![]() |
PORT VILA, Vanuatu, 8 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Vantage Markets mempersembahkan penampilan pertamanya di Wealth Expo Peru 2025 yang diadakan di pusat kewangan San Isidro bertempat di The Westin Lima Hotel. Acara ini menghimpunkan para penggiat utama daripada komuniti kewangan tempatan dan serantau – bermula daripada pelabur dan penginovasi teknologi kewangan (fintech) hinggalah broker serta ahli profesional perdagangan.
Sebagai penaja utama, Vantage menekankan komitmennya dalam menyokong pendidikan kewangan dan dialog serantau. Acara ini berfungsi sebagai platform strategik untuk Vantage mempamerkan alatan perdagangannya, penyelesaian perdagangan salinan dan rangka kerja operasi kepada khalayak yang luas dalam salah satu komuniti kewangan Amerika Latin yang paling pantas berkembang.
Bagi memulakan acara ini, Vantage menganjurkan sebuah majlis koktel yang eksklusif pada sebelah malam sebelum ekspo ini. Acara ini mengalu-alukan pelanggan, rakan kongsi dan peneraju fintech yang menawarkan suasana santai dan sofistikated untuk bertukar-tukar idea dan memupuk kolaborasi. Majlis ini dapat membantu menentukan suasana kehadiran yang mantap dan menarik sepanjang acara utama.
Vantage diberi penghormatan menerusi anugerah "Platform Perdagangan Terkawal Terbaik" semasa berlangsungnya acara ini—suatu penganugerahan yang mengiktiraf kecemerlangan syarikat ini dalam aspek pematuhan, teknologi dan kepercayaan. Anugerah ini menggambarkan komitmen Vantage untuk mengekalkan persekitaran yang selamat dan telus untuk pedagang di peringkat global.
Vantage turut menyumbang kepada agenda pelbagai kandungan di acara ini melalui pelbagai keterlibatan pengucapan:
"Kami menghargai keterlibatan yang mantap di acara ini," kata Marc Despallieres, Ketua Pegawai Eksekutif Vantage Markets. Bermula daripada pengiktirafan industri hinggalah perbualan dinamik bersama komuniti, Wealth Expo Peru memberikan pandangan berharga daripada persekitaran kewangan yang dinamik ini. Kami berharap agar dapat terus menyokong pendidikan kewangan dan inovasi dalam komuniti perdagangan ini."
Tatkala Vantage terus berhubung dengan komuniti kewangan di peringkat global, firma ini tetap memfokuskan untuk menyampaikan pengalaman perdagangan yang selamat, inovatif dan mesra pengguna – disokong oleh pendidikan, penjajaran kawal selia dan falsafah yang mengutamakan pelanggan.
Latar Belakang Vantage
Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.
Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan platform perdagangan yang andal, aplikasi perdagangan mudah alih memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang menyediakan capaian peluang perdagangan kepada pelanggan.
berdagang lebih bijak @vantage
AMARAN RISIKO: CFD ialah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian wang dengan cepat lantaran leveraj. Pastikan anda memahami risiko sebelum berdagang.
Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terdapat nasihat kewangan, tawaran atau rayuan bagi apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. Kandungan ini bukan bertujuan untuk penduduk di mana-mana bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan atau kewangan. Apa-apa pergantungan yang anda letakkan pada maklumat yang dibentangkan adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.