亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

DIMOO Dinamakan "Sahabat Istimewa Jubli Emas Thailand-China" -- POP MART Galakkan Perkongsian Global Budaya Mengikut Perkembangan Terbaru

POP MART
2025-07-11 15:19 13

BANGKOK, 10 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 30 Jun, semasa majlis resepsi kerajaan China-Thailand, En. Piyapak Sricharoen, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Asia Timur, Kementerian Luar Negeri Kerajaan Thailand dan Cik Chang Yumeng, Menteri Penasihat di Kedutaan Republik Rakyat China di Kerajaan Thailand, bersama-sama mempersembahkan watak popular POP MART, DIMOO, dengan gelaran kehormat "Sahabat Istimewa Jubli Emas Thailand-China".

DIMOO turut dipaparkan di majlis pelancaran ini untuk figura edisi terhad di Bangkok yang melaluinya reka bentuk watak yang eksklusif dan animasi pendek diperkenalkan secara rasmi.

Memandangkan tahun 2025 menyaksikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara China dan Thailand, satu siri acara pertukaran budaya kreatif telahpun dilancarkan yang menonjolkan sejauh mana IP mainan seni menjadi jambatan penting antara kedua-dua budaya ini.


Majlis pelancaran ini dihadiri oleh En. Piyapak Sricharoen, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Asia Timur, Kementerian Luar Negeri Kerajaan Thailand, Cik Chang Yumeng, Menteri Penasihat di Kedutaan Republik Rakyat China di Kerajaan Thailand dan Cik Chen Xiaoyun, Naib Presiden POP MART International Group.

Dicipta oleh artis Cina Ayan Deng, DIMOO WORLD menceritakan sebuah kisah penyembuh jiwa tentang seorang budak kecil pemalu yang memasuki Kerajaan Awan melalui mimpinya, di tempat dia menemui persahabatan dan pertumbuhan. Dunia dengan keselesaan dan kerakanan yang mengkhayalkan ini perlahan-lahan diterima oleh anak muda di seluruh China dan Thailand yang merentas bahasa dan juga sempadan.

Sempena majlis yang istimewa ini, POP MART dan Ayan mereka bentuk figura DIMOO yang diterapkan dengan unsur budaya. Lukisan yang diilhamkan daripada simbol kebangsaan Thailand, gajah, awan yang berada di atas kepala DIMOO berbentuk anak gajah yang bertuah. DIMOO memakai pakaian tradisional Thai dan bersandar pada pokok teratai yang berapi-api—lambang yang menonjolkan kebijaksanaan dan juga kegemilangan Cina serta persahabatan yang bersemangat antara kedua-dua negara.

Di majlis ini, DIMOO, yang berpakaian kostum Thai, mempersembahkan tarian yang menampilkan unsur-unsur budaya Cina dan juga Thai. Artis Ayan turut membuat penampilan yang mengejutkan semasa sesi tandatangan yang mana ramai peminat yang bersemangat membawa patung kecil DIMOO yang dikumpul untuk ditandatangani. DIMOO semakin menjadi simbol budaya unik yang menghubungkan belia daripada kedua-dua negara.


Khususnya, POP MART turut berkolaborasi dengan China Eastern Airlines bagi melancarkan pesawat edisi khas yang dicat dengan reka bentuk ulang tahun ke-50 China-Thailand DIMOO. Pesawat ini membuat penerbangan sulungnya pada 4 Julai yang menghubungkan beberapa bandar di China dengan Bangkok.

Pada hari ini, mainan seni merupakan lebih daripada sekadar barang koleksi—ia menjadi bahasa perhubungan yang baharu dalam kalangan generasi muda. Menerusi sambutan 50 tahun persahabatan China-Thailand ini, DIMOO bukan sahaja berperanan sebagai figura jubli tetapi juga simbol visual dan emosi yang dikongsi serta difahami merentas budaya.

Sejak menembusi pasaran Thailand pada tahun 2023, POP MART disambut mesra oleh para penggemar mainan seni tempatan. Kedai pertama yang terletak di centralwOrld Bangkok, menarik lebih seribu peminat pada hari pembukaan, lalu mempercepat pertumbuhan jenama di wilayah ini. Kedai bertemakan LABUBU yang pertama di dunia, yang kemudiannya dibuka di Mega Bangna, mengukuhkan lagi kehadiran syarikat ini serta ikatan emosi bersama pengguna Thailand.

POP MART berbesar hati dapat mengambil bahagian dan menyaksikan peristiwa penting ini berkenaan persahabatan yang berkekalan antara China dan Thailand. Dengan menggunakan IP sebagai jambatan, POP MART bermatlamat untuk mengeratkan kedua-dua budaya. Melangkah ke hadapan, POP MART akan terus membina jenama yang ekspresif dan meraih pencapaian lebih tinggi yang memupuk hubungan budaya yang bermakna serta berkongsi kegembiraan budaya mainan seni bersama dunia.

Source: POP MART
Keywords: Art Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Toys Awards Licensing/marketing agreements New products/services Trade show news