BEIJING, 2 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Di timur laut China, "Bandar Ais" Harbin yang juga terkenal sebagai "Bandar Muzik" di Asia, menyaksikan ramai peserta dari 39 negara dan wilayah berpusu-pusu ke gala muzik musim panasnya.
Photo shows a scene of the opening ceremony of the 37th Harbin Summer Music Festival in Heilongjiang, northeast China on June 27, 2025.
Dimulakan pada 27 Jun, Festival Muzik Musim Panas Harbin kali ke-37 yang dihoskan secara bersama oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China dan kerajaan perbandaran Harbin ini menawarkan penduduk tempatan dan pengunjung dengan peluang hebat untuk bertemasya dengan pesona muzik.
Festival ini, yang menyediakan tujuh bahagian termasuk persembahan pembukaan, persembahan peringkat kebangsaan dan minggu seni bertemakan "Ibu Kota Budaya Asia Timur" akan berlangsung hingga September tahun ini.
Antara aktiviti-aktivitinya yang pelbagai, terdapat tiga pertandingan muzik peringkat antarabangsa, iaitu Pertandingan Alat Tali Antarabangsa Schoenfeld 2025, Kongres Saksofon Sedunia ke-20 dan Minggu Seni Akordion Antarabangsa Harbin ke-7.
Di bandar China ini yang juga merupakan tempat mencari ketenangan pada musim panas yang ideal, sebanyak 79 persembahan tematik Cina dan asing yang lain sama ada sedang berjalan atau sudahpun bermula ketika ini, apatah lagi dengan 3,000 lebih aktiviti artistik yang dijadualkan berlangsung untuk hiburan secara besar-besaran.
Dengan sejarah muzik dan warisan budaya sekitar seabad yang mengintegrasikan budaya timur dan juga budaya barat, Harbin mempunyai aura yang mempesonakan dan daya tarikan yang unik, kata Peter Paul Kainrath, presiden World Federation of International Music Competitions (WFIMC).
Pada tahun ini, Kainrath berharap mesyuarat tahunan WFIMC yang diadakan di Harbin dapat menjadi permulaan yang baik untuk mengekalkan pertukaran yang erat dan mesra dengan Harbin serta bandar-bandar China yang lain, selain mengharapkan dialog dan kerjasama dalam pelbagai sektor.
Sebagai salah satu tempat bermulanya muzik moden Cina, Harbin, ibu kota Wilayah Heilongjiang di timur laut China, berusaha untuk menyerlahkan budaya-budaya yang berbeza melalui muzik yang menarik dan pelbagai dalam festival muzik musim panasnya.
Pautan asal: