Hakim berkata panel Solist Fino Sherry Kavalan 'terkejut' dengan keseimbangan dan kompleksiti
TAIPEI, 1 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Kavalan pulang daripada Pertandingan Wiski Antarabangsa (IWC) edisi ke-16 dihadiahkan dengan tiga anugerah terulung, membawa prestasi kilang penyulingan ini dalam pertandingan antarabangsa ke tahap lebih tinggi.
Kavalan Solist Fino Sherry named “Whisky of the Year” at IWC 2025 with a score of 97.04 points, stunning judges with its 'balance, tropical richness, and layered complexity'.
Kilang penyulingan utama Taiwan ini merangkul anugerah "Wiski Terbaik Tahun Ini", "Kilang Penyulingan Terbaik Tahun Ini", "Pakar Penyuling Terbaik Tahun Ini" di Louisville, Kentucky dan akan menjadi penjaga kepada "trofi Golden Barrel" kerana memenangi anugerah Wiski Terbaik Tahun Ini sehingga pemenang tahun depan diumumkan.
Kesemua penyertaan dinilai secara berasingan, satu demi satu, selama 8 minit untuk setiap sesi merasa menggunakan format rasa dwibuta yang ketat, tanpa maklumat diberikan tentang asal-usul, kategori atau ABV.
Pengarah Pertandingan IWC Max A. Solano berkata pemenang Wiski Terbaik Tahun Ini, Solist Fino "mengejutkan panel dengan keseimbangan dan kompleksitinya." Beliau merumuskannya dengan berkata: "Suatu ekspresi bertaraf dunia yang menonjol daripada yang lain."
Pengerusi King Car, En. YT Lee, berkata Kavalan berbesar hati kerana mendapat pengiktirafan di pertandingan A.S. yang dikenali sebagai "Olimpik bagi pertandingan wiski" ini.
"Daripada kesemua pertandingan, IWC dianggap sebagai salah satu pertandingan yang paling sukar kerana hanya satu pingat Emas, Perak dan Gangsa dianugerahkan untuk setiap kategori. Kami dengan rasa rendah hati dan bersyukur menerima penghormatan tertinggi di pertandingan ini yang menjadi penanda aras untuk kecemerlangan wiski di seluruh dunia."
Nota Rasa Solist Fino Kavalan daripada Adam Edmondson, Pakar Wiski:
"Pada bahagian hidung, wiski ini memberikan haruman kuat mangga, aprikot dan nanas panggang, dilapisi dengan haruman badam, buah tin kering dan rempah oak. Selera rasanya menawarkan rasa plum yang pekat, ceri direndam dengan brandi, coklat gelap dan kehalusan kering fino sherry. Rasa kesannya meninggalkan rasa kopi, cendana dan sitrus kering."
Daripada 15 Wiski Teratas IWC 2025, Kavalan disenaraikan seperti yang berikut:
No.1 –Solist Fino Sherry Single Cask Strength Single Malt Whisky – 97.04 mata
No.9 –Solist Manzanilla Sherry Single Cask Strength Single Malt Whisky – 95.78 mata
No.11 –Solist Palo Cortado Sherry Single Cask Strength Single Malt Whisky – 95.68 mata
Kavalan Distillery awarded “Distillery of the Year” at the 16th International Whisky Competition in Louisville, reaffirming its place among the world’s finest whisky producers.
Senarai anugerah Kavalan:
Wiski Terbaik Tahun Ini:
Kavalan Solist Fino Sherry Single Cask Strength Single Malt Whisky - 97.04 Mata
Kilang Penyulingan Terbaik Tahun Ini:
Kavalan Distillery - 92.78 Mata/Purata
Pakar Penyuling Terbaik Tahun Ini:
Zerose Yang - Ketua R&D
Zerose Yang, Head of R&D at Kavalan, named "Master Distiller of the Year" as Kavalan takes home the Golden Barrel trophy.
Golden Barrel Trophy
Kavalan akan menjadi penjaga bagi trofi Golden Barrel kerana memenangi anugerah Wiski Terbaik Tahun Ini sehinggalah pemenang tahun hadapan diumumkan.
Latar Belakang Golden Barrel Trophy
Dicipta di Switzerland dan diperkenalkan di Diageo Archive, Golden Barrel Trophy mewakili kemuncak kecemerlangan dalam pembuatan wiski, memaparkan dua ekor singa yang memegang sebuah tong wiski. Ia dituang dengan gangsa berserta daun emas 24K pada setiap sisi tong. Golden Barrel akan disimpan oleh pemenang anugerah Wiski Terbaik Tahun Ini sehinggalah pertandingan pada tahun hadapan dan nama bagi setiap pemenang akan diukir pada tapak marmarnya bagi memperingati sejarah setiap anugerah Wiski Terbaik Tahun Ini pada setiap tahun. Pada asasnya, Golden Barrel sama penting untuk wiski, sebagaimana pentingnya Piala Dunia untuk bola sepak.
Latar Belakang Pertandingan Wiski Antarabangsa (IWC)
Ditubuhkan pada 2010, Pertandingan Wiski Antarabangsa diwujudkan bagi menawarkan sebuah platform pengadilan yang benar-benar kompetitif dan boleh dipercayai, menganugerahkan tiga pingat sahaja — Emas, Perak dan Gangsa — dalam setiap kategori. Menerusi standardnya yang ketat dan metodologi yang telus, IWC mendapat reputasi sebagai "Olimpik bagi dunia wiski."
Wiski-wiski dinilai melalui proses rasa dwibuta bagi memastikan kesaksamaan mutlak. Para hakim tidak mengetahui mengenai pengeluar, asal-usul atau sebarang butiran pengenalpastian mengenai wiski yang dinilai oleh mereka, selain daripada maklumat sama ada sampel berkenaan merupakan kekuatan tong.
Panel pengadilan terdiri secara eksklusif daripada pakar-pakar wiski: Pakar Wiski, Scotch atau Bourbon, Pakar Penyuling, Pakar Pengadun dan pakar industri yang berpengalaman. Setiap seorang daripada pakar-pakar ini membawa pengalaman yang luas dan ketepatan untuk setiap penilaian.
Setiap wiski dinilai secara berasingan sehingga 8 minit menggunakan sistem pemarkahan yang terperinci berdasarkan empat segmen utama dan sebelas subkategori:
Pandangan
? Warna (0 mata) ? Tarikan Visual (5 mata)
Hidung
? Intensiti dan Kompleksiti (15 mata) ? Kelainan Aroma (10 mata) ? Keseimbangan Aroma (10 mata)
Rasa
? Selera dan Keseimbangan (10 mata) ? Alkohol, Badan dan Kompleksiti (10 mata) ? Kelainan Rasa (10 mata) ? Keseimbangan antara Rasa (10 mata)
Rasa Kesan
? Tempoh dan Rasa Kesan (10 mata) ? Kualiti Rasa Kesan (10 mata)
Latar Belakang Kavalan Whisky
Kavalan Distillery di Daerah Yilan telah mempelopori seni wiski malt tunggal di Taiwan sejak tahun 2005. Wiski kami dimatangkan dalam kelembapan dan haba yang tinggi, bersumberkan cairan salji kristal daripada Gunung Salji dan ditingkatkan dengan bayu laut serta gunung. Kesemua keadaan ini bergabung bagi mencipta rasa berkrim khas Kavalan. Mengambil nama lama Daerah Yilan, kilang penyulingan kami disokong oleh pengalaman pembuatan minuman selama lebih 45 tahun di bawah syarikat induk, King Car Group. Kami telahpun mengumpul sebanyak 960 anugerah emas atau lebih tinggi daripada pertandingan-pertandingan yang paling kompetitif dalam industri ini.
Kaitlyn Tsai
.tw
Britney Chen
.tw