亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Automation Anywhere Bekerjasama dengan Akshaya Patra untuk Memperkasa Misi Menyediakan 5?juta Makanan Harian dengan Logistik AI yang Lebih Pintar

Automation Anywhere, Inc.
2025-06-26 01:32 36

Perkongsian strategik membolehkan automasi dikuasakan AI untuk meningkatkan kecemerlangan operasi, memperkemas keterlibatan penderma dan mengoptimumkan program makanan sekolah di seluruh negara yang disajikan kepada jutaan kanak-kanak

BENGALURU, India, 25 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Dalam kerjasama penting, Automation Anywhere, peneraju dalam Automasi Proses Agentik (APA) dan Yayasan Akshaya Patra, satu daripada organisasi impak sosial terkemuka India dan rakan pelaksana program PM POSHAN kerajaan yang utama sedang membuat pembaharuan operasi badan amal di India. Dengan memanfaatkan automasi dikuasakan AI, proses keterlibatan penderma telah diperkemas sehingga 70%, mengurangkan masa pemulihan dari lebih 20 jam ke 40 minit sahaja, mempercepat misi Akshaya Patra untuk menyediakan makanan tengah hari kepada 5 juta kanak-kanak setiap hari persekolahan.

Pada masa ini, program berkenaan sedang membantu lebih 2.35 juta kanak-kanak di 25,000 sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, Akshaya Patra telah dapat melihat manfaat ketara daripada perkongsian tersebut. Bersama sokongan Automation Anywhere, Yayasan itu mengubah bidang operasi utama termasuk pengurusan penderma, pengoptimuman laluan dan aliran kerja rantaian bekalan bertujuan mencapai kecekapan, ketelusan dan kebolehskalaan yang lebih tinggi. Penambahbaikan ini membolehkan pasukan organisasi memberikan tumpuan kepada bantuan dan usaha membina hubungan strategik.

Mengulas mengenai perkongsian itu, Vinod Sudhakar, Ketua Pegawai Maklumat, Yayasan Akshaya Patra, berkata, "Di Akshaya Patra, kami melihat teknologi sebagai penggerak transformasi yang bermatlamat. Kerjasama kami dengan Automation Anywhere membantu kami memanfaatkan potensi AI untuk bukan sahaja mengoptimumkan sistem tetapi untuk memperdalam perkhidmatan kami kepada kanak-kanak di seluruh India. Dengan alatan lebih pintar, kami memacu impak yang bermakna secara besar-besaran dengan lebih cepat, lebih cekap dan lebih mampan."

"Di Automation Anywhere, kami percaya teknologi boleh membantu menguatkan impak sosial," kata Neeti Mehta Shukla, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Impak Sosial . "Kerjasama ini menjadi bukti bahawa automasi dikuasakan AI dapat mendorong perubahan bermakna—membantu setiap rupee dapat digunakan dalam pelbagai perkara yang berkaitan, setiap makanan sampai lebih cepat dan setiap kanak-kanak menerima khasiat dengan lebih baik. Ini ialah mengenai memupuk belas kasihan dengan tepat dan membina India yang lebih kuat dan sihat. Kami berdua amat bernasib baik dan komited untuk bekerjasama dengan organisasi yang didorong oleh misi seperti Akshaya Patra."

Dengan fasa satu berjaya membuahkan hasil yang besar, perkongsian tersebut bersedia untuk terus maju ke dalam perolehan yang dipacu AI, membolehkan penyumberan langsung daripada petani dan pengilang setempat, serta pengenalan mekanisme pengeluaran responsif permintaan yang diterajui AI Agentik untuk meminimumkan sisa makanan. Peningkatan selanjutnya dalam logistik penghantaran dan perancangan sumber dijangka akan menguatkan kebingkasan operasi apabila Yayasan memperluas bantuannya.

Akshaya Patra juga akan memanfaatkan data masa nyata dan automasi dikuasakan AI untuk meningkatkan prestasi logistik di seluruh flit kenderaan penghantaran berjumlah 2,200+ yang beroperasi di 1,500+ laluan harian—menambah baik perancangan laluan, kecekapan bahan api dan kebolehlihatan operasi.

Perkongsian ini mencerminkan komitmen bersama: memanfaatkan kuasa automasi dipacu AI Agentik dan inovasi yang diterajui data untuk mencipta masa depan yang bebas kelaparan dan berpendidikan untuk kanak-kanak di seluruh negara.

Maklumat Tentang Automation Anywhere 

Perintis dalam Automasi Proses Agentik, Automation Anywhere memperkasa organisasi untuk memanfaatkan kuasa bot dipacu AI yang bekerja bersama dengan pekerja untuk mengautomasikan proses perniagaan yang kompleks—menambah baik kecekapan, ketepatan dan impak dunia sebenar.

Berinteraksi dengan Automation Anywhere

Automation Anywhere ialah tanda dagangan/perkhidmatan berdaftar Automation Anywhere, Inc. di Amerika Syarikat dan negara lain. Tanda lain yang dirujuk ialah hak milik pemilik masing-masing.

Maklumat Tentang Yayasan Akshaya Patra  

Yayasan Akshaya Patra ialah organisasi impak sosial yang komited untuk menangani kelaparan di dalam kelas dan menyokong kesihatan dan pendidikan kanak-kanak. Sebagai rakan kongsi pelaksana skim PM POSHAN Kerajaan India, Akshaya Patra menyajikan 2.35 juta makanan tengah hari kepada kanak-kanak penerima manfaat di 25,000+ sekolah. Selain itu, Yayasan menyediakan hidangan 8 lakh di bawah Program Pemakanan Pagi, menyumbang kepada kesihatan kanak-kanak yang bertambah baik, peningkatan pendaftaran sekolah, kehadiran dan pengekalan dan hasil pembelajaran yang lebih baik.

Akshaya Patra telah mewujudkan rangkaian operasi teguh, yang pada masa ini berfungsi di 78 lokasi merentasi 16 negeri dan 3 wilayah kesatuan. Yayasan berkenaan juga telah menyediakan 76 dapur berpusat yang canggih—diiktiraf secara global untuk skala, kecekapan dan standard keselamatan makanan—dan menerima guna model terpencar di dua lokasi yang penyediaan infrastruktur berpusat adalah rumit disebabkan oleh rupa bumi yang sukar dan kesalinghubungan jalan.

Akshaya Patra terus menjalin perkongsian dan memanfaatkan teknologi untuk memenuhi keperluan jutaan kanak-kanak dan telah menyajikan lebih 4 bilion hidangan sejak tahun 2000. Pencapaian penting itu diperingati pada satu acara istimewa di ibu pejabat PBB di New York pada 2 April 2024.

Untuk butiran lanjut, sila log masuk:  

Logo:  

Source: Automation Anywhere, Inc.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Transportation Contracts Artificial Intelligence Supply Chain/Logistics