亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

CATL dan Ellen MacArthur Foundation kongsi cita-cita untuk masa depan bateri kitaran

Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL)
2025-06-27 10:53 32

Diumumkan semasa Minggu Tindakan Iklim London, kolaborasi ini merupakan fasa cita-cita dan tindakan baharu dalam seluruh sistem bateri global

LONDON, 27 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Bertempat di Minggu Tindakan Iklim London, CATL dan Ellen MacArthur Foundation berkongsi cita-cita untuk mempercepat peralihan kepada ekonomi bateri kitaran — bahawa pengeluaran bateri baharu harus dinyahganding daripada penggunaan bahan mentah dara. Dengan berbuat demikian akan dapat mendayakan masa depan yang melaluinya capaian, kebingkasan dan kelestarian berjalan seiring — dan apabila pertumbuhan tidak lagi terikat dengan pengekstrakan.

Sejak membentuk Perkongsian Strategik mereka awal tahun ini, CATL dan Ellen MacArthur Foundation saling bekerjasama untuk merancang bagaimana prinsip-prinsip ekonomi kitaran boleh diaplikasikan merentas rantaian nilai bateri. Cita-cita bersama ini menawarkan satu titik permulaan — Bintang Utara — yang perlu diikuti oleh kolaborasi dan inovasi. Ia bertujuan untuk membimbing bukan sahaja CATL, bahkan komuniti luas pihak berkepentingan global yang berusaha untuk mereka bentuk semula sistem ini demi kejayaan dalam tempoh jangka panjang.

Cita-cita ini diperkenalkan oleh Jiang Li, naib presiden dan Setiausaha Lembaga CATL di panel peringkat tinggi yang dihoskan oleh Ellen MacArthur Foundation. Panel ini meninjau sejauh mana pihak berkepentingan dalam bidang penyelidikan, industri dan kerajaan boleh bekerjasama untuk menjayakan cita-cita ini — dan untuk mengenal pasti perkara yang diperlukan untuk mencapainya secara berskala.

Bagi membantu menjadikan cita-cita ini sebagai tumpuan, CATL memperkenalkan matlamat berarah: bahawa dalam tempoh 20 tahun, 50% daripada pengeluaran bateri baharu boleh dinyahganding daripada bahan mentah dara. Ini merupakan penanda jangka panjang — yang akan membimbing bagaimana kita meneroka model kitaran, perkongsian berskala dan melabur dalam inovasi merentas rantaian nilai.

Jiang Li menekankan bahawa ekonomi kitaran akan membuka peluang ekonomi yang baharu serta nilai alam sekitar dan sosial. Menjelang tahun 2040, pasaran kitar semula bateri global dijangka mencapai lebih RMB 1.2 trilion (kira-kira 165 bilion dolar A.S.) dan rantaian nilai bateri boleh mencipta lebih daripada 10 juta peluang pekerjaan—lebih separuh daripadanya terdapat di negara-negara sedang membangun.

Empat prinsip untuk membimbing transformasi industri

Aspek penting cita-cita ini ialah empat prinsip praktikal yang disesuaikan daripada kerangka ekonomi kitaran Ellen MacArthur Foundation. Prinsip-prinsip ini direka untuk membimbing transformasi merentas rantaian nilai bateri — bermula daripada perlombongan dan pembuatan hinggalah sistem mobiliti dan tenaga. Ia menawarkan titik permulaan bagi mewujudkan penjajaran yang selanjutnya dengan pihak berkepentingan utama bagi mereka bentuk tindakan kolaboratif bagi tujuan mempercepat anjakan ke arah ekonomi bateri yang lebih berkitar.

Memikirkan Semula Sistem. Pendekatan kitaran memerlukan perubahan secara sistemik dalam ekosistem bateri. Dengan membenamkan kekitaran ke dalam setiap peringkat rantaian nilai, ia menjadi sesuatu yang boleh dicapai bagi menyokong pembangunan rendah karbon, mengurangkan bahan buangan dan mengupayakan aliran bahan yang berterusan. Prinsip ini menekankan pengoptimuman struktur dan interaksi rantaian nilai bagi mendayakan penggunaan sumber yang lebih cekap dan bingkas.

Mereka Bentuk Semula Produk. Kekitaran bermula pada peringkat reka bentuk. Bateri harus dibangunkan untuk aplikasi jangka hayat panjang, nyahpasang dan hayat kedua — dengan menggunakan seni bina modular dan komponen tahan lama. Mereka bentuk dengan mengutamakan penggunaan semula dan kitar semula boleh memastikan produk dapat mengekalkan nilai lebih lama dan dipulihkan dengan lebih cekap pada penghujung hayat.

Memikirkan Semula Model Perniagaan. Model perniagaan baharu penting untuk menyahganding penggunaan sumber daripada pertumbuhan ekonomi. Melalui anjakan daripada pemilikan tradisional kepada model berkongsi, berasaskan perkhidmatan atau hayat kedua, bateri boleh memberikan utiliti yang lebih besar dan menjadi lebih mudah dicapai oleh pengguna. Prinsip ini menyokong penciptaan laluan yang berdaya maju dari segi ekonomi demi peningkatan kekitaran.

Mengitar Semula Bahan. Sistem kitar semula yang berprestasi tinggi penting untuk kekitaran. Bahan harus dipulihkan dengan cekap dan dikembalikan kepada penggunaan bernilai tinggi, seterusnya meningkatkan perkadaran kitar semula gelung tertutup. Ini dapat mengurangkan pergantungan kepada sumber dara dan membantu mewujudkan bekalan bahan mentah kritikal yang lebih mampan, selamat dan berimpak rendah.

Jiang Li turut berkongsi contoh-contoh pelaksanaan CATL daripada empat tonggak ini.

  • Pada peringkat sistem, CATL melancarkan Sistem Pengurusan Rantaian Karbon untuk membantu menyahkarbon rantaian nilai bateri.
  • Dalam reka bentuk produk, CATL memanjangkan jangka hayat bateri dengan ketara—bateri storan tenaganya kini mencapai sehingga 18,000 kitaran—lalu mengurangkan permintaan dan emisi bahan.
  • CATL turut merancang untuk mengaturkan lebih 10,000 stesen pertukaran bateri, meningkatkan kecekapan bateri dan memudahkan pengumpulan bateri henti dalam skala besar.
  • Dalam kitar semula, CATL mengendalikan rangkaian ambil balik bateri yang terbesar di dunia dan pada tahun 2024 sahaja ia mengitar semula sekitar 130,000 tan bateri akhir hayat, selain mendapatkan semula 17,000 tan garam litium.

Merintis perubahan melalui GECC

Bagi menguji dan mengembangkan cita-cita bersama dalam keadaan dunia sebenar, CATL memajukan Komitmen Kekitaran Tenaga Global (GECC) — Diumumkan pada bulan Mac, GECC ialah platform global yang terbuka yang melaluinya pihak berkepentingan daripada industri, bandar dan dunia akademik berkumpul untuk menguji penyelesaian ekonomi kitaran yang diamalkan. CATL berusaha untuk bekerjasama dengan pengusaha-pengusaha dalam rantaian nilai melalui platform ini, meneroka dan berkongsi pandangan untuk membantu meningkatkan impak. Pendekatan yang kolektif ini merupakan kunci untuk membina sebuah sistem bateri yang bingkas dan mampan.

Memandang ke hadapan 

Cita-cita bersama ini merupakan satu titik permulaan — suatu asas untuk membina bentuk kolaborasi, ketelusan dan inovasi sistem yang baharu merentas landskap bateri global. CATL dan Ellen MacArthur Foundation akan terus berhubung dengan rakan kongsi daripada sektor awam dan sektor swasta untuk memperhalusi, mengembangkan dan mengoperasikan idea yang dinyatakan di sini.

"Sistem bateri kitaran tidak akan dibina di dalam makmal atau bilik lembaga — ia akan dibentuk melalui kolaborasi, ujian dan usaha bersama," kata Jiang Li. "Cita-cita ini merupakan satu petanda untuk membantu memacu usaha itu ke hadapan. Pencapaian cita-cita berkenaan akan memerlukan kolaborasi global, pembelajaran silang sektor dan keterlibatan terbuka dalam seluruh rantaian nilai — yang mana semuanya telah lama diperjuangkan oleh Ellen MacArthur Foundation."

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL)
Related Stocks:
HongKong:3750 Shenzhen:300750 Shenzhen:300750.SZ
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Conservation/Recycling Contracts Environmental Issues Cision Influencer List - ESG