亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

HEMIN Foundation Anta Group Keluarkan Laporan Pertama Fokuskan Derma Perubatan Selama Tiga Tahun: Derma Terkumpul Melebihi RMB 650 Juta

ANTA Group
2025-07-02 09:47 7

JINJIANG, China, 2 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 1 Julai, HEMIN Foundation Anta Group mengeluarkan laporan pertamanya covering the years 2021–2024. Yayasan ini ditubuhkan pada Disember 2021 dengan pengumuman derma sebanyak RMB 10 bilion daripada keluarga pengasas Anta Group. Mendukung falsafah amal Pengasas Anta Group dan Pengerusi Kehormat Yayasan ini, En. Ding Hemu, dengan bermurah hati membantu orang ramai yang memerlukan dan menyumbang kembali kepada masyarakat, derma ini memfokuskan kepada penjagaan kesihatan yang menyasarkan Perubatan & Kesihatan, Sukan & Pendidikan serta Sumbangan kepada Masyarakat. Menjelang akhir tahun 2024, Yayasan ini menderma sebanyak lebih RMB 650 juta termasuk RMB 550 juta untuk Perubatan & Kesihatan, RMB 45.53 juta untuk Sukan & Pendidikan dan RMB 56.26 juta untuk Sumbangan kepada Masyarakat. Derma bagi tahun 2025 dijangka mencecah RMB 1.13 bilion.


 


Yayasan ini mengumumkan untuk membiayai sepenuhnya sebanyak RMB 2 bilion untuk menubuhkan Shanghai Sixth People's Hospital, Fujian Hospital (HEMIN Campus), hospital awam komprehensif Kelas III Gred A bukan untung dan National Trauma Regional Medical Center. Kemudahan ini dirancang untuk menempatkan kira-kira 1,000 katil. Setelah siap pada separuh pertama tahun 2026, HEMIN Campus akan menawarkan perkhidmatan terutamanya kepada penduduk Jinjiang dan Quanzhou, meningkatkan perkhidmatan perubatan serantau dan memberi manfaat kepada Fujian, wilayah-wilayah jiran serta negara-negara sepanjang "Jalur dan Jalan".

Demi memajukan penjagaan kesihatan serantau, Yayasan menderma sebanyak RMB 100 juta untuk "Medical Aid & Care Fund". Derma ini dapat menyokong hospital-hospital Quanzhou/Jinjiang dalam memperoleh peralatan canggih dan pengambilan bakat. Ia memberikan bantuan perubatan sosial, membantu 785 individu dalam tempoh tiga tahun dan sokongan penyakit jantung kongenital (CHD), menyaring lebih 1,600 orang serta merawat 190 orang pesakit CHD.

Dalam kedermawanan sukan, Yayasan memberikan derma sebanyak RMB-10-juta dalam tempoh lima tahun untuk membantu para atlet yang terjejas akibat kecederaan yang mengakhiri kerjaya mereka. Menjelang tahun 2024, sebanyak RMB 2 juta telahpun diagihkan yang memberi manfaat kepada 271 atlet di seluruh negara.

Dalam bidang pendidikan, dermanya bermula dengan pendidikan asas hinggalah pendidikan tinggi. Melalui penubuhan pelbagai tabung biasiswa/pengajaran, yayasan ini menyokong lebih 2,500 pelajar, dengan jumlah amaun bantuan mencapai lebih RMB 47 juta.

Dalam sumbangan kepada masyarakat pula, yayasan ini membina sebuah sistem sokongan yang memastikan "penjagaan awal kanak-kanak, sokongan warga emas, penjagaan kesihatan yang boleh dicapai dan masyarakat penyayang" melalui satu siri projek sumbangan kepada masyarakat. Inisiatifnya termasuk: derma sebanyak RMB-2.41-juta untuk penggiatan semula luar bandar; derma sebanyak RMB-20-juta untuk rawatan autisme kanak-kanak; dan 17 tahun berturut-turut gaji bulanan untuk warga emas tempatan, yang dapat memberi manfaat kepada lebih 35,000 individu.

Source: ANTA Group
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Retail Sports Sports Equipment & Accessories