亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

PR Newswire Perluas Jangkauan di Singapura melalui Perkongsian SPH Media

PR Newswire
2025-07-02 15:00 41

Kolaborasi menonjolkan kebolehlihatan premium melalui platform berita dan kewangan terkemuka Singapura, memperkasakan pelanggan dengan impak komunikasi yang lebih luas dan berkesan.

CHICAGO, 2 Julai 2025 /PRNewswire/ -- PR Newswire menjalin kerjasama dengan SPH Media bagi memperluaskan  jangkauan kandungan siaran akhbar pelanggannya di Singapura. Kolaborasi strategik ini memberikan akses tiada tandingan kepada dua saluran media paling berpengaruh di negara tersebut: The Straits Times dan MONEY FM 89.3.

Perkongsian ini membuka peluang luar biasa kepada pelanggan untuk mengukuhkan kehadiran jenama secara geografi dan meningkatkan keterlibatan audiens, terutamanya dalam kalangan profesional dan pengguna di seluruh Singapura. . The Straits Times ialah akhbar harian utama berbahasa Inggeris daripada SPH Media, iaitu salah sebuah syarikat media yang terkemuka di Asia. Sebagai akhbar paling banyak dibaca di Singapura, The Straits Times menawarkan liputan komprehensif merangkumi berita nasional dan antarabangsa. MONEY FM 89.3 pula ialah stesen radio kewangan pertama dan satu-satunya di negara itu, beroperasi 24/7 dalam Bahasa Inggeris. 

Perkongsian pengedaran siaran akhbar ini melanjutkan kolaborasi antara SPH Media dan syarikat induk PR Newswire, Cision Ltd. yang bermula pada Mei 2024, apabila kedua-dua organisasi ini menandatangani perjanjian pelesenan kandungan yang membolehkan pelanggan Cision memantau kandungan dalam talian daripada semua outlet SPH Media melalui platform CisionOne.


Singapore's most-consumed media outlets: The Straits Times and MONEY FM 89.3

"Perkongsian bersama SPH Media ini ialah bukti pelaburan berterusan PR Newswire dalam memperluaskan rangkaian global kami," kata Matt Brown, Presiden, PR Newswire. "Dengan mengedarkan siaran akhbar melalui The Straits Times dan MONEY FM 89.3, pelanggan kami mendapat akses kepada khalayak yang sangat aktif dan berpengaruh di Singapura." Ciri-ciri utama perkongsian ini termasuk:

  • Jangkauan Diperluas: Memanfaatkan kehadiran pelbagai platform penting The Straits Times, mencakupi laman digitalnya—yang menarik 62.2 juta tontonan halaman bulanan dan 8.5 juta pengguna aktif  bulanan—PR Newswire memperkukuh kebolehlihatan dan keupayaan penemuan kandungan pelanggan menerusi tawaran ini.
  • Khalayak Bersasar: Pelanggan PR Newswire memperoleh akses  eksklusif kepada khalayak premium yang terdiri daripada golongan profesional Singapura dalam pelbagai sektor yang mengikuti berita dan trend kewangan dengan aktif.

"Perkongsian pengedaran siaran akhbar antara Cision dan SPH Media ini merupakan satu sinergi hebat yang menggabungkan jangkauan global dan teknologi Cision dengan pemahaman SPH Media yang mendalam mengenai pasaran Asia serta landskap media mereka yang berpengaruh," ujar Lynn Liu, Naib Presiden Pembangunan Khalayak dan Perkhidmatan Pengedaran, PR Newswire APAC. "Kami percaya kolaborasi ini akan membawakan nilai yang penting untuk pelanggan kami, seterusnya membolehkan mereka berhubung bersama khalayak utama dengan cara yang lebih memberi impak dan dipacu data."

Untuk maklumat lanjut, layari: : .

Latar Belakang PR Newswire 

PR Newswire ialah rakan kongsi pengedaran siaran akhbar yang terkemuka dalam industri ini dengan jangkauan global tiada tandingan yang mencapai lebih daripada 440,000 bilik berita, laman web, suapan langsung, wartawan dan pempengaruh serta tersedia di lebih 170 negara dan 40 bahasa. Bermula daripada tawaran Perkhidmatan Kandungan kami yang memenangi anugerah, produk bilik berita media dan laman mikro bersepadu, rangkaian perkhidmatan Perhubungan Pelabur, alatan letakan berbayar dan perkongsian sosial, PR Newswire memiliki katalog penyelesaian yang komprehensif bagi mengatasi cabaran zaman moden yang dihadapi oleh pasukan perhubungan awam (PR) dan komunikasi. Selama 70 tahun, PR Newswire menjadi destinasi pilihan untuk jenama-jenama berkongsi cerita berita mereka yang paling penting di serata dunia.

Source: PR Newswire
Keywords: Advertising Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Contracts Licensing/marketing agreements