亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Huawei Dinamakan Customers' Choice Gartner? Peer InsightsTM 2025 bagi Platform Penyimpanan Fail dan Objek untuk Tahun Keempat Berturut-turut

HUAWEI
2025-07-11 09:51 32

SHENZHEN, China, 11 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Huawei telahpun diiktiraf sebagai Customers' Choice untuk tahun keempat berturut-turut dalam laporan Suara Pelanggan Gartner Peer Insights? 2025 bagi Platform Penyimpanan Fail dan Objek. Menurut laporan Gartner, Huawei mendapat Penarafan Keseluruhan tertinggi (5.0/5.0), bilangan ulasan tertinggi (147) dan 99% Kesediaan untuk Mengesyorkan Storan Skala-Keluar OceanStor setakat 31 Januari 2025.


"Voice of the Customer" ("Suara Pelanggan") ialah dokumen yang mensintesis ulasan Gartner Peer Insights menjadi pandangan untuk pembeli teknologi dan perkhidmatan. Perspektif rakan setara tergabung ini, seiring bersama ulasan terperinci individu, merupakan pelengkap kepada penyelidikan pakar Gartner dan dapat memainkan peranan penting dalam proses pembelian. Rakan setara merupakan penyemak yang disahkan bagi produk atau perkhidmatan teknologi yang bukan sahaja menilai tawaran, tetapi turut memberikan maklum balas yang berharga untuk dipertimbangkan sebelum membuat keputusan pembelian.

Sejumlah 11 vendor diiktiraf oleh rakan setara dalam laporan Suara Pelanggan dan Huawei telahpun disemak oleh pelanggan dalam industri telekomunikasi, kewangan, pendidikan, penjagaan kesihatan, tenaga dan pembuatan di seluruh rantau Asia Pasifik, Eropah dan Timur Tengah. Kami percaya pengiktirafan ini menunjukkan pengesahan dan kepercayaan daripada pelanggan global kami terhadap daya saing yang komprehensif, saiz pasaran dan kualiti perkhidmatan selepas jualan Storan Skala-Keluar OceanStor Huawei.

Memandang ke hadapan, Huawei akan terus mengutamakan sentrisiti pelanggan dan tetap komited kepada inovasi, seperti media storan kilat sepenuhnya dan penyelesaian tasik data bagi membantu pengguna mencipta infrastruktur data yang lebih hijau, lebih cekap dan lebih fleksibel pada masa akan datang.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan penyelesaian Huawei Data Storage, sila kunjungi:  

Gartner, Suara Pelanggan untuk Platform Penyimpanan Fail dan Objek, 23 Mei 2025  

Kandungan Gartner Peer Insights merangkum pendapat pengguna akhir individu berdasarkan pengalaman mereka sendiri dan tidak seharusnya diertikan sebagai pernyataan fakta, dan ia tidak mewakili pandangan Gartner atau rakan-rakan sekutunya. Gartner tidak mengendors mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang ditunjukkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor yang mendapat penarafan tertinggi atau designasi lain. Penerbitan penyelidikan Gartner mengandungi pendapat daripada organisasi penyelidikan Gartner dan tidak seharusnya diertikan sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk apa-apa jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu. 

GARTNER dan PEER INSIGTHS ialah tanda dagangan berdaftar Gartner, Inc. dan/atau rakan-rakan sekutunya di A.S. dan di peringkat antarabangsa dan digunakan di sini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara.

 

Source: HUAWEI
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Awards Survey, Polls & Research