亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

KEENON Perkenal Julung Kali Robot Perkhidmatan Humanoid Bipedal Pertama di WAIC, Pamer Penyelesaian AI Terkandung Peranan-Khusus

KEENON Robotics
2025-07-26 16:42 35

SHANGHAI, 26 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Penampilan sulung dunia bagi robot perkhidmatan humanoid bipedal KEENON Robotics, XMAN-F1 menjadi tumpuan utama di Persidangan Kecerdasan Buatan Dunia (WAIC) 2025 di Shanghai mulai 26 hingga 29 Julai yang melaluinya perintis bagi kecerdasan terkandung mempamerkan inovasinya yang terkini di pentas global demi kemajuan AI rintis. Mentransformasikan tempat pamerannya menjadi Hab Pengalaman Perkhidmatan Terkandung, KEENON mengasyikkan pelawat dalam tiga senario interaktif—stesen perubatan, bar 'lounge' dan ruang persembahan—mengetengahkan sejauh mana penyelesaian AI terkandung membentuk semula gaya hidup masa depan dan ekosistem industri secara aktif.


Di acara ini, XMAN-F1 muncul sebagai demonstrasi interaktif teras yang mempamerkan mobiliti dan ketepatan seperti manusia dalam tugas perkhidmatan merentas pelbagai senario. Bermula dengan menyediakan bertih jagung hinggalah mencampurkan minuman sejuk yang diperibadikan seperti Sprite atau Coke dengan paras ais boleh laras, robot ini mendemonstrasikan kebolehsesuaian persekitaran dan pelaksanaan tugas yang luar biasa. Penampilan pentas berjadual membawakan XMAN-F1 menyampaikan pembentangan digital dan demonstrasi produk secara autonomi yang dikuasakan oleh interaksi berbilang mod dan teknologi model bahasa besar. Pergerakannya yang lancar dan gerak isyarat naturalistic menjadikannya sebagai titik perhatian yang utama, dengan pelawat berhimpun untuk menyaksikan keterlibatannya secara langsung.


Demonstrasi ini menonjolkan selanjutnya kolaborasi berbilang robot dalam persekitaran khusus. Di stesen perubatan, XMAN-F1 humanoid bekerjasama dengan robot logistik M104 bagi mencipta penyelesaian penjagaan kesihatan pintar gelung tertutup. Kawasan bar membawakan kolaborasi sorotan dengan Johnnie Walker Blue Label—wiski premium yang terkemuka di dunia—dengan pelayan bar robotik bekerja bersama-sama robot penghantaran T10 untuk membuat dan menyajikan minuman yang dipesan terlebih dahulu. Integrasi berbilang robot yang lancar ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan operasi tetapi menandakan bermulanya kebolehoperasian sistem robotik yang semakin maju jauh melangkaui automasi tugas tunggal.

Menurut laporan terkini daripada IDC, KEENON menerajui sektor robot perkhidmatan komersial dengan 22.7% penghantaran global dan memegang 40.4% bahagian definitif dalam robotik penghantaran makanan. Di WAIC 2025, syarikat ini memperkukuh kepimpinan pasarannya sekali gus membawakan strategi berasaskan ekosistemnya untuk penyelesaian kecerdasan terkandung rentas senario. Memandang ke hadapan, KEENON akan terus memacu inovasi dalam kecerdasan terkandung, menggabungkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) termaju dan perkongsian global bagi menyerlahkan potensi penuh aplikasi 'Robotics+' di seluruh dunia.

Source: KEENON Robotics
Keywords: Computer/Electronics New products/services Trade show news Artificial Intelligence