亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

LONGi Lancar Projek Pembuatan Panel Solar Strategik di Indonesia

LONGi
2025-06-25 10:41 43

JAKARTA, Indonesia, 25 Jun 2025 /PRNewswire/ -- LONGi, peneraju global bagi penyelesaian fotovolta (PV) solar, melancarkan secara rasminya sebuah projek strategik bagi menubuhkan kemudahan pembuatan panel solar tercanggih di Indonesia, melalui kolaborasi bersama Pertamina New & Renewable Energy (Pertamina NRE), subsidiari bagi syarikat tenaga milik negara Indonesia Pertamina. Perkongsian ini menekankan komitmen bersama untuk memajukan penerimagunaan tenaga boleh baharu di Asia Tenggara dan menyokong matlamat peralihan tenaga Indonesia yang bercita-cita tinggi.

Kemudahan baharu ini yang terletak di Deltamas, Jawa Barat akan membawakan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 1.6 GW, menggunakan teknologi Sentuh Belakang Mempasif Hibrid (HPBC) 2.0 termaju daripada LONGi bagi menyediakan modul solar berkecekapan tinggi. Projek ini dijangka akan memulakan kerja-kerja persiapan pembuatan menjelang Jun 2025 yang seterusnya meningkatkan keupayaan pengeluaran PV solar domestik Indonesia dengan ketara.

Kolaborasi antara LONGi dan Pertamina NRE ini merupakan langkah yang strategik ke arah memperkukuh rantaian bekalan tenaga boleh baharu Indonesia. Dengan menggabungkan kepimpinan global LONGi dalam teknologi solar dengan pemahaman mendalam Pertamina NRE berkenaan pasaran tenaga tempatan, projek ini akan meningkatkan Tingkat Komponen Dalam Negeri (TKDN), sejajar dengan desakan kerajaan Indonesia terhadap kandungan tempatan yang lebih besar dalam projek-projek tenaga boleh baharu. Selain itu, kemudahan ini akan membantu memenuhi permintaan yang semakin meningkat dengan pesat untuk modul PV solar yang berkualiti tinggi di pasaran domestik dan juga seluruh Asia Tenggara.

Dalam RUPTL 2025-2034, Indonesia menetapkan sasaran 17.1GW bagi pemasangan PV baharu dalam tempoh sepuluh tahun akan datang yang menunjukkan bahawa tuntutan terhadap PV di Indonesia akan terus bertambah dengan kemajuan perancangan ini. Permulaan projek RUPTL dilaksanakan pada masa yang tepat. Ia akan menambah baik lagi rantaian industri PV tempatan sekali gus memenuhi tuntutan pasaran serantau dan memainkan peranan aktif dalam menaik taraf tahap pembuatan tempatan di Indonesia (TKDN), seterusnya membantu Indonesia mencapai kemajuan yang mantap dalam pembangunan industri PV.

En. Dennis She, Naib Presiden LONGi Group, dalam ucapan alu-aluannya di majlis pelancaran, menekankan visi syarikat terhadap pembangunan tenaga mampan: "Indonesia mempunyai potensi yang sangat besar dalam tenaga boleh baharu dan LONGi berbangga dapat menyumbangkan teknologi solar kami yang terkemuka di dunia kepada perjalanan transformatif ini. Kemudahan ini bukan sahaja mewakili pelaburan dalam pembuatan tetapi perkongsian dalam tempoh jangka panjang bagi mempercepat masa depan tenaga bersih Indonesia. Dengan menyetempatkan pengeluaran, kami bermatlamat untuk mengurangkan kos, memupuk inovasi dan mencipta peluang pekerjaan hijau yang bernilai tinggi, seterusnya memperkukuh komitmen kami kepada sebuah dunia sifar bersih."

Sebagai syarikat global yang terkemuka, LONGi membawa kepakaran dan inovasi yang tiada tandingan kepada sektor tenaga boleh baharu Indonesia yang dapat mengukuhkan lagi kedudukan Indonesia sebagai pengusaha penting dalam tenaga lestari. Pencapaian ini menunjukkan dedikasi LONGi untuk memperkasakan peralihan tenaga global melalui kecemerlangan teknologi dan kolaborasi strategik, seterusnya membuka jalan menuju masa depan yang lebih hijau.

Source: LONGi
Related Stocks:
Shanghai:601012 Shanghai:601012.SS
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services