亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Huawei Perkenal Produk Baharu dan XMAGE Awards 2025 di Acara Fashion Next di Dubai

HUAWEI
2025-07-10 14:20 25

DUBAI, UAE, 10 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Hari ini, Huawei mengumumkan bahawa ia akan menganjurkan acara pelancaran produk Fashion Next di Dubai pada 10 Julai. Wadah ini akan memperkenalkan buat julung kalinya HUAWEI Pura 80 Series dan HUAWEI MatePad 11.5, di samping kemas kini utama untuk XMAGE Awards 2025, iaitu pertandingan fotografi global Huawei yang meraikan kecemerlangan artistik.

Sejak dua tahun yang lalu, Huawei mengukuhkan kepimpinannya di pasaran Cina sekali gus membuat kebangkitan semula yang hebat di peringkat global. Jenama ini terus memacu inovasi dengan teknologi skrin boleh lipat generasi akan datang, keupayaan pengimejan yang unggul dan reka bentuk boleh pakai fesyen mutakhir. Inisiatif-inisiatif seperti GoPaint, aplikasi lukisan digital intuitif Huawei dan juga XMAGE Awards menekankan komitmennya untuk merapatkan budaya melalui seni dan teknologi. Dengan berhubung secara mendalam dengan komuniti tempatan dan meluaskan kehadirannya di seluruh dunia, Huawei memupuk hubungan yang bermakna merentas sempadan.

Zhu Ping, Presiden Pemasaran dan Perkhidmatan Jualan Perniagaan Peranti Huawei, berkata, "Huawei bersungguh-sungguh mencapai kemajuan di pasaran antarabangsa, bermula dengan melancarkan peranti unggulan hinggalah memupuk hubungan bermakna dalam komuniti tempatan di luar negara. Kami tetap berdedikasi terhadap visi pengasas kami, terus-menerus meningkatkan pengalaman senario dan produk teknologi untuk pengguna global. Hari ini di Dubai, kami dengan bangganya memperkenalkan Pura 80 series yang membawakan keupayaan pengimejan yang luar biasa melalui teknologi inovatif, memperkasakan fotografi mudah alih untuk mengabadikan pemikiran dan emosi pencipta dengan lebih jelas."

Pura 80 Series unggulan menyaksikan kepulangan Huawei yang amat dinanti-nantikan ke arena telefon pintar global yang menawarkan tiga model berbeza. Asalnya dijenamakan semula pada tahun 2024, siri Pura menggabungkan reka bentuk avant-garde dengan teknologi mudah alih yang berprestasi tinggi, lalu mentakrifkan semula persimpangan antara fesyen dan kefungsian. Barisan model baharu ini dijangka akan mendapat permintaan pengguna yang kukuh.

HUAWEI Pura 80 Series
HUAWEI Pura 80 Series

Sementara itu, tablet Huawei terus mendapat momentum di pasaran antarabangsa, menjadi pilihan utama untuk pendidikan dan produktiviti mudah alih hasil daripada aplikasi didorong senario yang serba boleh. MatePad 11.5 sudahpun menawan hati pengguna di seluruh dunia menerusi prestasi berbilang tugas yang lancar dan ketersambungan silang peranti selanjar, manakala model yang akan datang dijangka akan meningkatkan tahap inovasi paparan dan ciri-ciri berfokuskan produktiviti, lalu memenuhi keperluan pengguna yang semakin berkembang.

Huawei tablets
Huawei tablets

Selain daripada menyampaikan produk-produk yang inovatif, Huawei terus mempelopori gabungan antara fesyen dengan keterhubungan emosi, bagi memperkasakan pengguna untuk menjadi pengarang kehidupan digital mereka. XMAGE Awards 2025 yang dilancarkan di peringkat global pada 11 Jun, menarik minat peserta dari lebih 170 negara dan wilayah sejak penubuhannya pada tahun 2017, dengan hampir 5 juta penyerahan setakat ini. Diiktiraf sebagai salah satu perayaan fotografi mudah alih yang paling berpengaruh di dunia, program ini berkembang menjadi jambatan budaya yang menghubungkan Huawei dengan komuniti globalnya—bagi menggalakkan pengguna untuk merakam detik-detik bermakna dan berkongsi visi peribadi mereka melalui imej. Menerusi penampilan sulung global HUAWEI Pura 80 Series, teknologi pengimejan XMAGE daripada Huawei dijangka akan mentakrifkan semula fotografi telefon pintar dan mentransformasikan pengalaman visual untuk pengguna yang berada di mana-mana sahaja.

HUAWEI XMAGE Awards 2025
HUAWEI XMAGE Awards 2025

Para penganalisis industri menonjolkan kehadiran berterusan Huawei dalam pemeringkatan "Jenama Teknologi Paling Bernilai Global" Kantar sebagai bukti ekuiti jenama antarabangsanya yang mantap. Dengan mengembangkan portfolio produk globalnya dan membuat pelaburan yang berterusan dalam pembangunan saluran, peruncitan serta keterlibatan komuniti, Huawei bukan sahaja memenuhi pelbagai keperluan pengguna di seluruh dunia tetapi turut membentuk semula ekosistem peranti terhubung melalui inovasi teknologi serta memupuk interaksi pengguna yang lebih bermakna.

Source: HUAWEI
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Awards New products/services