![]() |
SINGAPURA dan LONDON, 25 Jun 2025 /PRNewswire/ -- GoNetZero?, pengupaya penyahkarbonan bertaraf global bagi perolehan tenaga bersih dan pengurusan karbon, mengumumkan satu perikatan strategik yang baharu bersama AlliedOffsets, penyedia bagi perisikan pasaran karbon yang terkemuka di dunia untuk membantu perniagaan-perniagaan mengemudi pasaran karbon sukarela (VCM) dengan lebih telus, berwawasan dan yakin.
Perkongsian ini menghimpunkan portfolio terkurasi kredit karbon disahkan daripada GoNetZero dengan platform analitis AlliedOffsets yang menjejaki lebih 34,000 projek karbon di peringkat global. Dengan menyatukan capaian pasaran dengan cerapan data yang mendalam, kolaborasi ini bermatlamat untuk membantu organisasi-organisasi mengemudi sifat dinamik VCM yang kian berkembang dan membuat keputusan yang lebih bijak dan dipacu data yang mendorong impak iklim yang bermakna.
"Tatkala organisasi-organisasi berdepan dengan tekanan yang semakin meningkat untuk menyokong tuntutan iklim mereka dengan tindakan yang boleh dipercayai, ketelusan dan data menjadi sesuatu yang penting," kata Soon Sze Meng, Ketua Pegawai Eksekutif GoNetZero. "Perkongsian ini akan menghimpunkan portfolio kredit karbon yang disahkan daripada GoNetZero dengan perisikan pasaran AlliedOffsets, lalu membantu pelanggan kami menilai projek-projek pengimbangan karbon dengan lebih jelas dan yakin. Ini berkenaan dengan pemerkasaan organisasi-organisasi untuk membuat pilihan termaklum dan memacu impak secara meluas."
Melalui kolaborasi ini, pelanggan GoNetZero akan memperoleh pandangan yang lebih mendalam tentang asas-asas VCM – termasuk trend harga, rancangan terbitan, keutamaan manfaat bersama dan aktiviti pembeli, seterusnya membantu mereka membuat keputusan perolehan yang lebih termaklum. Pandangan ini juga akan membolehkan pelanggan menanda aras strategi pengimbangan dan penyingkiran mereka terhadap rakan industri, lantas meningkatkan ketegasan dan juga kredibiliti dalam usaha kemampanan korporat mereka.
"GoNetZero dan AlliedOffsets menawarkan penyelesaian hujung-ke-hujung untuk syarikat-syarikat yang ingin menyampaikan impak iklim berintegriti tinggi," kata Anton Root, Pengasas Bersama di AlliedOffsets. "Kami berbangga dapat bekerjasama dengan rakan kongsi seperti GoNetZero yang berkongsi visi yang sama dengan kami untuk pasaran karbon yang telus."
Kolaborasi ini turut menyokong keterlibatan ekosistem yang lebih luas dengan mencipta lebih banyak peluang untuk dialog, perkongsian ilmu dan penjajaran merentas rantaian nilai karbon. Pada musim luruh 2025, GoNetZero dan AlliedOffsets akan menganjurkan secara bersama Hari Industri bagi menghimpunkan peserta pasaran karbon, mempermudah dialog dan mempercepat kemajuan. Selain itu, kedua-dua syarikat akan melancarkan siri kandungan bersama yang direka untuk membimbing sektor-sektor intensif-emisi berkenaan:
Untuk maklumat lanjut, kunjungi dan .
Hubungan media: [email protected] / josefin.
Hubungan komersial: [email protected] /