SHANGHAI, 24 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Kongres Pergigian Sedunia (WDC) FDI, salah satu acara ulung di dunia untuk profesion kesihatan mulut akan berlangsung di Shanghai, China mulai 9–12 September 2025, dianjurkan secara bersama oleh Chinese Stomatological Association dan Reed Sinopharm Exhibitions. Dianjurkan setiap tahun di negara-negara yang berbeza, WDC menonjolkan kepentingan kesihatan mulut dalam menjamin kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan serta berfungsi sebagai daya penggerak untuk kolaborasi antarabangsa dalam bidang pergigian.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dasar bebas visa menjadikan China sebagai destinasi yang semakin popular untuk pengembara global. Kebolehcapaian yang dipertingkat ini, digandingkan dengan tarikan global Shanghai serta reputasi mantap FDI sebagai acara pergigian global yang terkemuka, sudahpun menarik lebih 10,000 delegasi kongres untuk edisi 2025, dengan jangkaan seramai lebih 35,000 hadirin profesional serta pengunjung dari 134 negara dan wilayah.
Para hadirin boleh menantikan program saintifik yang mantap, padat dengan pandangan daripada lebih 300 penceramah bertaraf dunia dan forum interaktif mengenai topik-topik pergigian yang utama. Sementara itu, Pameran FDI WDC 2025 dijangka akan menjadi yang terbesar dalam sejarah FDI yang membawakan 700 peserta pameran terpilih merentas keluasan 60,000 meter persegi. Jenama-jenama global yang terkemuka seperti Haleon, Listerine, LION dan Colgate, seiring bersama ratusan pengilang dan penyedia teknologi Cina akan mempamerkan peralatan dan penyelesaian pergigian yang paling canggih. Pameran ini juga akan mengetengahkan pencapaian daripada hospital dan universiti, inovasi dalam diagnostik dikuasakan AI, pergigian digital dan pencetakan 3D bagi menyediakan penyelesaian yang terkini kepada peserta.
Selain itu, Kongres ini menjanjikan peluang perangkaian yang luar biasa melalui lawatan berpandu yang direka untuk menghubungkan penyelidik, doktor, pakar industri dan pengedar, seterusnya memupuk perkongsian yang dapat memajukan kesihatan mulut di peringkat global.
Program Sosial untuk Diingati
Program sosial yang mengiringi WDC25 akan menyediakan hadirin dengan pengalaman budaya yang unik. Sorotan termasuk Upacara Pembukaan pada 9 September dan Makan Malam Gala pada 10 September mengundang tetamu untuk menyelami warisan Cina melalui persembahan secara langsung, masakan serantau dan malam yang meraikan keanggunan budaya. Shanghai Night yang dijadualkan pada 11 September akan diadakan sepanjang Bund yang ikonik, menawarkan malam persembahan muzik secara langsung yang tidak dapat dilupakan, koktel buatan tangan dan pemandangan latar langit dinamik Shanghai yang menakjubkan. Acara-acara ini merangkumkan dengan sempurna tarikan dan intipati budaya "Timur-bertemu-Barat" yang meriah di bandar ini.
Kemunculan China sebagai Destinasi Pergigian
Walaupun Kongres menjadi tumpuan utama, kebangkitan China menjadi pasaran utama untuk pergigian tidak boleh diabaikan. Sejak tahun 2006, sektor pergigian China mengalami pertumbuhan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, mengatasi kebanyakan pasaran global. Transformasi teknologi sektor ini juga sama mengagumkan. Amalan pergigian Cina menerima pakai penyelesaian canggih dengan pantas termasuk aliran kerja digital sepenuhnya, meningkatkan secara asasnya ketepatan rawatan, kecekapan dan keselesaan pesakit - lalu menetapkan standard baharu untuk penyampaian penjagaan pergigian.
Memacu Kesihatan Mulut Global ke Hadapan
Kongres Pergigian Sedunia FDI terus menetapkan penanda aras untuk memajukan kesihatan mulut di pentas global. Dengan menyatukan pemimpin daripada seluruh profesion pergigian, WDC25 akan mempamerkan inovasi pergigian yang paling mendesak, menangani cabaran kesihatan utama dan memupuk kolaborasi yang lebih besar bagi meningkatkan penjagaan mulut di seluruh dunia.