亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Hong Kong Airlines Rai Penerbangan Sulung ke Sydney

Hong Kong Airlines
2025-06-22 17:09 47

Menawarkan Lebih Banyak Pilihan Penerbangan Terus ke Australia kepada Pengembara

HONG KONG, 22 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Penerbangan sulung Hong Kong Airlines antara Hong Kong dan Sydney, Australia, berlepas semalam dan menjadikannya syarikat penerbangan tempatan kedua yang mengendalikan laluan ini serta menyediakan pilihan perjalanan yang lebih banyak untuk penumpang perniagaan, senggang dan juga transit.

Bagi meraikan pencapaian baharu ini dalam pengembangan rangkaiannya, Hong Kong Airlines mengadakan acara perayaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (HKIA) dan Lapangan Terbang Sydney (SYD).

Sebelum berlepas, sebuah upacara pelancaran telahpun diadakan di pintu masuk HKIA. Acara ini dihadiri para tetamu terkemuka, termasuk En. Jeff Sun, Presiden Hong Kong Airlines; En. Ian McGraw daripada Konsulat Jeneral Australia di Hong Kong; Cik Carmen Tam dan Cik Vivien Yuen daripada Tourism Australia; Cik Jennifer Tung daripada Destination New South Wales; dan En. Ricky Chong daripada Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Hong Kong. Para tetamu berinteraksi dengan penumpang dan menghadiahi mereka cenderahati ditempah khas bagi memperingati peristiwa bersejarah ini.

Semasa berlangsungnya acara ini, Presiden Hong Kong Airlines En.Jeff Sun menyatakan: "Sebagai syarikat penerbangan tempatan khidmat lengkap, pelancaran perkhidmatan Sydney kami menyaksikan satu langkah penting dalam transformasi kami bagi menjadi sebuah syarikat penerbangan bertaraf antarabangsa. Sydney bukan sahaja merupakan destinasi yang popular untuk perjalanan senggang dan perniagaan tetapi juga salah satu hab ekonomi yang paling penting di Australia. Perluasan perjanjian hak trafik dua hala membolehkan kami menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengembara di kedua-dua bandar ini, seterusnya memperkukuh hubungan antara kedua-duanya."

Beliau menambah, "Meskipun Hong Kong Airlines mungkin merupakan jenama yang masih baharu di pasaran Australia yang matang, kami berusaha menerusi komitmen kami untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti. Kami mengendalikan laluan ini dengan pesawat Airbus A330 kami yang menawarkan kabin kelas perniagaan dan ekonomi yang selesa serta berusaha untuk memberikan pengalaman dalam-penerbangan yang berpusatkan penumpang melalui perkhidmatan dengan perhatian penuh dan hidangan pesona untuk pelanggan jarak jauh kami."

Ketua Pegawai Eksekutif Lapangan Terbang Sydney En. Scott Charlton berkata: "Kami dengan bangganya mengalu-alukan Hong Kong Airlines ke Sydney sebagai rakan kongsi syarikat penerbangan ke-52 kami yang memiliki reputasi kukuh bagi kecemerlangan perkhidmatan, kecekapan dan nilai. Perkhidmatan sulung ini dilaksanakan susulan perluasan pertama hak trafik udara dua hala antara Australia dan Hong Kong dalam tempoh 19 tahun dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan Albanese atas peranannya dalam menjayakan perjanjian penting ini yang menggambarkan kekuatan hubungan budaya dan ekonomi kami yang terjalin sejak dahulu lagi."

Menteri Pekerjaan dan Pelancongan NSW Steve Kamper, berkata: "Hong Kong ialah pasaran antarabangsa yang diberi keutamaan untuk NSW, dengan pengembara masuk menyumbang dengan banyak kepada ekonomi pelawat NSW. Kerajaan Buruh Minns menyatakannya dengan sangat jelas; kami ingin mengembangkan ekonomi pelawat kami dan cara terbaik untuk melaksanakannya adalah dengan meningkatkan kapasiti syarikat penerbangan dan membuka pasaran antarabangsa yang baharu untuk NSW. Kami menetapkan matlamat kami untuk meningkatkan kapasiti penerbangan negeri ini sebanyak 8.5 juta tempat duduk dan laluan Hong Kong baharu ini akan melengkapkan laluan baharu lain yang kami peroleh tatkala kami berusaha ke arah mencapai matlamat ini."

En. Wang Yu, Konsul Jeneral Republik Rakyat China (Sydney), berkata: "Sebagai syarikat penerbangan berpangkalan di Hong Kong yang kedua mengendalikan laluan Hong Kong–Sydney, Hong Kong Airlines bukan sahaja menyediakan pilihan baharu yang mudah untuk perjalanan antara China dan Australia, tetapi turut menyumbang kepada pertukaran yang dipertingkat dalam kalangan pelajar, pelancong, ahli profesional perniagaan dan rakan daripada semua lapisan masyarakat. Perkhidmatan baharu ini akan memantapkan peranan Hong Kong dan Sydney sebagai pintu masuk yang penting bagi aliran orang ramai dan barangan, seterusnya menyuntik momentum yang baharu dalam hubungan ekonomi dan budaya antara China dan Australia. Pelancarannya juga akan menarik lebih ramai pengembara antarabangsa untuk transit melalui Hong Kong atau Sydney, lantas mengukuhkan lagi kedudukan kedua-dua bandar sebagai hab penerbangan global serta mencipta peluang baharu untuk perdagangan dan juga pelaburan.

Memandang ke hadapan, Konsulat Jeneral China di Sydney akan terus menggalakkan dan menyokong syarikat-syarikat penerbangan dari China dan juga Australia bagi memulihkan atau melancarkan laluan baharu berdasarkan prinsip manfaat bersama dan kerjasama yang saling menguntungkan. Kami percaya Hong Kong Airlines akan terus-menerus meningkatkan kualiti perkhidmatannya dan memaparkan imej korporat yang baik."

The inaugural flight HX017 landed at SYD this morning and all arriving passengers were treated to a traditional water cannon salute and welcome ceremony.
The inaugural flight HX017 landed at SYD this morning and all arriving passengers were treated to a traditional water cannon salute and welcome ceremony.

Turut hadir di majlis sambutan Sydney ini ialah wakil-wakil daripada Konsulat Jeneral Republik Rakyat China di Sydney, Destination NSW dan Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong (Sydney).

Akses Ruang Istirahat Eksklusif untuk Penumpang Penyambungan

Bagi meraikan pelancaran perkhidmatan baharu ini, penumpang yang melalui laluan ini dan transit di Hong Kong untuk penerbangan Hong Kong Airlines terpilih* ke Vancouver, Bali, Tokyo, Osaka, Fukuoka, Shanghai (Pudong), Haikou atau Sanya, antara 20 Jun dan 31 Oktober 2025 akan menerima akses percuma ke ruang istirahat utama syarikat penerbangan ini "Club Autus" di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.

*Sila untuk terma dan syarat yang berkaitan.

Meluaskan Rangkaian Laluan

Pelancaran perkhidmatan Sydney menunjukkan strategi Hong Kong Airlines yang menyeluruh untuk pengembangan rangkaiannya. Digandingkan dengan pelbagai destinasi penting yang telahpun dirasmikan atau dikembalikan semula sejak awal tahun ini, termasuk Gold Coast di Australia, Vancouver di Kanada dan Hulunbuir di Mongolia Dalam, tanah besar China, syarikat penerbangan ini memupuk peta laluan yang lebih luas dan terpelbagai. Hal ini menekankan selanjutnya komitmen dan sumbangan Hong Kong Airlines kepada pemulihan industri penerbangan dan pembangunan dalam tempoh jangka panjang.

Selain daripada laluan baharu, Syarikat ini turut meningkatkan kekerapan perkhidmatan di pelbagai laluan bagi memenuhi permintaan perjalanan musim panas. Ini termasuk penyambungan semula penerbangan bermusim ke Maldives dan pertambahan penerbangan ke Da Nang kepada dua setiap hari. Di samping itu, penerbangan ke Shanghai Pudong akan ditambah kepada empat sehari, manakala perkhidmatan ke Hangzhou dan Nanjing akan menjadi dua kali sehari. Kepelbagaian masa penerbangan yang tersedia sepanjang hari memberikan fleksibiliti kepada penumpang perniagaan, senggang dan transit untuk merancang jadual perjalanan mereka.

Syarikat ini akan melancarkan satu lagi perkhidmatan baharu pada bulan Julai bagi menyediakan penumpang dengan lebih banyak pilihan perjalanan.

Jadual penerbangan Hong Kong Airlines* antara Hong Kong dan Sydney adalah seperti berikut (Semua waktu tempatan):

Laluan

Nombor Penerbangan

Berlepas 

Tiba

Kekerapan 

HKG – SYD

HX017

22:25

09:50+1

Setiap Hari

SYD – HKG

HX018

11:30

19:10

* Nombor penerbangan dan jadual mungkin berubah tanpa notis awal

Sila muat turun foto beresolusi tinggi melalui .

Latar Belakang Hong Kong Airlines 

Ditubuhkan pada tahun 2006, Hong Kong Airlines ialah syarikat penerbangan khidmat lengkap yang bertapak kukuh di Hong Kong. Syarikat penerbangan ini terbang ke lebih 30 destinasi di seluruh Asia Pasifik serta Amerika Utara dan ketika ini mengekalkan perkhidmatan antara syarikat penerbangan (interline) dan perjanjian perkongsian kod bersama beberapa rakan kongsi syarikat penerbangan dan penyedia perkhidmatan feri. Hong Kong Airlines mengendalikan armada pesawat semua-Airbus. Ia dianugerahkan penarafan empat bintang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa daripada Skytrax sejak tahun 2011. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi  atau saluran media sosial kami di , ,  dan .

A ribbon-cutting ceremony is held at SYD to officially mark the launch of the new Hong Kong Airlines service.
A ribbon-cutting ceremony is held at SYD to officially mark the launch of the new Hong Kong Airlines service.

Source: Hong Kong Airlines
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Travel New products/services