亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Molicel Lancar INR-21700-M65A dan INR-21700-P60B, Pelopori Kuasa Peneraju Pasaran untuk E-basikal dan kenderaan elektrik ringan

Molicel
2025-06-25 14:07 45

TAIPEI, 25 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Molicel, peneraju global bagi sel litium-ion berprestasi tinggi, mengumumkan pada hari ini bahawa dua model bateri 21700 termajunya – INR-21700-M65A dan INR-21700-P60B – dijangka akan merevolusikan pasaran LEV (Kenderaan Elektrik Ringan) menerusi penyelesaian kuasa yang tiada tandingan. Kedua-dua INR-21700-M65A (6.5Ah) dan INR-21700-P60B (6.0Ah) telahpun mencapai kemajuan bagi ketumpatan tenaga tertinggi di pasaran. Menjadikan e-basikal sebagai contoh, kapasiti tinggi M Series direka khusus untuk jarak lanjutan, menjadikan INR-21700-M65A pilihan yang ideal untuk spektrum penuh e-basikal yang mana perbatuan yang lebih panjang menjadi kuncinya. Sebaliknya, P Series direkayasa untuk kuasa, dengan INR-21700-P60B menyasarkan khususnya MTB (basikal bukit elektrik) canggih yang menuntut output dan pecutan maksimum. Dengan dua tawaran yang canggih ini, Molicel menyediakan set penyelesaian yang komprehensif untuk merevolusikan seluruh industri e-basikal dan LEV.


INR-21700-M65A Molicel menetapkan standard baharu untuk kuasa dan jangka hayat panjang. Kapasiti 6500 mAhnya meningkatkan jarak pemanduan sebanyak 30%, lalu memastikan basikal Bandar/Urban dan e-motosikal beroperasi lebih lama. Dengan ketumpatan tenaga tinggi 325 Wj/kg dapat memberikan masa operasi lanjutan dan kuasa teguh arus nyahcas 26A. Dengan lebih 1000 kitaran, M65A menawarkan peningkatan keandalan sebanyak 40%, seterusnya memberikan keselamatan yang dipertingkat untuk aplikasi seperti semua jenis mikromobiliti peribadi, termasuk e-skuter, e-papan selaju dan basikal baring elektrik 3-roda. Ini bererti hayat bateri yang jauh lebih lama dan operasi kenderaan yang lebih andal serta lebih selamat.

Di samping INR-21700-M65A, INR-21700-P60B Molicel direkayasa untuk tuntutan kuasa dan julat melampau MTB. Arus nyahcas 90A yang tiada tandingannya memberikan letusan segera untuk MTB, basikal cyclo-cross dan basikal debu (dirt bike), menakluki pendakian yang curam dan rupa bumi yang kasar dengan lancar. INR-21700-P60B mempunyai rintangan dalaman yang rendah iaitu 12.8 mΩ, peningkatan 14.7% dengan kenaikan suhu yang minimum. Keupayaan pengecasan pantas 5C yang luar biasa bererti ia hanya mengambil masa selama 13 minit untuk dicas sepenuhnya. Ciri-ciri ini menjadikannya pilihan yang ideal untuk basikal kargo, memastikan operasi yang lancar dan andal untuk tugasan penghantaran yang mencabar serta untuk penempatan kumpulan kenderaan komersial.

"Pembangunan bateri e-basikal dan industri LEV keseluruhan berjalan secara perlahan, dengan peningkatan generasi yang minimum. Molicel mengubah keadaan ini dengan dua penyelesaian rintis yang bertujuan untuk merevolusikan landskap bateri yang paling banyak digunakan ini dan memberikan pengalaman baharu sepenuhnya. Kami percaya ini akan dapat mempercepat evolusi industri LEV secara keseluruhan, sama seperti kemajuan terkini dalam kenderaan elektrik," kata Casey Shiue, Presiden Molicel. "Pengenalan kepada INR-21700-P60B dan INR-21700-M65A bukan sahaja merangkum usaha tanpa henti kami terhadap inovasi tetapi juga menetapkan penanda aras yang baharu untuk prestasi dan ketahanan dalam industri e-basikal. Ini akan memperkasakan penunggang dan juga pengilang bagi mengalami kuasa dan kecekapan yang tidak pernah berlaku sebelum ini."

Kepimpinan teknikal Molicel dalam aspek prestasi dan juga keselamatan memperkasakan produk kami yang terkemuka di pasaran. INR-21700-M65A dan INR-21700-P60B membawakan kuasa dan kapasiti tinggi yang tidak pernah berlaku sebelum ini kepada LEV, seterusnya mentakrifkan semula pasaran LEV. Komitmen teras kami terhadap keselamatan terbukti dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) intensif yang memfokuskan pada kelakuan terma, lalu menghasilkan sel dengan sifat kemudahbakaran yang sangat rendah. Gabungan antara teknologi canggih dan keselamatan tanpa kompromi inilah yang menjadi penyebab teknologi kami menjadikan kami sebagai pembekal terbaik, lalu mendayakan kami untuk mencapai masa ke pasaran yang pantas dengan penyelesaian bateri unggul.

Source: Molicel
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Transportation Utilities New products/services