JAKARTA, Indonesia, 20 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Taman Safari Indonesia (TSI) terus mengadakan Pertandingan Foto & Video Haiwan Antarabangsa (IAPVC) edisi ke-34 di bawah tema "Gambar Rahsia Alam Semula Jadi" ("The Picture of Nature's Secret") yang memperkukuh komitmennya terhadap pemuliharaan melalui penceritaan visual.
Launching Ceremonial of IAPVC, Rizki Handayani Deputy for Industry and Investment at the Ministry of Tourism, Indonesia (Female, Batik Shirt) & Hans Manansang (Male, Grey Shirt) with stakeholder of TSI
Hans Manansang, Pengarah Komersial & Perniagaan Taman Safari Indonesia mengetengahkan kuasa media digital dalam meningkatkan kesedaran. "Menerusi lebih 4.9 bilion pengguna media sosial di seluruh dunia, kandungan visual adalah 40% lebih berkesan dalam menyampaikan mesej. IAPVC berpotensi untuk menghubungkan ekspresi kreatif dengan kesedaran terhadap alam sekitar menerusi cara yang relevan dan memberi impak."
Dalam mengikuti arah aliran semasa, IAPVC 2025 memperkenalkan kategori video bagi menggalakkan penyertaan kreatif yang lebih luas. TSI juga akan mengadakan Jerayawara IAPVC di tiga taman utamanya: Taman Safari Solo, Taman Safari Bogor dan Taman Safari Prigen.
Rizki Handayani, Timbalan Perindustrian dan Pelaburan di Kementerian Pelancongan, menegaskan bahawa usaha pemuliharaan tidak boleh dilaksanakan secara berasingan. Pertandingan seperti IAPVC berfungsi sebagai platform penting untuk memupuk penyertaan orang ramai melalui pendekatan kreatif rentas sektor. Kementerian Pelancongan turut merakamkan penghargaan atas usaha konsisten oleh TSI dalam menganjurkan IAPVC sebagai satu sumbangan yang berharga untuk ekonomi kreatif Indonesia.
"Pertandingan ini membuktikan bahawa karya visual bukan sahaja berharga dari segi seni tetapi turut membawa potensi ekonomi dan impak sosial yang besar."
Sejak penubuhannya pada tahun 1991, IAPVC berkembang menjadi satu pertandingan peringkat global. Pada tahun 2024, pertandingan ini mengalu-alukan lebih daripada 8,000 peserta dan menerima lebih 23,000 penyertaan.
Berlangsung mulai 12 Jun hingga 30 Ogos 2025, pertandingan ini mengundang jurugambar profesional, peminat fotografi, komuniti kreatif dan juga pencipta kandungan media sosial. IAPVC kali ke-34 juga akan membawakan panel juri yang terdiri daripada jurugambar profesional serta wartawan.
Pelancaran IAPVC 2025 diakhiri dengan persembahan yang menakjubkan oleh LILA Show, iaitu sebuah persembahan ikonik di Enchanting Valley yang mengabadikan semangat sokongan terhadap pemuliharaan. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi
Melalui inisiatif-inisiatif seperti IAPVC, Taman Safari Indonesia terus menegaskan kepimpinan globalnya dalam usaha pemuliharaan, menyatukan kreativiti dan sokongan bagi melindungi hidupan liar yang terancam. Dengan empat pensijilan antarabangsa dan lebih 20 anugerah kebangsaan, Taman Safari kekal sebagai lambang yang membanggakan bagi komitmen Indonesia terhadap usaha pemuliharaan dan pendidikan. Untuk maklumat lanjut mengenai Taman Safari Indonesia sila kunjungi . Biarkan setiap ciptaan menjadi suara untuk Bumi, hidupan liarnya dan juga masa depan yang kita kongsi bersama.
Individu untuk Dihubungi:
Finky Santika NH
Ketua Media dan Digital Taman Safari Indonesia Group
head.