亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Xinhua Silk Road: Wartawan Amerika Latin puji mata air panas, budaya bulan di gunung Jiangxi, Timur China

Xinhua Silk Road
2025-07-07 22:08 6

BEIJING, 7 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Evelyn Caridad Leyva Romero, seorang wartawan daripada Latin America News Agency, baru-baru ini melawat Gunung Mingyue di Bandar Yichun, wilayah Jiangxi di timur China. Beliau berasa amat kagum dengan mata air panasnya yang unik dan budaya bulan yang mendalam selain turut menyaksikan bagaimana integrasi budaya dan pelancongan memacu usaha penggiatan semula luar bandarnya.

 

Mata air panas Gunung Mingyue kaya selenium, dengan suhu airnya kekal secara konsisten pada 68 hingga 72 darjah Celsius sepanjang tahun. Output air harian pula mencecah 10,000 tan.

Leyva Romero mendapat tahu bahawa penduduk dari lebih 30 wilayah dan bandar di seluruh China membeli hartanah di sini yang berjumlah lebih daripada 10,000 isi rumah. Antaranya, penduduk dari Shanghai sahaja menyumbang sebanyak lebih 6,000 isi rumah.

Dengan memanfaatkan sumber mata air panas, kawasan tempatan membangunkan terapi perubatan tradisional Cina, keluaran pertanian kaya selenium dan industri inap desa, lalu meningkatkan pendapatan penduduk kampung dengan ketara.

"Kandungan selenium dan suhu malar mata air panas ini merupakan sesuatu yang menakjubkan, maka tidak hairanlah ia menarik begitu ramai pelancong," ujar Leyva Romero. Beliau mendapat tahu tentang seorang pesara guru Shanghai yang mana kesakitan akibat artritis ringannya bertambah baik dengan ketara selepas berendam dalam mata air panas ini selama setengah tahun.

Terletak hanya sejauh 15 kilometer dari pusat bandar Yichun, Gunung Mingyue memusatkan pengalaman pelancongannya berkisarkan "Budaya Bulan." Leyva Romero menaiki kereta api persiaran alpine "Chang'e" dan bersiar-siar sepanjang Qingyun Plank Road bagi menikmati pemandangan lautan awan, hutan dan kampung sepanjang perjalanan.

Kawasan indah ini membawakan lebih 300 ukiran batu dengan puisi bertemakan bulan daripada pelbagai dinasti. Nama adat, masakan dan penginapan setempat kesemuanya menerapkan unsur bulan.

Chen Lei, timbalan pengurus besar kawasan indah ini, menjelaskan bahawa projek-projek unik seperti kereta api alpine, aktiviti bermain ski dan perkhemahan menarik minat para pelancong dari seluruh negara.

Leyva Romero turut melawat Taman Bulan Dua Puluh Empat Jambatan seluas 3,150-ekar, tapak kesihatan dan kesejahteraan hutan yang bertemakan sekitar budaya bulan dan budaya jambatan, serta mengintegrasikan persiaran pertanian, kesejahteraan hutan dan pengalaman rakyat.

Leyva Romero menyatakan bahawa landskap semula jadi Gunung Mingyue, budaya mata air panas dan penjagaan kemanusiaan serta hubungan komuniti yang terangkum memaparkan kebijaksanaan hidup bersama yang harmoni antara manusia dan alam semula jadi.

Chen Lei menyatakan bahawa usaha pada masa depan akan dilaksanakan bagi memperkukuh promosi antarabangsa yang bertujuan untuk menjadikan Gunung Mingyue sebagai destinasi pelancongan kesejahteraan yang terkenal di peringkat global.

Pautan asal: 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Publishing/Information Service Travel