亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

BDx Data Centers Lancar Tapak Uji AI Kuantum Hibrid Pertama Asia Tenggara di Singapura

BDx Data Centers (BDx)
2025-07-10 09:00 9
  • BDx menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Anyon Technologies untuk menggunakan komputer kuantum hibrid pertama Asia Tenggara di pusat data SIN1 utamanya di Paya Lebar, Singapura.
  • 'AI Testbed' Serantau bertujuan untuk menyokong agensi kerajaan, perusahaan dan syarikat pemula dalam memajukan inovasi kuantum-AI.
  • Inisiatif sejajar dengan strategi Hijau 2030 dan Negara Pintar Singapura dengan mengintegrasikan pengkomputeran generasi akan datang dengan infrastruktur mampan.

SINGAPURA, 10 Julai 2025 /PRNewswire/ --  ("BDx"), platform pusat data neutral-pembawa yang terkemuka di Asia melancarkan tapak uji AI kuantum hibrid pertama Asia Tenggara melalui kolaborasi bersama Anyon Technologies, peneraju global bagi sistem pengkomputeran kuantum berskala besar. MoU yang ditandatangani pada hari ini memformalkan kolaborasi ini, seterusnya memberi laluan bagi tujuan penggunaan komputer kuantum hibrid pertama rantau ini di kemudahan SIN1 utama BDx di Paya Lebar, Singapura.

Inisiatif rintis ini akan mengupayakan syarikat pemula, perusahaan dan agensi kerajaan untuk meneroka aplikasi AI yang ditingkatkan oleh kuantum. Direka untuk menyokong objektif-objektif Hijau 2030 (Green 2030) dan Negara Pintar (Smart Nation) Singapura, tapak uji ini mengintegrasikan sistem pengkomputeran kuantum Anyon dengan infrastruktur SIN1 yang canggih.

"Kekal di hadapan keluk sentiasa menjadi sebahagian daripada DNA kami di BDx," kata Mayank Srivastava, Ketua Pegawai Eksekutif BDx. "Perjalanan kami, bermula daripada menggunakan GPU NVIDIA tercanggih di seluruh rantau ini hinggalah mengintegrasikan pengkomputeran kuantum pada masa ini ke dalam pusat data kami, menggambarkan komitmen kami bukan sahaja untuk mengikut rentak inovasi tetapi membentuk masa depannya. Kami beriringan membina platform terbuka yang dapat mencipta peluang baharu untuk menyerlahkan potensi pengkomputeran kuantum yang transformatif."

"Komputer moden pada hari ini pada asasnya ialah pusat data yang lengkap. Penggunaan sistem pengkomputeran kuantum hibrid tercanggih di kemudahan SIN1 BDx menyaksikan satu langkah transformatif dalam infrastruktur pengkomputeran moden," kata Dr Jie (Roger) Luo, President dan Ketua Pegawai Eksekutif Anyon Technologies. "Dengan mengintegrasikan QPU (Unit Pemprosesan Kuantum) dengan CPU (Unit Pemprosesan Pusat) serta GPU (Unit Pemprosesan Grafik), kami mendayakan kemajuan dalam algoritma dan juga aplikasi kuantum. Ini dapat mengurangkan halangan penerimagunaan untuk pelanggan perusahaan, seperti institusi kewangan di Singapura untuk menyuai tugas bakat serta mencipta nilai perniagaan yang nyata dan membezakan."

Mempercepat Inovasi AI dan Kuantum di Singapura dan Selanjutnya

Kemudahan SIN1 BDx akan berfungsi sebagai Pusat Hab dan Inovasi AI rentas wilayah yang dikhususkan untuk menyokong syarikat pemula AI dengan pertumbuhan tinggi dan inisiatif inovasi yang diterajui kerajaan. Bagi mempercepat penerimagunaan AI di seluruh Asia Tenggara, BDx menyediakan capaian khusus kepada infrastruktur sedia-AInya bagi membolehkan syarikat dan syarikat pemula bereksperimen dengan teknologi transformatif. Dengan membina platform terbuka dan boleh skala, BDx menyasarkan untuk memacu impak dunia sebenar dalam aplikasi AI, penyelidikan dan perusahaan.

"Pengendali di Asia memainkan peranan yang kritikal dalam membina ekosistem yang diperlukan untuk mempercepat penerimagunaan AI di rantau ini. Singapura ialah hab inovasi global dan persekitaran yang ideal sebagai tapak uji AI kami - kami menyediakan pembangun dengan alatan untuk menjalankan eksperimen, membuat prototaip dan menskalakan idea mereka dengan cekap," tambah Srivastava.

SIN1 juga menetapkan penanda aras kelestarian, dengan peningkatan 20% dalam kecekapan tenaga yang dicapai melalui penyejukan termaju dan automasi pintar. Ia membawakan kembar digital dikuasakan AI yang pertama di Singapura, mengoptimumkan tenaga dan prestasi pada masa nyata serta mematuhi Piawaian Pusat Data Hijau Singapura.

Memandang ke hadapan, BDx dan Anyon merancang untuk mengembangkan model kuantum hibrid ini merentas pasaran-pasaran utama di Asia, termasuk Indonesia, Hong Kong SAR dan wilayah Taiwan, seterusnya mewujudkan rangkaian pusat data didayakan kuantum di seluruh rantau ini.

 

Source: BDx Data Centers (BDx)
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services Artificial Intelligence