SHANGHAI, 28 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Bertempat di Sidang Kemuncak AI Mudah Alih yang dianjurkan oleh Huawei, semasa berlangsungnya Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) Shanghai 2025, pengendali, rakan kongsi ekosistem AI, ilmuwan dan rakan kongsi industri berhimpun untuk membincangkan mengenai arah aliran industri AI mudah alih dan mencapai dua konsensus yang penting berhubung pembangunan AI mudah alih pada masa depan: meningkatkan pengalaman paut naik 5G-A merupakan sesuatu yang kritikal kepada pembangunan AI mudah alih; dan sinergi perkhidmatan-rangkaian penting untuk pengewangan pengalaman AI mudah alih. Mereka yang terlibat turut menyaksikan perasmian projek GSMA Foundry: Rangkaian Mudah Alih untuk AI Berkembang Maju, menandakan bahawa pengendali menembusi pengewangan pengalaman dan memulakan pembinaan rangkaian berpusatkan pengalaman untuk AI mudah alih.
Sinergi Ekosistem AI Mudah Alih untuk Industri AI Mudah Alih Berkembang Maju
Berucap di sidang kemuncak ini, Wen Ku, Presiden China Communications Standards Association (CCSA), menekankan: "Integrasi 5G-A dan AI merupakan salah satu hala tuju yang utama untuk evolusi rangkaian komunikasi. Usaha harus memfokuskan pada penetapan standard, pembinaan integrasi rangkaian pintar dan pemupukan pembangunan kolaboratif melalui ekosistem bagi mempelopori masa depan AI mudah alih."
Semasa sidang kemuncak ini, perintis industri bermula daripada Rokid, MiniMax dan Unitree Robotics membincangkan sejauh mana penyedia perkhidmatan AI boleh menjadi peneraju dari segi persaingan dibezakan dan merebut peluang pasaran baharu dengan pantas. Ejen AI meluaskan pengalaman bermula daripada interaksi skrin sentuh hinggalah interaksi berbilang mod seperti suara, video dan pengkomputeran ruang. Di samping itu, AI mencapai kadar bit audio-visual yang lebih tinggi dan ketepatan model serta memanfaatkan rangkaian 5G-A untuk mengurangkan kependaman semasa interaksi untuk pembekalan perkhidmatan yang lebih cekap. Hal ini amat penting bagi menyediakan perkhidmatan baharu yang lancar, seperti yang melibatkan interaksi masa nyata dan panggilan video AI berkualiti tinggi yang memerlukan kelajuan paut naik sekurang-kurangnya 20 Mbps.
Beberapa penceramah, termasuk Zhi-Quan Luo, Ahli Asing Chinese Academy of Engineering dan Felow IEEE, wakil pengendali dan wakil daripada Ookla turut berkongsi amalan AI mereka dalam pengoptimuman rangkaian serta perancangan strategik mereka untuk menerima teknologi AI secara komprehensif. AI membentuk semula rangkaian mudah alih dan juga industri mudah alih yang lebih luas. Ini dapat membantu pengendali mencapai transformasi digital rangkaian, O&M dan perniagaan untuk menyediakan perkhidmatan dibezakan untuk pelbagai industri, seterusnya menyokong peralihan mereka daripada pengewangan trafik kepada pengewangan perniagaan. Di sidang kemuncak ini, para peserta mencapai konsensus bahawa paut naik, kependaman dan kestabilan merupakan faktor-faktor yang paling penting dalam mengukur keupayaan rangkaian untuk AI mudah alih.
GigaBand Memperkasakan Evolusi Pengewangan Rangkaian Asas daripada Jalur Lebar Mudah Alih (MBB) kepada AI Mudah Alih
Sebagai penyedia teknologi 5G-A yang terkemuka, Huawei berkongsi portfolio penyelesaian GigaBandnya. Melalui pelaksanaan pengumpulan sumber antara muka udara (AIR) dan penyelesai pengoptimuman (Optsolver) untuk orkestrasi AIR, GigaBand mengupayakan evolusi rangkaian 5G-A yang lancar bagi menyokong perkhidmatan AI yang baharu. Ini dapat membantu pengendali membina rangkaian anjal yang memberi jaminan SLA dan disesuaikan dengan perkhidmatan terpelbagai dan terbeza seperti penstriman langsung, pembantu AI mudah alih dan permainan awan. Sebagai contoh, penggunaan GigaBand di Hong Kong mengupayakan perkongsian 4G/5G berbilang jalur untuk hasrat pembekalan penyediaan perkhidmatan yang berbeza, mencapai peningkatan sehingga 2.28 kali ganda dalam daya pemprosesan 5G sambil mengekalkan pengalaman pengguna 4G yang stabil. Ini merupakan satu rahmat yang besar untuk pengendali tatkala mereka berharap dapat membina rangkaian 5G SA yang cekap, pintar dan rendah karbon.
Dengan 5G-A yang terus dinaik taraf dengan GigaBand dan teknologi inovatif yang lain, di samping inovasi ekosistem kolaboratif merentas industri-industri, AI mudah alih membangun menjadi enjin baharu yang mendorong pertumbuhan hasil dalam industri mudah alih dan membawakan kehidupan digital yang baharu kepada orang ramai kepada yang menawarkan perkhidmatan pintar merata.
MWC Shanghai 2025 telahpun diadakan mulai 18 Jun hingga 20 Jun di Shanghai, China. Semasa berlangsungnya acara ini, Huawei mempamerkan produk dan penyelesaiannya yang terkini di Dewan N1 Shanghai New International Expo Center (SNIEC).
Penerimagunaan komersial 5G-Advanced semakin memecut pada tahun 2025. Huawei berkolaborasi dengan pembawa global, pakar industri dan pemimpin pendapat untuk meneroka bagaimana inovasi dalam AI boleh digunakan untuk membentuk semula perkhidmatan, infrastruktur dan operasi telekomunikasi bagi menjana sumber hasil yang baharu serta mempercepat peralihan ke arah dunia pintar.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: