![]() |
MUMBAI, India, 30 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Tata Communications, peneraju global dalam teknologi komunikasi, dengan kerjasama Amazon Web Services (AWS), syarikat di bawah Amazon.com, Inc., mengumumkan bahawa kedua-dua syarikat akan mendayakan rangkaian sedia AI lanjutan di India. Kerjasama strategik ini akan mewujudkan rangkaian jarak jauh berkapasiti tinggi dan tahan lasak yang menghubungkan tiga lokasi infrastruktur utama AWS bagi memperkukuhkan penggunaan AI generatif dan inovasi awan di India.
Kerjasama ini menandakan salah satu penggunaan rangkaian terbesar di India oleh Tata Communications daripada segi saiz, skala dan lebar jalur. AWS mempunyai dua wilayah pusat data di India yang terletak di Mumbai dan Hyderabad, dan infrastruktur AWS Direct Connect dan AWS Edge Network di Chennai. Rangkaian ini akan menghubungkan infrastruktur AWS di Mumbai, Hyderabad dan Chennai melalui rangkaian jarak jauh nasional yang menyeluruh, sekali gus membentuk tulang belakang infrastruktur yang kukuh bagi beban kerja AI dan pembelajaran mesin (ML) di seluruh India.
Tumpuan utama kerjasama ini:
Rangkaian baharu ini akan membantu memastikan prestasi dan dan kebolehskalaan rangkaian terbaik yang penting untuk aplikasi AI generasi seterusnya. Dengan memanfaatkan rangkaian tercanggih Tata Communications, AWS akan terus memperkasakan perniagaan di India untuk membangunkan aplikasi AI Generatif dan melatih model AI dengan kelajuan dan kecekapan yang tiada tandingan. Rangkaian ini akan menampilkan laluan pantas dengan kependaman ultra rendah, bagi memastikan pemindahan dan pemprosesan data yang lancar — penting untuk beban kerja AI dan ML yang memerlukan keupayaan pengkomputeran tinggi.
"Kerjasama ini menandakan program Jarak Jauh Nasional terbesar pernah kami laksanakan dan menunjukkan keupayaan luar biasa Tata Communications dalam menyokong projek berskala besar dan kompleks yang memerlukan penyelesaian rangkaian berskala tinggi.," kata Genius Wong, Naib Presiden Eksekutif, Perkhidmatan Sambungan Teras dan Generasi Seterusnya dan Ketua Pegawai Teknologi, Tata Communications. "AI mengubah industri di seluruh dunia, dan kerjasama kami dengan AWS meletakkan kami di barisan hadapan dalam revolusi ini di India. Bersama, kami mengupayakan rangkaian yang bukan sahaja memenuhi keperluan semasa, malah menjangkakan keperluan masa hadapan. Dengan membina penyelesaian rangkaian yang disesuaikan, kami melangkah ke era AI di India, sekali gus mengukuhkan kedudukan kami sebagai rakan jangka panjang pilihan utama bagi peneraju teknologi global."
"Kami teruja untuk bekerjasama dengan Tata Communications bagi membangunkan rangkaian canggih dalam negara di India," kata Jesse Dougherty, Naib Presiden untuk Network Edge Services di Amazon Web Services. "Infrastruktur ini direka untuk menyokong beban kerja yang paling berintensiti data, seperti 5G, AI generatif dan pengkomputeran berprestasi tinggi. Kerjasama dengan Tata Communications ini akan membolehkan pelanggan kami di India berinovasi pada skala dengan awan dan AI generatif, dan memacu pertumbuhan dalam ekonomi digital India yang berkembang pesat."
Maklumat tentang Tata Communications
Sebagai sebahagian daripada Tata Group, Tata Communications (NSE: TATACOMM) (BSE: 500483) ialah pengupaya ekosistem digital global yang memperkasa ekonomi digital berkembang pesat pada hari ini di lebih daripada 190 negara dan wilayah. Menerajui dengan amanah, syarikat ini membolehkan transformasi digital perusahaan di seluruh dunia dengan kerjasama dan penyelesaian terhubung, ketersambungan teras dan generasi akan datang, penyelesaian pengehosan awan dan keselamatan, serta perkhidmatan media. 300 daripada syarikat Fortune 500 ialah pelanggannya dan syarikat ini menghubungkan perniagaan kepada 80% gergasi awan dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari
| | |
Pernyataan pandang ke hadapan dan memberi peringatan
Perkataan dan kenyataan tertentu dalam siaran ini yang berkaitan dengan Tata Communications dan prospeknya, serta kenyataan lain termasuk yang berkaitan dengan jangkaan kedudukan kewangan Tata Communications, strategi perniagaan, pembangunan masa depan operasi Tata Communications, dan keadaan ekonomi umum di India, merupakan kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan sedemikian melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian, dan faktor lain termasuk kewangan, kawal selia, dan alam sekitar, serta yang berkaitan dengan pertumbuhan industri dan unjuran arah aliran, yang mungkin menyebabkan keputusan sebenar, prestasi atau pencapaian Tata Communications, atau hasil industri, berbeza secara ketara daripada apa yang dinyatakan atau dibayangkan dalam kenyataan pandang ke hadapan tersebut. Faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza dengan besar daripada pernyataan pandang ke hadapan tersebut termasuk, antara lain, kegagalan meningkatkan jumlah trafik dalam rangkaian Tata Communications; kegagalan membangunkan produk dan perkhidmatan baharu yang memenuhi permintaan pelanggan dan menjana margin yang sewajarnya; kegagalan melengkapkan pengujian teknologi baharu dan sistem maklumat dengan sempurna untuk menyokong produk dan perkhidmatan baharu termasuk perkhidmatan pemancaran suara, kegagalan menstabilkan atau mengurangkan kadar pemampatan harga dalam perkhidmatan komunikasi tertentu syarikat, kegagalan mengintegrasikan pengambilalihan dan perubahan strategik dalam dasar kerajaan atau peraturan India dan, secara khususnya, perubahan berkaitan dengan pentadbiran industri Tata Communications; dan, secara umumnya, keadaan ekonomi, perniagaan dan kredit di India. Faktor tambahan yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara ketara daripada kenyataan pandang ke hadapan tersebut, yang kebanyakannya berada di luar kawalan Tata Communications, termasuk tetapi tidak terhad kepada, faktor risiko yang dibincangkan dalam Laporan Tahunan Tata Communications Limited.
Laporan Tahunan Tata Communications Limited boleh didapati di Tata Communications tidak mempunyai sebarang obligasi untuk, dan dengan jelas menafikan sebarang obligasi untuk, mengemas kini atau mengubah pernyataan pandang ke hadapan sedemikian.
© 2025 Tata Communications Ltd.Hak cipta terpelihara.
TATA COMMUNICATIONS dan TATA ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Tata Sons Private Limited di India dan negara tertentu
Logo: