![]() |
SHANGHAI, 20 Jun 2025 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia bertaraf global yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi bersepadu, mengumumkan bahawa Cui Li, Ketua Pegawai Pembangunan (CDO) syarikat ini diundang untuk menyampaikan ucaptama di sesi "The Techco Transformation: Pioneering the Next Era of Innovation" ("Transformasi Syarikat Teknologi: Merintis Era Inovasi yang Seterusnya") dan berucap di Sidang Kemuncak GTI ? Shanghai 2025 dengan tema "Envisioning the Future From 5G-A to 6G" ("Membayangkan Masa Depan Daripada 5G-A kepada 6G") di MWC25 Shanghai. Beliau berkongsi amalan inovatif dan pandangan strategik ZTE dalam memacu evolusi digital dan pintar untuk pelbagai industri di tengah-tengah revolusi pintar yang dikuasakan oleh model besar AI.
Cui Li delivered a keynote speech at "The Techco Transformation: Pioneering the Next Era of Innovation" session
Dalam ucaptamanya di sesi "The Techco Transformation: Pioneering the Next Era of Innovation", Cui Li berkongsi pandangannya di bawah tema "Digital and Intelligent Evolution: Usher in a New Era of AI Civilization" ("Evolusi Digital dan Pintar: Memulakan Era Baharu Tamadun AI"). Beliau menekankan bahawa model AI yang besar telah mencetuskan gelombang revolusi pintar global, memacu inovasi dan penemuan yang berterusan merentas lelaran teknologi dan pembangunan ekosistem. Dengan menekankan keutamaan yang berpanjangan dalam kemajuan AI, beliau menegaskan bahawa tumpuan akan tetap tidak berbelah bahagi: infrastruktur yang cekap, algoritma teroptimum dan aplikasi praktikal. Selaras dengan trajektori ini, ZTE mengutamakan infrastruktur pengkomputeran, pengoptimuman algoritma dan kolaborasi pinggir-terminal. Melalui inovasi yang tidak henti-henti, ZTE komited untuk memajukan pendemokrasian pengkomputeran dan AI, seterusnya meletakkan asas yang kukuh demi transformasi pintar dalam pelbagai industri.
Didorong oleh inovasi, ZTE berusaha untuk membina asas pintar yang mengintegrasikan "rangkaian, pengkomputeran dan tenaga". Dengan berpusatkan data, algoritma dan teknologi, syarikat ini mengejar evolusi berbilang dimensi bagi menyerlahkan nilai pintar yang lebih besar. Berpegang teguh kepada falsafah teras "AI untuk Semua", ZTE mengintegrasikan AI secara mendalam dengan ICT bagi membina penyelesaian pengkomputeran pintar tindanan-penuh dan dalam senario-penuh. Selain itu, syarikat ini giat memacu penerimagunaan AI dalam senario pengguna, rumah dan industri, seterusnya mempercepat pendemokrasian AI. Cui Li menyatakan bahawa ZTE akan terus meningkatkan daya saing produk dan penyelesaiannya, membina ekosistem yang lebih bersepadu bersama rakan kongsinya dan memupuk pergabungan dan inovasi AI dan ICT yang lebih mendalam. Seiring bersama rakan kongsi ekosistem, ZTE bermatlamat untuk mengatasi cabaran privasi, keselamatan dan etika dalam AI agar dapat mewujudkan sebuah ekosistem yang terbuka, kolaboratif dan boleh dipercayai selain menggalakkan kemajuan digital dan pintar merentas kesemua industri yang seterusnya dapat membuka era tamadun baharu.
Di Sidang Kemuncak GTI ? Shanghai 2025, Cui Li menyampaikan ucapan yang bertajuk "Intelligent Connectivity, Infinite Future" ("Ketersambungan Pintar, Masa Depan Tidak Terbatas") dan turut diundang ke majlis keluaran rasmi bagi China Mobile 5G-A Enablement for the Trifecta of New Information Consumption Services White Paper (Kertas Putih Pengupayaan 5G-A China Mobile bagi Tiga Pencapaian Perkhidmatan Penggunaan Maklumat Baharu) serta inisiatif-inisiatif inovasi yang lain. Dalam ucapannya, Cui Li berkongsi penerokaan sistematik, pencapaian praktikal dan pandangan strategik ZTE merentas tiga dimensi: ketersambungan termaju, pengkomputeran pintar buat semua serta penggunaan pinggir dan terminal.
Dari segi ketersambungan canggih, ZTE berkolaborasi dengan rakan kongsi bagi memacu evolusi teknologi rangkaian daripada 5G kepada 5G-A dan akhirnya kepada 6G, lalu membina hab saraf untuk era pintar. Berhubung pengkomputeran pintar, ZTE memfokuskan pada perkakasan, perisian dan data untuk membina infrastruktur yang cekap, mengupayakan pelaksanaan yang berkesan dan meningkatkan kecerdasan. Hasilnya, syarikat ini dapat memaksimumkan nilai data dan memajukan AI untuk semua dengan ketara. Bagi penggunaan pada pinggir dan terminal, dengan berpegang teguh pada falsafah "AI untuk Semua", ZTE melancarkan penyelesaian pintar tindanan-penuh, senario-penuh yang menyumbang kepada pengurangan kos, kecekapan yang lebih tinggi dan emisi karbon yang lebih rendah untuk seluruh masyarakat. Dalam ucapannya, Cui Li menekankan bahawa dunia ketersambungan pintar bukanlah teknologi solo, tetapi suatu simfoni yang dimainkan oleh seluruh ekosistem. ZTE akan berganding bahu bersama rakan kongsi global untuk mendemokrasikan selanjutnya AI dan teknologi baharu yang lain serta memperkasakan transformasi digital dan pintar dalam pelbagai industri yang akhirnya dapat membentuk masa depan dengan ketersambungan merata, kecerdasan tidak terbatas dan kemungkinan yang tidak terhingga.
Untuk ucaptama Cui Li yang bertajuk "Evolusi Digital dan Pintar: Memulakan Era Baharu Tamadun AI", sila kunjungi:
Pertanyaan Media:
Emel: ZTE.press..cn