亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif CATL Robin Zeng Gariskan Visi untuk Peralihan Karbon-Sifar Global dan Kolaborasi Lebih Mendalam di Persidangan Utama

Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL)
2025-06-24 10:13 50

CHENGDU, China, 24 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Dr. Robin Zeng, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL), menyampaikan ucapan di Persidangan Pertukaran Sains dan Teknologi Jalur dan Jalan kali kedua. Semasa ucapan itu, Dr. Zeng memperincikan komitmen CATL terhadap kolaborasi terbuka dan pembangunan yang saling menguntungkan dari segi global, dengan fokus yang penting untuk memperkasakan ekonomi baru muncul.


Dalam ucapannya, Dr. Zeng menekankan kesediaan CATL untuk memupuk kerjasama industri yang mendalam dan berkongsi teknologi termajunya bagi mempercepat peralihan tenaga global. "Terdapat banyak cara kita untuk kita bekerjasama," ujar Dr. Zeng. "CATL bersedia untuk membina kilang secara bersama, membentuk usaha sama dan terlibat dalam perjanjian komersial bagi pelesenan teknologi." Semangat kolaboratif ini menjadi pusat kepada strategi CATL dalam membina ekosistem setempat dan menyokong rakan kongsi di seluruh dunia dalam perjalanan mereka menuju keneutralan karbon.

Menonjolkan peluang penting dalam pengelektrikan pengangkutan, CATL mengambil maklum mengenai kadar pertumbuhan pasaran EV yang pesat di negara-negara seperti Thailand, Malaysia dan Indonesia. CATL giat meneruskan perkongsian di rantau ini, seperti kolaborasinya bersama Arun Plus di Thailand untuk membekalkan bateri dan menyokong cita-cita negara bagi menjadi hab EV Asia Tenggara; serta pembangunan bersama rantaian nilai industri penuhnya—bermula daripada perlombongan hingga kitar semula—bagi menyetempatkan ekosistem EV Indonesia.

Selain daripada pengangkutan, penyelesaian "Zero-Carbon Tech" komprehensif daripada CATL mencakupi sistem storan tenaga inovatif yang amat penting untuk menyerlahkan potensi penuh tenaga boleh baharu. Sistem storan pembentuk gridnya mengupayakan mikrogrid bebas yang menjadi keperluan untuk kawasan terpencil serta tapak perindustrian. Satu contoh yang ketara ialah sistem storan tenaga bateri 19GWj yang membekalkan kuasa kepada pusat data hijau "AI + Zero-Carbon" Masdar di UAE.

Bagi menggalakkan kepusingan bateri dalam seluruh masyarakat, CATL merancang untuk melancarkan 1,000 stesen Choco-Swap menjelang tahun 2025. Jejak ini semakin berkembang ke Hong Kong SAR dan Macau SAR, dengan kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan secara rasmi di stesen Choco-Swap pertama Hong Kong. Dalam jangka sederhana, CATL menyasarkan untuk menubuhkan 10,000 stesen dengan kerjasama rakan kongsi automotif. Di samping itu, teknologi kitar semula bateri termaju CATL—yang memproses 130,000 tan bateri buangan tahun lalu—yang menekankan komitmennya yang kukuh terhadap ekonomi pusingan.

Dr. Zeng turut menyentuh mengenai konsep "penyahkarbonan industri," menjelaskannya sebagai transformasi dalam industri penggunaan tenaga tinggi tradisional dengan penyelesaian tenaga baharu, seperti menggunakan hidrometalurgi untuk mengurangkan emisi karbon. Pendekatan ini, digabungkan dengan "industrialisasi tenaga baharu," bermatlamat untuk mewujudkan enjin pertumbuhan ekonomi yang baharu dan laluan transformasi hijau yang relevan khususnya untuk negara-negara yang menginginkan pengiktirafan industri dan pembangunan mampan.

Strategi oleh CATL melibatkan pemupukan rangkaian pengeluaran global bagi memastikan bekalan dan pembangunan pasaran di seluruh dunia yang ditunjukkan melalui pelaburan besarnya dalam pembuatan Eropah, termasuk pangkalan bateri terbesar Eropah di Hungary dan sebuah kilang baharu di Sepanyol dengan Stellantis. Inisiatif ini direka untuk mengintegrasikan CATL secara mendalam ke dalam rantaian industri tenaga baharu serantau, meningkatkan nilai tempatan dan kemajuan teknologi.

Dengan lebih 43,000 paten dan hampir 20 bilion yuan dilaburkan setiap tahun dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bateri, CATL terus berinovasi dalam bahan bateri, sistem kimia dan seterusnya. Pada tahun 2024, CATL menduduki tempat kedua dalam kalangan semua syarikat Cina bagi permohonan paten luar negara.

"Sebagai peneraju global bagi inovasi dan teknologi, CATL bersedia untuk berkolaborasi dengan komuniti perniagaan dan saintifik di semua negara rakan kongsi antarabangsa," simpul Dr. Zeng. "Kami tidak sabar untuk menyumbang - demi tenaga baharu umat manusia, demi pembangunan insan yang berterusan dan demi membina sebuah komuniti yang mempunyai masa depan dikongsi bersama untuk umat manusia!"

Penyenaraian CATL baru-baru ini di Bursa Saham Hong Kong menunjukkan selanjutnya integrasinya yang lebih mendalam ke dalam pasaran modal global, menyediakan platform penting untuk menyokong kapasiti pengeluarannya yang kian berkembang, rangkaian pembekal dan kumpulan bakat, seterusnya mengupayakan jalinan kerjasama yang lebih pelbagai bersama rakan kongsi antarabangsa menuju masa depan karbon sifar. Syarikat ini menyasarkan agar kilang-kilangnya mencapai neutral karbon pada tahun ini dan komited untuk mencapai keneutralan karbon dalam seluruh rantaian bekalan baterinya menjelang tahun 2035.

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL)
Related Stocks:
HongKong:3750 Shenzhen:300750 Shenzhen:300750.SZ
Keywords: Alternative Energies Auto Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Transportation Utilities Corporate Social Responsibility New products/services Cision Influencer List - ESG