亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Sunway University Bangga Majukan Pendidikan Tinggi Malaysia

Sunway University
2025-06-23 23:10 48

KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Sunway University secara rasminya menjadi institusi yang paling bertambah baik di dunia mengikut QS World University Rankings 2026 yang terkini dengan melonjak daripada kedudukan #539 kepada #410 di peringkat global. Lonjakan yang mengagumkan ini menekankan pengaruh Malaysia yang semakin meningkat dalam bidang pendidikan tinggi global.

Sunway University has officially become the world's most improved institution according to the latest QS World University Rankings 2026 by climbing from #539 to #410 globally.
Sunway University has officially become the world's most improved institution according to the latest QS World University Rankings 2026 by climbing from #539 to #410 globally.

Pencapaian ini menggambarkan komitmen Sunway University yang tidak berbelah bahagi untuk menyampaikan pendidikan bertaraf dunia dan memupuk siswazah yang sedia mendepani masa depan. Dengan program akademik yang mantap, fakulti khusus dan persekitaran pembelajaran sokongan, Sunway membina sebuah universiti yang melengkapi mahasiswa dengan kemahiran dan ilmu yang diperlukan agar cemerlang dalam tenaga kerja global yang kompetitif.

Sementara itu, dalam Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2025, Sunway University melonjak ke kedudukan ke-81 di peringkat global daripada lebih 2,300 institusi yang merupakan satu peningkatan dramatik daripada kumpulan 201–300. Tahun ini, Sunway University diberi kedudukan dalam senarai 100 Teratas global untuk 6 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), termasuk lima dalam 50 Teratas dan dua dalam 25 Teratas. Pencapaian ini memberi tempat kepada Universiti ini sebagai salah satu universiti terkemuka di dunia yang memajukan kemampanan.

Profesor Dr. Sibrandes Poppema, Presiden dan Naib Canselor Sunway University, berkata: "Lonjakan kedudukan yang bersejarah oleh Sunway University dalam QS World University Rankings dan THE Impact Rankings 2025 ini menggambarkan kerja keras oleh fakulti, kakitangan dan mahasiswa kami. Ini merupakan petanda bahawa pendekatan holistik kami terhadap kualiti akademik, kemampanan, inovasi dan kolaborasi antarabangsa membawa perubahan sebenar. Kami komited untuk mengekalkan momentum ini dan terus menyumbang secara bermakna kepada Malaysia dan juga masyarakat global."

Sunway University telahpun diiktiraf secara konsisten dalam pemeringkatan global yang utama atas kekuatan subjeknya, komitmen terhadap kemampanan dan kecemerlangan penyelidikannya. Ia merupakan satu-satunya universiti swasta di ASEAN yang mendapat kedudukan dalam ketiga-tiga pemeringkatan global yang utama, iaitu Times Higher Education World University Rankings, QS World University Rankings dan Shanghai Ranking's Academic Ranking of World Universities. Menerusi pencapaian oleh Sunway University, kita dapat melihat sejauh mana universiti-universiti Malaysia memperoleh pengiktirafan dalam bidang akademik global, seterusnya menyumbang kepada aspirasi negara untuk membina ekonomi dipacu ilmu pengetahuan yang disokong oleh bakat mahir dan didorong oleh nilai.

 

Source: Sunway University
Keywords: Education Higher Education