo Colombia 2025 yang akan datang, iaitu salah satu acara kewangan Amerika Latin yang paling dinanti-nantikan. Kini memasuki edisi kedua, acara ini dijangka akan menarik minat antara 5,000 dan 7,000 hadirin selama dua hari mulai 25–26 Jun dan berlangsung di Centro de Convenciones Ágora Bogotá.

Vantage to Exhibit at Money Expo Colombia 2025
Vantage to Exhibit at Money Expo Colombia 2025

Sebagai sebahagian daripada komitmennya yang berterusan terhadap inovasi, Vantage akan menjadi tuan rumah bagi reruai terbesar di acara ini, setelah menggabungkan Reruai 11 dan 18 bagi mencipta ruang yang imersif dan interaktif. Kehadiran yang diperluas ini menggambarkan misi berterusan Vantage untuk menyediakan kepada hadirin dengan pengalaman ekspo yang paling menarik dan bermaklumat sebaik mungkin.

Para hadirin boleh menantikan sesi kepimpinan pemikiran daripada tiga orang pakar Vantage. Di pentas utama, Alejandro Zelniker, Pakar Gabungan dan Rakan Kongsi akan menyampaikan pembentangan yang tepat pada masanya bertajuk: "When Do You Earn More? Investing During Market Chaos or Calm" ("Bilakah Anda Memperoleh Lebih Banyak Lagi? Melabur Semasa Pasaran Huru-Hara atau Tenang?"). Sesinya akan meneroka psikologi perdagangan, kitaran pasaran dan pendekatan biasa dalam mengurus portfolio semasa tempoh turun naik.

Di pentas panel, Rodrigo Martínez, Ketua Pasukan Pembangunan Perniagaan akan menyumbang kepada perbincangan: "Inside the Broker's Toolbox: What Every Trader and Investor Should Know" ("Di Dalam Kotak Alatan Broker: Apa yang Perlu Diketahui oleh Setiap Pedagang dan Pelabur"). Rodrigo akan menawarkan pandangan pakar mengenai kit alat yang kian berkembang yang ditawarkan oleh broker kepada pedagang, bermula daripada infrastruktur teknologi hinggalah analitis dan inovasi perkhidmatan pelanggan. Akhir sekali, Julio Vasquez, Pengurus Pembangunan Perniagaan akan mengambil bahagian dalam perbincangan panel tentang "Mastering Risk: Strategies for Resilience in Unpredictable Markets" ("Menguasai Risiko: Strategi untuk Bingkas dalam Pasaran Tidak Diduga"). Dengan keadaan turun naik menjadi suatu kebiasaan baharu, Julio akan berkongsi perspektifnya mengenai bagaimanakah caranya untuk mengenal pasti, menyatakan kuantiti dan mengurus risiko dalam kelas aset.

Marc Despallieres, Ketua Pegawai Eksekutif Vantage Markets, berkongsi pendapatnya sebelum berlangsungnya acara ini:
"LATAM ialah salah satu wilayah yang paling dinamik dan berkembang pesat untuk inovasi kewangan dan Money Expo Colombia menawarkan platform berharga untuk berinteraksi dengan peserta industri di seluruh wilayah ini. Vantage berbangga kerana membawa pengaruh yang penting di ekspo ini— menggambarkan komitmen berterusan kami untuk menyokong komuniti kewangan yang lebih luas dalam industri ini."

Dengan acara ini yang diberi kedudukan sebagai acara kedua terbesar dalam siri Money Expo LATAM, susulan Money Expo Mexico, reruai Vantage yang diperbesar dan sesi-sesi yang diterajui pakar dijangka akan menjadi ciri-ciri penting bagi sidang kemuncak ini.

Kunjungi untuk maklumat lanjut mengenai Vantage Markets dan inisiatif kami.

Latar Belakang Vantage 

 (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem perdagangan yang andal, aplikasi perdagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang menyediakan capaian peluang perdagangan kepada pelanggan.

berdagang lebih bijak @vantage 

AMARAN RISIKO: CFD ialah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian wang dengan cepat lantaran leveraj. Pastikan anda memahami risiko sebelum berdagang.

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terdapat nasihat kewangan, tawaran atau rayuan bagi apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. Kandungan ini bukan bertujuan untuk penduduk di mana-mana bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan atau kewangan. Apa-apa pergantungan yang anda letakkan pada maklumat yang dibentangkan adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Trade show news